Home >> blogger, Hiburan >> Blogger Itu Terkantoi Dengan Blogger Ini

Blogger Itu Terkantoi Dengan Blogger Ini

by cikmin on January 10, 2011

 

ana5 keputusan penuh Juara Lagu 25 (KLIK)

 

Salam readers, puas hati ke korang dengan keputusan AJL25 malam tadi?Sungguh tak sangka si Ana Rafali tu menjuarai Juara Lagu 25 kan?awalnya cikmin tak layan sebab hubby layan soccer kat chanel sport, sebaik je keputusan juara lagu nak keluar, terus melekat sampai habis, lagu Tolong Ingatkan Aku dendangan Ana Rafali tu best jugak, menang besar lah si ana ni, tarak kongsi-kongsi punya. :P okeh tutup cerita pasal AJL25.

 

Sebelum cikmin teruskan entri berkait dengan tajuk entri kat atas tu, credit to k.jie sebab sharekan tool (blogpulse.com) yang membolehkan kita skodeng blog siapa yang ada gosip-gosip memberi backlink pada kita, mungkin antara korang dah tahu pasal tool ni, tapi cikmin baru tahu semalam.Sebenarnya bukan tool dari website ni je kan boleh detact, tapi malas lah nak cerita website yang lain-lain.Semalam, sebaik je baca entri k.jie tentang Footnote pun awak nak copy, terus dengan rakusnya cikmin klik link yang diberikan…TERKEJUT BERUK !!..

 

pic credit dari google – image hosted @ cikmin.com

 

Alaaahhh malas ahh nak letak gambar beruk, comel sangat nanti.Haa, camtu lah muka semalam, terangkat hidung cikmin yang tak mancung ni, mulut tak berhenti berselawat dan tangan pulak tak berhenti klik sana sini, huhuhu.4 jenis blogger dah cikmin kantoikan semalam, selama ni dok baca kat blog blogger lain je, bukan lah tak pernah kena camni tapi rasa macam tak best je kalau selalu kena kan..kan..kan?Jom tengok blogger jenis mana yang terkantoi..

 

Jenis 1 : Hotlink gambar

Wah, amik senyap-senyap kat blog ini ataupun amik kat google, paling tak menahan dia main copy image url saja okeh! Gambar tu tak dinafikan cikmin pun ambil di google atau web berita tapi cikmin hostkan kesemuanya di cikmin.com.Wei, hotlink maxis tu pun kita kena bayar lah kalau nak beli, macam tu jugak lah blog ni, bayar hosting beratus-ratus setahun, belum tentu dapat diskaun masa nak renew nanti, dari nak jimat bandwidth untuk sesuatu yang lebih baik terus bandiwidth boleh jadi nazak dek kerana gejala hotlinking ni.Ada yang masih tak tahu apa itu hotlinking atau pun nama glemernya pencuri bandwidth? sila google sendiri..

 

Oh ya, solution sudah ada, kalau berani mai ramai-ramai hotlinking gambar dari blog ini, jangan kata cikmin tak warning uols yaww! Cara paling bagus, sebaiknya korang SAVE AS gambar tu kat lappy/komputer korang lepas tu host kat mana image hosting yang free atau guna je lah hosting blogger untuk pengguna blogspot tu, kan ke blogspot free? Lepas ni jangan buat dah nooo.

 

Jenis 2 : Hotlink gambar dan copy paste entri

Terbaik!! blogger ni dia hotlinking gambar sekali dengan copy paste keseluruhan entri blog ini okeh.Walaupun dia ada bagi credit secara senyap, tapi macam apa daaa, dengan nama cikmin dalam entri tu pun dia hangkut, korang perasan tak disetiap entri cikmin ni ada link promo untuk kempen churp-churp? tapiiiiii pandai pulak dia tak hangkut kempen dari churp-churp tu sekali, kalau tak achik kayoooo!

 

Solution seperti diatas, gambar awek sedang berbogel sedia untuk tatapan readers blog itu, hahaha! jangan marah ahhhh cik adik, lain kali olah je lah ayat sendiri, jangan lah tiru semuanya sekali.Lain la ayat berita dari surat khabar atau sinopsis drama/filem, cikmin pun pernah buat asal nyatakan sumbernya. :)

 

Jenis 3 : Copy paste tapi bagi credit pada orang lain

Yang jenis ni memang bikin cikmin lagi sentap! walaupun sebaris ayat je dia copy,(READ:walaupun sebaris ayat, tapi tetap ayat cikmin sendiri) dan sempat pulak dia tukar kan internal backlink tu kepada backlink blogger lain, oleh kerana dia copy paste tak berapa bijak <==pinjam ayat k.jie, dah kantoi dengan cikmin.Bukan k.jie je dah cakap, cikmin pun nak cakap jugak, blog ini ada guna plug in SEO smartlink bermaksud ada beberapa patah perkataan berfungsi sebagai internal backlink.

 

Oleh kerana tak berapa bijak, sekali dengan intenal backlink tu pun dia angkut walaupun dia buang internal backlink entri tu, tetap jugak boleh detact, tak percaya? sila copy mana-mana ayat kat dalam entri ni..pastu korang paste kat note pad..cepat buat! Persoalannya, kenapa mesti bagi backlink kat entri blogger lain sedangkan dicopy paste dari blog ini? jawab..jawab.. :P

 

Jenis 4 : Blogger itu bagi backlink tapi cikmin baru tahu

Oh sungguh ku terharu, rupanya dalam banyak-banyak result yang dipaparkan, ada beberapa blogger yang pernah bagi backlink kepada cikmin yang cikmin sendiri baru tahu semalam.Selalunya, jika ada backlik yang cikmin terima dari mana-mana blogger sebolehnya cepat-cepat nak pi ucap terima kasih pada blogger tersebut, tapi macam kes ni, ada yang dah berbulan-bulan baru cikmin tahu, kira halal berhalal lah ya.

 

 

Nota hati : malas lah nak nota-nota hari ni.

Number of View :5280

Incoming Search Terms:

  • muka yang terkejut (7)
  • resepi nasi rawon (6)
  • muka terkejut (4)
  • awak comel tumblr (3)
  • blog copy gambar awek (1)
  • cara detect gambar di copy cikmin (1)
  • gambar beruk (1)

{ 64 comments… read them below or add one }


Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: