Salam readers, alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana cikmin masih boleh bernafas hingga ke saat ini.Masih boleh teruskan perjuangan cikmin dalam dunia blogging, walaupun perjuangan ini ada pasang surutnya tapi tetap memberikan seribu erti bagi cikmin.Lebih kurang sebulan je lagi genap lah setahun blog cikmin.com berhosting sendiri.Bermulanya menjadi seorang blogger pada 1 april 2008 dengan perkhidmatan percuma dari blogspot, tak terpikir pun yang suatu hari cikmin akan melangkah lebih panjang dengan ‘jenama dan hak milik sendiri’ iaitu cikmin.com’ bukan hanya sekadar nama domain tapi memiliki hosting sendiri dengan WordPress.org yang mana segalanya dibawah kawalan cikmin sendiri.
Entri secara santai kerana cikmin tak pandai nak ber’skema’, entri yang paling sesuai dibaca oleh blogger-blogger yang masih menggunakan platform blogger/blogspot.Sekiranya korang bercadang untuk berhosting sendiri dengan blog wordpress, tawaran dari cikmin selepas ini pasti berbaloi untuk korang.Ada beberapa sebab yang menyebabkan ramai blogger dari blospot tak berani atau tak berminat untuk bertukar ke blog worpress ni antaranya:
1.Tak pandai nak guna worpress (semua perkara pun kita kena belajar kan..baru lah pandai)
2.Blogging suka-suka pakai yang free dah lah (mula suka-suka..dapat tambah kenalan,pastu ada orang minta nak beriklan pulak lepas tu dapat duit..lagi lah suka kan?)
3.Saya tak kisah pasal trafik (ehh betul ke?tak jeles ke kalau trafik blogger lain beribu riban?bukan nanti tinggal komen kat owner blog minta ajar camne nak dapat trafik ke?)
4.Blogging bukan nak kejar duit pun (kalau dapat duit kan best..boleh bayar duit berukben atau stimix)
5.Tak reti nak beli kat mana ( haaaa..yang ni takpe..jap lagi cikmin ajar ya)
6.Komen kat blog WordPress leceh, kena isi form blogspot lagi senang (walaupun leceh, kelebihan komen kat WP banyak..tak percaya korang google)
7.Eh,ada blogger mantap pakai blogspot laju je trafik dia! (blog tu tetap tak jadi milik sendiri,bila-bila masa blogspot boleh block atau delete akaun korang, hilang trafik hilang semua..tak sayang ke hasil korang selama ni?)
Itu lah antara persoalan dan jawapan yang sering bermain di kepala hotak cikmin setahun yang lalu.Tak dinafikan ada pro and con nya bila cikmin bermula dengan WP, teman-teman yang dulunya rajin berkomen diblog blosgpot cikmin, sejak berpindah ke WP memang dah takde berkomen lagi, mungkin alasan mereka seperti no 6 tu agaknya, tak mengapalah jika cikmin hilang kawan lama tak bermakna cikmin tak boleh dapat lebih ramai kawan baru kan?Sekurangnya cikmin dah melangkah satu lagi tapak kehadapan, mencuba sesuatu yang lebih mencabar.Eh pesal kau emo ni cikmin?nak jual hosting mana boleh emo-emo,hakhakhak!Cikmin ni kan manusia biasa, punya hati dan perasaan yang adakalanya susah nak kawal jugak.
Okey sekarang kita serius,alhamdulillah, hujung tahun lepas pihak hosting cikmin iaitu Encik Fadhlullah dari Fivio Enterprise telah menawarkan pakej hosting untuk cikmin promosikan disini, untuk menarik lebih ramai blogger memiliki hosting sendiri, mengambil masa agak lama untuk cikmin terima tawaran kerana bimbang akan tiada sambutan, tapi tak salahkan kalau cikmin mencuba.Pakej yang diberi nama ‘Pakej Hosting Cikmin.Com’ menawarkan :-
Webspace : 6GB
Data Transfer : 40G
Unlimited MYSQL, Subdomain, Email
Control Panel : Directadmin (Malaysia Server) or Cpanel (USA Server)
Backup : Daily Backup, Weekly Backup, and Monthly Backup
Domain : Hosting Lifetime Free domain (*.com *.net *.org)
99.9% Uptime & 24/7 Support
Harga : RM100
*Jika korang dah berhosting dari syarikat hosting lain dan ingin migrate ke Fivo, korang layak dapatkan diskaun 15% untuk tahun pertama dengan menggunakan kupon ‘cikmin’, banyak tu penjimatan yang korang dapat.
Saya dah ada domain, kena bayar RM100 jugak ke?
Pakej Hosting Cikmin.Com memang dah ada datang dengan domain percuma.Sekiranya korang memang dah ada beli domain sebelum ni, domain korang akan direnewkan terus,contohnya korang beli domain tu pada 1hb januari 2010 dan korang renew sebab nak beli hosting pada 1 Jun 2010, sepatutnya domain korang akan expired pada 1/1/2011 iainya akan tertolak ke 1/1/2012.
Setakat ni cikmin sangat berpuas dengan servis yang ditawarkan oleh pihak Fivio,dah dekat waktu nak renew ni (takde diskaun untuk cikmin ke encik fadhulullah?) harga yang korang dapat ni memang berbaloi ditambah dengan ‘percuma domain sepanjang hayat’lagi,(cikmin punya domain tak percuma tau) maksudnya percuma bila setiap tahun korang perbaharui hosting lah.Dari segi support, korang jangan risau kerana support team mereka ada 24/7.Kalau ada masalah apa-apa, hantar je ticket ke fivosupport.com, mereka akan segera respon, kalau korang boleh dapat personal support dari admin sendiri lagi lah bagus kan.Bercakap mengenai stabil atau tak hosting fivio ni, dah namanya pun mesin kan, mesti tak lari dari masalah tapi sangat-sangat minima lah masalahnya, kalau down pun tak lama, tu mungkin sebab ada kerja yang sedang dijalankan oleh pihak hosting.Paling penting, cikmin sangat berpuas hati!
Untuk terstimoni pulak, sekiranya ada diantara korang yang dah guna hosting dari Fivio ni, mohon jasa baik korang sharekan testimoni korang di petak komen, boleh kan?Oh ya, sebelum ada yang buat perbandingan, suka cikmin ingatkan disini, pakej ini disediakan oleh pihak hosting kepada cikmin.com kerana mereka telah membuat survey dengan cikmin., jenis pelawat-pelawat yang datang ke blog ini, maksudnya golongan pembaca blog ini dari golongan apa, mungkin golongan surirumah yang comel-comel macam cikmin ni ke, atau golongan yang bekerja sederhana, makanya Pakej Hosting Cikmin.Com RM100 memang sesuai sangat untuk korang.
Jika korang berminat dengan Pakej Hosting Cikmin.Com dari Fivio Enterprise ni, korang boleh la klik ke link http://www.fivio.my/cart.php?a=add&pid=273. Oleh kerana cikmin dah agak kesuntukkan waktu ni kerana ada hal lain nak disettle, cikmin tak dapat nak buat tutorial cara-cara untuk korang membeli hosting ini.Insya’ALLAH cikmin akan update selepas ini.Sebarang pertanyaan korang boleh tinggal kan kat kotak komen, cikmin akan cuba jawab dan pertanyaan tentang dari segi teknikal akan dijawab oleh Encik Fadhlullah dari Fivio Enterprise sendiri.
Cara-cara nak mendaftar Pakej Hosting Cikmin.Com
1.Korang klik link ini http://www.fivio.my/cart.php?a=add&pid=273 keluar shopping chart macam dibawah ni.
1.Klik “I want Fivio Enterprise register a new domain for me”
2.Masukkan nama domain pilihan anda
3.Click for continue
4.Jika nama pilihan domain anda masih belum ada yang guna, klik available order now
5.Click to continue
6.Butiran Pakej Hosting yang ditawarkan
7.Untuk Pakej Hosting Cikmin.Com serta Domain Percuma ni, anda cuma perlu bayar RM100 setahun
8.Untuk Control Panel, pilih Direct Admin
9.Klik Update Chart
Gambarajah diatas menunjukkan shopping chart nama domain dan hosting anda.Perhatikan kotak garis merah didalam gambarajah tersebut, jika adalah ingin MIGRATE (berpindah) hosting lama anda ke pada hosting Fivio, anda perlu masukkan nama ‘cikmin’ dalam kotak Promotional Code tu.Nama ‘cikmin’ diperlukan sebagai kupon untuk melayakkan korang mendapatkan DISKAUN 15%.
10.Setelah berpuas hati klik Checkout
Gambarajah menunjukkan pengesahan pembelian Pakej Hosting
Isikan maklumat anda didalam seperti yang tertera.
Pilih cara pembayaran, sama ada melalui Paypal ataupun Bank Transfer.Jika ada apa-apa nota yang ingin maklumkan kepada pihak hosting, nyatakan didalam kotak yang disediakan tu.Tanda kotak “I have read and agree to the terms of service”
11.Klik Complete Order
Gambarajah diatas menunjukkan invois urusniaga domain dan hosting anda.Kaedah pembayaran pilihan cikmin adalah melalui bank transfer.Diharapkan anda semua jelas dengan langkah-langkah yang disediakan.Segala pertanyaan boleh tinggalkan dikotak komen.Selamat membeli belah kepada yang berminat dan kepada yang sudah membeli, ribuan TERIMA KASIH kerana memilih Pakej Hosting Cikmin.Com.
Incoming Search Terms:
- contoh invois (131)
- invois (117)
- jomhosting promotional code (12)
- cara tukar ke pelan hotlink sepanjang hayat (1)
- hotlink pelan sepanjang hayat (1)


{ 142 comments… read them below or add one }
{ 5 trackbacks }