Salam reader, terima kasih atas respon korang kat entri shhhh! terharu sangat kerana korang masih sudi ke sini dan tinggal jejak.Seperti yang tertera di gambar entri shhhh!, “i’m on production” tu sebabnya cikmin sedang bergelumang dengan biskut yang comel lote kaler maler ni lah didapur rumah cikmin sendiri.2 minggu lepas kan cikmin dah pergi kelas macaron kat kl, pertama kali buat di kelas memang menjadi walaupun ada setray dua yang agak gagal, tapi cikgu bijak dan cepat mencari solution, thanks cikgu! Selama seminggu ni cikmin recall balik apa yang dah dibelajar kat kelas dan koling2 cikgu lagi untuk kepastian agar tak tersilap langkah.
Dari pagi cikmin buat persiapan agar semunya lengkap tapi tetap jugak kurang itu ini, terpaksa bergegas ke bandar cari barang yang kurang.Kalau tak silap, cikmin mulakan proses buat macaron ni dalam pukul 1 tengahari.Sepanjang proses tu perasaan berdebar tak tahu nak digambarkan camne, bimbang dengan hasilnya, walaupun dah pujuk hati ni, jangan sedih kalau gagal kali pertama buat kat rumah, boleh cuba lagi dan lagi.Alhamdulilah..walaupun prosesnya agak lama..
cikmin berjaya jugak membuat macaron tanpa ada yang rosak, kesemuanya ada “feet” (inilah tanda kejayaan bagi pembuat macaron).Masa mula-mula masuk dalam oven tu, nak menuggu 8 minit jek masaknya tapi berpeluh sebab takut “feet”nya tak keluar, bila dah nampak horeyyyyyy!!! Lepas sedulang dibakar dan bakar lagi semuanya menjadi.Cikmin melompat bukan main tinggi rasanya, terus koling2 partner dan teacher sebab nak bagitau berita gembira ni, mereka pun tumpang happy!Masa kat kelas macaron hari tu warnanya agak striking, kali ni sengaja cikmin lembutkan sedikit kalerya, nampak macam pastel kaler gitu kan,yang paling penting rasanya tetap sedap.Bujang kenit kejap-kejap tarik seluar cikmin, minta ihsan diberikan macaron lagi dan lagi dan lagi, cikmin hanya bagi dia makan part “shell” tu je.
Semalam cikmin buat Macaron in 5 flavour,strawberry,peanut butter,chocolate ganache,vanilla dan blueberry.Gambar kat atas tu, my 1st order dari kak lida (pengskodeng blog ai), thank u so muchossss! ai lap u lah kak lida.Raya china ni pun dia nak order Macaron dan Red Velvet, “amboiii kak, macam kau yang nak sambut raya eh”.Kak lida ni jiran sebandar dengan cikmin ja.Packaging yang tak berapa nak cantik lagi ni, takpe lah selow-selow ya.”Kak lida..11.11.11 ni dikla nikah boleh wat door gift ni cantik wooo”.Oh ya, ini komen kak lida dari facebook cikmin terima tadi.
“Norlida Hisham min compom lbih sedap…akak leh telan sekali sebiji…waaaaaaaaa…macaron da nk abis….sayang giler nk makan…”
Memang terasa sayang nak makan okeh, dah la comels, harganya pun mahal tapi takde lah semahal macaron harrods klcc atau Laduree, for me..bayar mahal untuk sesuatu yang sedap tak kisah lah, tapi kena ingatkan awal-awal ya, pengidap kencing manis tak payah makan la macaron ni, kang tak pasal bacaan paras gula naik, hiks.Macam mak cikmin, ai kasi dia rasa serpihan tu je, sebab kencing manis dia agak tinggi, itupun dia nak lagi katanya sedap, adoiii mama ku jangan cari pasal nooo.
Pada yang rasa nak belajar membuat dan menjual macaron ni, cikmin sarankan korang join kelas ya, sangat berbaloi dengan apa yang korang dapat masa belajar tu.Kalau ada yang berminat nak join kelas, korang boleh ke kelas Cikgu Rina dari http://anglecupidkitchen.com sangat berbaloi walapun feesnya agak mahal compare yang lain.Perlu diingatkan, membuat macaron tak semudah yang disangka, memang sangat menguji mental dan fizikal, dan yang paling tak sangka, selama ada oven ni tak tahu pulak cikmin yang kita kena “berkenalan” dengan oven tu dulu dan paling..paling..paling tak sangka, berjaya buat dirumah sendiri!! (macam mimpi je rasa) hiks.
Nota hati : ada yang berminat “contact me” okeh.
Number of View :8497Incoming Search Terms:
- resep macaroon (134)
- resepi kuih macaron (59)
- resipi biskut macaron (46)
- macaron mid valley (39)
- Biskut perancis (33)
- kuih macaroon (31)
- macaroons in mid valley (31)
- macaron in mid valley (27)
- macaroon in mid valley (26)
- nak order macaroon (20)




{ 47 comments… read them below or add one }
Warning: Division by zero in /home/cikminco/domains/cikmin.com/public_html/wp-includes/class-wp-walker.php on line 327
{ 2 trackbacks }