enterprem anak dara yang comels ni kejap
Salam readers, selamat menempuah hari pertama persekolahan buat semua anak-anak termasuk lah 3 orang anak cikmin.Pagi ni beg anak yang darjah 1 tu bukan main berat sampai abahnya kena escort ke sekolah, balqis kata tangan dia kurus sangat nak bawak sendiri.
Pertama kali dia dapat belanja sekolah RM2, suka sangat dia, 3 tahun di Tadika sebelum ni tak pernah dia diberi duit belanja, jakun sikit lah kan.Bangun pagi sangat bersemangat, senang nak uruskan kalau anak-anak tak banyak ragam nak bangun pagi ni, keep it up anak-anakku!!
Dah masuk hari ke-3 ditahun 2011, cikmin nak ambil kesempatan pagi ni untuk update prestasi blog sepanjang bulan December 2010 yang lalu.Sedia maklum trafik blog ini takde lah hebat sangat, sekadar dipinggiran je dan tujuan diabdikan pun sekadar untuk kepuasan sendiri.Pada yang nak baca lagi klik okeh..
Kali ni berkongsi statik dari Getclicky.com, pada blogger diluar sana, try la guna widget ni memang best sebab boleh monitor trafik yang masuk secara online.Graf yang macam nenen lembu jek tu, hahaha! ke mata cikmin je yang juling tengok graf ni.Mata ni cepat sangat nampak yang bukan-bukan.
Bab jumlah keseluruhan Unic Visitor dan Pageviews ni kadang-kadang memeningkan cikmin je, kalau mengikut statik bulan lepas di analitik Nuffnang, Unic Visitor cikmin mececah 34k, kalau di google analsytic beza lebih sikit dari Nuffnang.Haaa tak kisah lah, asalkan cikmin dan korang boleh paham tengok sudah kan, lagipun seronok nak share statik dari clicky ni.
Kekurangan visitor bulan ni mungkin disebabkan entri yang kurang bermain SEO, cikmin memang dah jarang sangat, kalau ada pun selit sikit-sikit je, apa orang kata, “test skill” hehehe.
Macam hari tu cikmin test SEO pasal Fenomena TsuFahmi, jangan tak percaya, buat malam ni esok pagi 1 keyword entri tu pun tak masuk ke blog ni, hahaha.Padahal macam-macam paku dah pahat tu bagi melekat, selepas dibuat sikit adjustment pada tajuk entri di plug in Platinum SEO, alhamdulillah ada lah jugak masuk ke blog ni.Inilah kelebihan yang ada pada self hosting.Tajuk kat entri ni kita boleh tukar tanpa mengubah tajuk di entri, ada paham ka deiii.
Penyumbang trafik ke cikmin.com, search tu mewakili keywords yang masuk dari search engine seperti google, yahoo,Bing dan lain-lain.Direct tu banyak jugak eh, senang kot mereka nak taip nama domain cikmin ni, so pada yang baru nak berdomain, cuma cari nama domain yang senang orang nak ingat dan taip, hehehe.Untuk Links pulak masih bertahan di tempat ke 3, alhamdulillah teman-teman masih sudi nak list dan backlink kan cikmin.com diblog atau entri mereka.
10 yang paling top di search oleh penggogle/pengsearch, cinta kirana memang top giler, tengok je kat sidebar dah lebih 100k diview.Oleh kerana Cinta Kirana dah pun habis siarannya, dah kurang lah orang search mungkin akan diganti dengan Sinetron Bukan Diriku pulak? kita tunggu dan lihat okeh.Malam jumaat pun boleh tahan orang cari kat blog ni, cari apa tu lah ya abang kakak?Kalau nak cari cara-cara untuk bermalam jumaat boleh la baca terapi dan sunat malam jumaat.Kalau cara yang agak lain tu takde lah ye, mohon maaf.
Ini pulak 10 Top links yang masuk ke sini, tengok rank yang pertama tu, inilah yang dikatakan “sudah ludah jilat kembali” kahkahkah! Dulu siap buat entri sebab dah DELETE AKAUN FACEBOOK, sekarang aktif balik tapi harap maklum, cikmin ada sebab yang jelas.Yang paling utama sebab cikmin ada buat group untuk ahli keluarga UDA (atuk cikmin) yang agak besar, cikmin berhajat untuk mengumpul mereka ni semua, senang nak berkomunikasi secara private jika ada apa-apa event atau permasalahan.
Setakat ini hanya AHLI KELUARGA dan tiada orang luar di add.Sambil menyelam sambil minum air, buat jugak lah LIKE page tu, kalau suka blog ini sudi lah LIKE kat sidebar tu ya.Sebenarnya SHARE FB button yang ada disetiap entri tu yang menyumbang trafik, tetamu yang datang ke blog ini dan mereka berminat nak share entri blog ini di facebook mereka, makanya mereka klik untuk share.Untuk klik share tu memerlukan akaun di facebook.
(ini jugak salah satu reason)
Salam2benua, ai love u so muchooss LG, dia memang tak bagi cikmin backlink, tapi sekadar letak cikmin di bloglsit beliau, tetiap bulan salam2benua tak pernah sekali pun takde dalam carta paling top ni.Seorang isteri bersuamikan omputeh dan ada 2 gurls yang gojes dan masakannya yang banyak menu western boleh buat korang terliur doplohempat jam.Trafik dia memang mengancam habis, usually blogger yang duduk oversea termasuk blog hanamemories yang duk jepun tu, memang mudah dapat perhatian blogger mesia, tak percaya korang pi tengok blog mereka, hits pun dah 1 juta lebih weii.Cikmin assume kebanyakkan visitor mereka lompat ke blog ni melaui blog mereka.Kalau nak harap ownernya sendiri memang payah lah, bila diorang tersesat berkomen kat sini macam nak framekan jek komen diorang tu, ngeeee.
Anyway thanks a lot beb!
Terima kasih jugak buat Lagendamahsuri.com dan aslindaa.blogspot.com, berjaya menyelit dalam top 10, korang memang cool bebeh.Thanks again mak sebab lantingkan baner cikmin kat sponser utama tu , ntah apa yang cikmin sponser pun idak lah cikmin tahu, hiks dan untuk kakngah, terima kasih jugak nok, walaupun kau dah menang besar, sila jangan lupakan blog ai ni yek.Psttt..bila lah dapat tumpang bloglist bujang sedenak ni.
Dan akhirnya10 yang paling Top berkomen di cikmin.com, terima kasih atas sokong korang semua, selagi ada daya, cikmin akan balas penat lelah sampai kejung jari korang semua berkomen kat sini.Setakat ni hanya 5 yang paling Top mampu dipromosikan kat sidebar blog ni, selain itu ada jugak ganjaran yang dah cikmin berikan kepada 1st dan 2nd pegkomen kerana komen mereka melebihi 1000 komen!!!
Income pasif di blog ni agak cemerlang, pada minggu terakhir bulan december, ada 3 individu berminat nak beriklan (rujuk baner 125×125) di sidebar, termasuk baner suarapeople, sepatutnya dah habis tapi cikmin extendkan sikit masa lagi.
Mohon maaf pada pengiklan yang mohon direview produk mereka, cikmin kekangan masa untuk buat reveiw iklan atau blog buat masa ini.Disini jugak cikmin nak buat kenyataan, individu yang beriklan secara berbayar atau percuma di blog ini, jangan set target yang korang akan dapat trafik atau pulangan yang tinggi dari cikmin.com, cikmin hanya promosikan iklan atau blog korang, selebihnya bergantung lah macam mana mengikut keadaan.Harap jelas ye, sila jangan cakap-cakap belakang.
Kalau ikutkan, 2011 ni cikmin dah malas nak terima iklan dari sesiapa, tapi mereka tetap mahu mengambil risiko walaupun cikmin dah naikkan harga sewaan iklan tersebut, korang kena faham sesuatu, kalau terlampau banyak iklan bergambar macam ni, boleh bertambah berat loading blog ni nanti tapi cikmin selaku owner blog, masih boleh diajak berunding, memandangkan blog ini bukanlah free tapi berbayar beratus setahun, perlu jugak cari alternatif untuk top up duit domain dan hosting.
Pasal Nuffnang, nak cerita ke tak eh? alaaa cerita je lah, ada ke yang nak marah?4 BE sudah jadi ME, adehhhh tinggal 1 BE je lagi, metered di awal tahun, pesal lah tak meterer 31hb doblas, boleh la ai cash out 3 angka tu.Masih menunggu cek 3 angka, dah dapat payment advise dari HSBC, cuma abang posmen jek tak lantingkan dalam post box lagi.Okeh lah, dah giler panjang bebel ni, jangan ada yang yang meluat sudah.Selepas ni nak rancang sesuatu sempena menyambut ulangtahun pertama blog ini pada 1 Feb 2011, ada cadangan bernas dari korang tak? mari share sesama..
Nota Kaki : hari ni takde nota okeh.
Number of View :2602
{ 53 comments… read them below or add one }
kahkahkah…punya dah lama publish entri ni..suprisingly belum ada yang komen ya…
redha je lah….
Hiks nk dtg komen lah nie @cikmin, bizi skit pg hari uruskan aiman skolah. Wah comel anak dara 2 org tu
yanmie´s last [type] ..Entry Terakhir HTC Desire Z maxis10
@yanmie, hahaha..sangat bernas komen tu…nak bagi jadi menantu tak tau nak match dengan anak yan yang mana…
@cikmin,
nok.. hrni sume org bz kt sokolah.. ahaks!
comellah anak dara kak min .. jadi pegawas ke yg baju biru tuu ?
Zqah´s last [type] ..Awak Dah Besar !
@Zqah, thanks zqah..ha ye..pengawas pustakawan je tu..
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
@cikmin,
kat sini pengawas pustakawan kaler pepel.
@kakngah, kaler pepel kat sini KAFA..tapi kainnya je lah..hiks..
boleh tahan tu cikmin, tahniah! seo tu yg menting kan
Ieda Al-Habsyi´s last [type] ..HARI TERAKHIR DARA
@Ieda Al-Habsyi, yep..kalau takde empayar(readers) sendiri..memang kena main seo banyak2 lah..tapi tu lah..lama2 macam bosan..
cikmin´s last [type] ..Sinopsis Drama Trilogi Cinta
Waa Cikmin, tingginya trafik Cikmin, macam langit dengan bumi banding dengan blog ummi…tahniah Cikmin.
ummiross´s last [type] ..1111 TARIKH CANTIK PENUH MAKNA
@ummiross, setakat macam trafik cikmin ni..anytime ummi boleh kejar tau..
makasih ummi..
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
tahniah…cun punye traffic
suarapeople´s last [type] ..Statement Orang Islam Murtad di Facebook
@suarapeople, huhuhu..SP lagi laju dari ni…
cikmin´s last [type] ..Fenomena TsuFahmi
ni pun dah kira banyak.. hehe.. sy dpt menten 1k sehari pun dah syukur..
Ezany-Kun´s last [type] ..Karam Singh Walia DiUgut Dan Mabuk Video
@Ezany-Kun, alhamdulillah syukur jugak..baru ada semangat nak blogging..
@Ezany-Kun, ade dapat be gak hari tu tp kejap sgt.. pastu jarang kluar lak tu.. tp skang dah meter.. ade la 68 sen.. ekeke..
Ezany-Kun´s last [type] ..Top 5 Twitter Artis Malaysia 2010
@Ezany-Kun, hehehe…kalau ikutkan mingguan punya earning ciput jek…
mujur lah ada BE…
fuh n3 penuh bermakna ni hahaha
rajin no wat ulasan kaji selidik psl blog ni..teruja bc hehehe
w/pun tgh mamai ni sbb ujan sj kt penang..hahah mata mula mengatuk aja2 ditidur
el´s last [type] ..Menikmati saat2 di CH
@el, ekekeke…ko bila nak buat ujikaji lak beb..
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
Jeles tgk trafik cikmin..waaaaaaaalaupun mcm nenen lembu katanya kan. Hiks
lagenda´s last [type] ..RAHSIA KESEDAPAN TOMYAM AYAM CAMPAK CAMPAK
@lagenda, kahkahkah…pandangan mata ku yang jaat ni mak…kalau mata mak tengok camne?
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
aku tak sempat nak posingkan bebudak tu pg td. hr ni aku terasa menjadi seorang ibu yg punya anak bersekolah. ahaks! ke sana sini aku dr pg td. ni baru blk dr hntar sklh agama. ptg kang nk pi jemput. selama ni aku tau.. pepagi hntr rmh makyong. ptg amik ank dh siap mandi. angkut bwk balik…..
insyaallah nok.. aku akn sentiasa ke sini. bnyk lg benda yg aku nk kene belajar baru blh masak sama bau, ukur sama lebar, timbang sama berat ngn ko.. kehkehkeh!!!
anyway.. congrats atas prestasi dec 2010
kipitap mammah!
@kakngah, haaaaa baru ko tahu ye nok…bila dah jadi full house ni..hiks..yepp aku tak kisah nak ajar kau asalkan kau sanggup belajar kerana aku pun masih lagi belajar..hahaha..berapa banyak belajar daaaa..
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
kagum betul dengan kegigihan super mom & wife ini mengendalikan urusan rumah tangga dan rumah blognya..
# sila beri tunjuk ajar ye wahai cikMin.com:)
tips-kurus´s last [type] ..GOBLOK!!!
@tips-kurus, thanks ye cik tips..blog ni macam dah nak terabai dah ni..hihihi..
insya’ALLAH…cikmin pun masih belajar dan terus belajar… 
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
salam chik mimi…hok alooolahh..chome2 model2 uniform sekolah tu yekk! hehehe…bau kedai lagik! selamat bersekolah!
@mokwo, erkkk mokwo ni biar betui…baju biru tu dari tahun lepas dah..takde berganti tahun ni..baju putih tu la pulak dah berbasuh la mokwo..mana ada bau kedai dah..hikhik.. makasih mokwo..
rajen cikmin wat revision ni sume…bagus2…alahai jgn la tak sudi terima iklan kami..sedey mndengornye…huk3x..
slmt kmbali ke skolah utk anak2 comei ! ank saya pun masuk tahun 2 dah …kjap je dah besor…ank sulung katakan…;p
yup,sy faham tang cikmin sebut pasal SEO tu..self-hosting ni punye kelebihan,tajuk bukeh edit2..mmg superb
@Ummi Hanie, insya’ALLAH setiap bulan memang ada revision..memang simpan untuk rujukan peribadi jugak..hiks..jangan lah sedih ya..cikmin ni bukan apa..bimbang nanti tak mampu puaskan hati pelanggan.
hari ni mereka balik skool ceria je, mungkin belum ada tekanan dalam pelajaran..santai jek agaknya…
Alhamdulillah hanie baca part tu..selalunya cikmin hanya buat entri guna WLW..jadinya memang tak masuk ke dashbord dah..bila baru ni SEO lamgsung tak menjadi..terpaksa masuk untuk guna kuasa SEO yang ada..hiks..
@cikmin, hurm.. tak paham sbnrnya.. tajuk entri tak berubah tpi brubah?? hurm… nie jeles dengan org pakai wordpress nie.. huhu..
Johari Hamzah´s last [type] ..If I Were The Green Hornet
best baca coretan cikmin ni…ayat sempoi jer…uv cikmin tingginya lah..tak tercapai oleh akalku…tringin jugak nak pakai domain sendiri tp lum baper faham sangat lagi…
@lin azlina, hehehe…cikmin ni payak sket nak skemakan ayat lin..asalkan cikmin dan readers paham sudah..kalau tak paham jugak…tak dapat lah nak tolong…
Pasal domain dan hosting memang ada beza keduanya..kalau domain ni setakat nama domain je lah..setahun lebih kurang rm30..mungkin ada yang murah lagi..
Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web kita. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web kita supaya boleh dilawati oleh orang ramai.
Untuk bermain bermain dengan SEO ni..domain dan self hosting adalah pilihan yang paling terbaik bagi cikmin.
Macam lin sekarang menggunakan khidmat blogger sepenuhnya..sekiranya suatu hari nanti tetiba akaun lin didelete oleh blogger (dah banyak kes ni berlaku)..hilang semuanya macam tu saja., jalan selamat jangan lupa back up okeh!
@cikmin, huhu… cikmin.. sblm nie pernah baca.. tpi tertanya2.. apakah sebabnya blogger del akaun???
Johari Hamzah´s last [type] ..If I Were The Green Hornet
fuh fuh fuhhhhhh
umpama langit dan bumi kalau nak compare dengan blog hamba
hehehhe
salam..
mantop nampaknya tu..
tahniah..semoga terus
success berblogging
zulkbo´s last [type] ..Best News Pictures of 2010- From National Geographic
keep blogging. semoga terus sukses cikmin.com
eiela´s last [type] ..Saya Minta Maaf- Maafkan Saya
dah tak lama nak 1st besday blog nih..tahniah utk pencapaian setaun yg memberansangkan..:-
JMR´s last [type] ..Chesdale
COOL !
CHECK ENTRI MANTAP
# JAYA JUSCO BARU MAHKOTA CHERAS#
# FAILED PARKING KERETA#
# NUFFNANG BUAT BLOG LEMBAP#
AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG#
NEON´s last [type] ..Kekasih Khairul Fahmi Che Mat Kena Serang !
trafik ribu riban
sampai bila2 pun saya akan kempunan
eh, ulangtahun blog sama pula dengan hari wilayah, kan?
mudah la nak ingat
tehr´s last [type] ..Nuffnang Beri Hadiah Tahun Baru
@tehr, wah… kiranya setiap kali ulangtahun cik min, cuti la ek..

agak special 2..
Johari Hamzah´s last [type] ..If I Were The Green Hornet
Hui nak baca komen tak larat nak scroll mouse tapi melihat pencapai Cik Min memang hebat
akubiomed´s last [type] ..4 TIPS utama untuk tingkatkan TRAFIK ke blog anda
@akubiomed, selalu buat contest setiap bulan kot.
@Kakcun, Nak buat contest perlukan modal jugakan
akubiomed´s last [type] ..Google Friend Connect blog AkuBiomed cecah 100 ahli
kenapa ada tinggi rendah tu.
main saham ke blog ni.
fuhhhh
mencanak jugak trafik blog akak ni
keep it up
pergh. trafik tinggi tu. jelesnya RB. huhu
RedBoys´s last [type] ..Ini Jumlah Komen Saya
@RedBoys, huhu.. 2 la… sehari 1k..
Johari Hamzah´s last [type] ..If I Were The Green Hornet
huhu.. joe no 6 upernya.. hehe.. sikit jew lagi..
bab cadangan tu, cik min buat la lagi contest.. reka banner ke, kata-kata ke, xpown resepi paling menarik..
Johari Hamzah´s last [type] ..If I Were The Green Hornet
gempak la traffic Cikmin…
ajo Gayah buleh tak??
teringgin jugak nak mantap SEO cam Cikmin
meh join wordpress self hosting…mesti mantap SEO..
nak gak cuba checklah kat encik clicky tu..
kak ina kl´s last [type] ..Gembiranya tapi
cuba lah kak ina..tak rugi pun…