Kalau Jue Aziz jadi Norjinah….baru romantika..
Salam readers, Tak seindah mimpi, Tak semanis impian dan Tiada lagi mimpi garapan dari novel Sharifah Abu Salem maka terhasil lah Drama Trilogi Cinta, yang baru je ditayangkan malam tadi Ahad dan Isnin (malam ni) di TV1 waktu tayangan pukul 10 malam, punya lah lama nak tunggu drama ni muncul kat TV.Drama Trilogi Cinta 40 episod ni sepatutnya ditayangkan bulan November tahun lepas, tapi tak tau lah apa masalahnya tak tertayang-tayang jugak.Teruja nak saksikan perjalanan cerita ni yang sememang cikmin dah khatam dari novelnya banyak kali, hehehe.
Permulaan episod malam tadi agak sengal lah, sebab Fauziah Gous ni tak termasuk dalam list heroin yang cikmin minat, hehehe.Lakonan Rosyam Nor yang memang berpadanan sebab watak Razif dalam novel memang agak berusia dari Norjinah.Siti Fazurina sebagai Norseha, adik tiri Norjinah memang gedik, i loike.Rasanya dia akan menyerlah dalam drama ni walaupun memang akan sakit hati melihat kegedikkan dia tu.
Jom layan Sinopsis Trilogi Cinta..
Sinopsis Trilogi Cinta
Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? credit to nenek kebayan.
Nota Hati : Razif dalam novel sangat romantis..
Rosyam pun apa kurangnya kan..
Incoming Search Terms:
- trilogi cinta (1371)
- novel trilogi cinta (408)
- drama Trilogi Cinta (316)
- trilogi cinta drama (159)
- sinopsis novel trilogi cinta (142)
- trilogi cinta novel (113)
- sinopsis drama trilogi cinta (52)
- trilogi cinta sinopsis (37)
- trologi cinta (32)
- kesudahan trilogi cinta (30)

{ 63 comments… read them below or add one }
terlepas laa episod 1 kak min =(
x ingat sikit pon pasal cerita nie .. dah laa cari episod 1 dlm website rtm x ade ..
Zqah´s last [type] ..Awak Dah Besar !
@Zqah, malam ni ada lagi zqah..
tapi masa tengok tak sempat nak amik gambar kat TV…lagu-lagu dalam trilogi cinta ni pun best2 jugak.. 
cikmin´s last [type] ..Puding Belang Cinta Rezeki 1111
@cikmin,
tau tapi bila tak tengok episod 1 , rasa macam tak best pulak ..
Zqah´s last [type] ..Awak Dah Besar !
@Zqah, hehehe..takpe baru 1…hiks…
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
@Zqah,
stended la.. memula memang mcm x best.. dh tengah2 baru syiok…
@kakngah,
mmg tapi terlepas episod 1 .. ruginya =(
Zqah´s last [type] ..Drama Trilogi Cinta Adaptasi Dari Novel
@Zqah, xpe nnt ley tgk lagi ;p
suarapeople´s last [type] ..Lawak Pak Pandir Dengan Motosikalnya
@Zqah, suka novel ni..beli seme novel…pelakon fauziah gous sesuai gak tuk watak ni..tp start tgk episod 7..huhu..sib baik dah bce novelnye..klu x,mesti terpinga2..
dah start ke huhuh terlepas lg…yg ustaz amirul pun terlepas…
ape yg aku buat kt umah ha?hahahahaha
el´s last [type] ..Menikmati saat2 di CH
@el, tu lah pasal..ko buat pe kat rumah tu?
cikmin´s last [type] ..Prestasi Blog CikminCom December 2010
@el,
ustz amirul pun aku xtgk ah.. stat last week eh????
rasenye pernah bace novel tu. laaa… heroin=FG? mmm… same la, kalau pelakon lain, wa tengok la kot!!
tips-kurus´s last [type] ..GOBLOK!!!
nok.. aku terus tengok smlm.. hahhaha!! xjadi tido.
hhmm.. fauziah tak cukup kekampungan kan??? cuma tang rambut tu la.. blh bagi kredit sikit… ahaks!
fazurina.. dah kurus kan campare dia dlm dunia anita
alamak!terlepas suda…kena download jerla episod 1 nanti ni…
kalo rosyam berlakon mmg romantik…
betul tu cikmin, hari tu news tulis bulan november mula tayang.. ingatkan dah, rupanya baru tayang tahun ni rupanya..
kulanz´s last [type] ..Terima Kasih 2010
suka cerita nih, best,,hope sama best macam novelnya jugak. sharifah abu salem memang best,,lakonan rosyam pun best, dia menjiwai watak dia.
eiela´s last [type] ..Saya Minta Maaf- Maafkan Saya
saya ada baca cete ni…mmg best..kalau layan novel rasa watak heroin tu diri sendiri…berangan habis…hahaha
bada´s last [type] ..Celoteh Ckynwan Giveaway 2011
SATU LAGI DRAMA YANG BEST DARI ROSYAM..MAK TUNGGU DEPAN TV..=P
CHECK ENTRI MANTAP
# JAYA JUSCO BARU MAHKOTA CHERAS#
# FAILED PARKING KERETA#
# NUFFNANG BUAT BLOG LEMBAP#
AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG#
NEON´s last [type] ..Kekasih Khairul Fahmi Che Mat Kena Serang !
tak sanggup nak hadapi trilogi cinta
harap2 tak terserempak, kan cikmin?
tehr´s last [type] ..Nuffnang Beri Hadiah Tahun Baru
Terbaca buku novel yg wife beli kt rumah… mmg novel yg menarik… dh lama terfikir bl nk dramakan cerita ni…
tp ada frust skt bl dh tayang kt tv:
rosyam x sesuai bawak watak razif – patut eizlan yusof sbb watak tu spatutnya org yg berumur tp still ensem, lemah lembut – nk marah pn bkn dgn kata2
watak salmi pn x sesuai patut ambik maria farida – sbb dlm novel salmi org yg cantik, kulit putih
watak2 len dh ok dh sbb norjinah mmg kulit hitam manis muka ala2 kampung skt… cuma pakai kain sarung x reti… tp ok lah… hehe
@jusoh, betoi la rosyam x sesuai watak razif….tapi kesian watak badrul…frust norjinah kawin dgn razif..tp sy lebih suka norjinah dgn badrul….terlalu muda utk razif…
setuju… lagi suka badrul berbanding razif, rasenye badrul lagi penyabar berbanding razif… susah nak tengok badrul marah…
Memang best cerita ni..Ellen pun nak layan ni..hehe
ellen´s last [type] ..Firefly Tawar Tambang Murah-Termampu antara KL-KK-KL-Kuching
cerita ni best
layannn
wazy´s last [type] ..Promosi Hebat Webhosting Dari Fivio Enterprise
drama ni best. rb tgk pun layan je. menarik cerita ni.
RedBoys´s last [type] ..Ini Jumlah Komen Saya
camne nak cakap ek..huhu
ceta ni dorang cakap best.. kwn2 Gayah dik semabang hal ni ja..
tapi Gayah tak tengok tb pn.. ceta ni pon tak tgk.. teringin nak tgk..huhu
sape tau tjuk lagu2 n penyanyi dalam drama trilogi cinta yek?
bole bgtau saya…..
sya suka sgt lagu2 tu suma…
nak download ni hehe….
@senah,
BETUL2….SAYA PUN SUKA LAGU DLM TC TUE…NAK CARIK KAT MANA ERK…TGK LAM YOU TUBE…XDE PUN…
@senah, awak try tgk tanpamu siti n kris…lagu tu ker….
best laaa… citew niii… lagu pun best…. lagu tanpamu… kris n siti 2
@FadDy LoPiA, ya btui…. mmg best lagu dlm drama ni… TANPAMU…
tak penah dgr sblm ni…
memang bes.tahniah tv 1 kerana dapat menyiarkan drama ni
lg 1 drama fantasi cinta teruna pun bes
nak tau lagu dlm nie yg selain kd n ct tue…
semua lagu best…
angah ikuti ceritanya tak pernah miss memang best sangattttt
angahsayang2314´s last [type] .. MaTa oh MaTa
best giler ceta ni… tak pernah mis
lagi syok klu badrul yang kawin ngan nurjinah
Trilogi cinta mmg best, 3 hari tu mmg mgadap tv, x saba nk tgu episod seterusnyer…suka tgk rosyam nor bwk watak razif, klu pelakon lain blm tentu leh wat gitu…
tak penah plak terbaca novel trilogi cinta ni… start tgk episod 2.. nmpk mmg best… smpi skrg ikuti perkembgn crita ni… tdk sabar tgk kesudahannya… norjinah & rosyam mmg sesuai dgn watak ni.. cuma tak suka dgn cara lakonan sharul…
saya xsempat2 lg nk tgk citer ni.. tp klu berdasarkan novel y sy baca, mmg meletup. dh khatam byk kali. Sharifah Abu Saleem mmg pandai membuai perasaan para pembaca nyer….
best sgt2 cite ni sbb rosyam heronya
si razif x patut buat salmi wife dia mcm tu… ader ker patut bwk budak pompuan keje sbgai org gaji kat rumah. razif memang amik kesempatan. sama jugak dgn norjinah… dah tahu majikan pompuan dua x suke belah laa. ini x dia amik kesempatan bebaik dgn anak2 si salmi… budak apa lg
@chit chat, memang pun……si norjinah tu ambik hati anak2 dia dulu…..mulut ckp tak nak……ati ckp suka-suka….klu realiti jadi mcm tuh memang razif and norjinah hampehhhhhhhh
si razif tu pulak….tak da langsung mcm nak ubat salmi subgguh- sungguh…..ya lah wlu pun salmi tu pernah curang….tp dlm kadaan gitu….dia dah insaf……boleh sakit jiwa jadi salmi……cita ni best klu salmi idup ( watak emo salmi ni yg upkan cita nih)…..time salmi ninggal nanti cita ni jadi tak best……. watak norjinah tu dah jadi biasa2 saja………watak biasa yg rampas laki org gituu…
Trilogi cinta BEST gila ler… Walau sakit hati tengok but really admire jalan cerita sebab sifat-sifat reality of manusia & hukum karma ujud secara langsung atau tak.
I sakit hati & rasa terseksa nak tungu Hari Ahad setelah Selasa. At those days any activity at 10pm or after b4 11pm have to cancel or postpone!
Syabas! Writer & whoever involved in making of “Trilogi Cinta”.. Keep it up
blh sy tau kedai buku mana ada jual novel nie? kat kl..
trilogi cinta..keep it up.eventhough the novels da abis baca but i dont miss 10pm-11pm Sunday till Tuesday.Rosyam Nor apapun watak ta perna gagal…Fauziah Gous so cute ala-ala gadis kampung..Badrul cool..Bila Seha came to the picture kita akan jadi lebih geram…tunggu
As Salam…
Bestkan crita ni…sy pon tak skip tgk episod by episod…
Kak minta kebenaran ye nak linkkan entry akk ngn entry blog sy untuk sinopsis Trilogi Cinta…minta kebenaran yer….
wani´s last [type] ..• CNY with my love
crite nie mmang best….pngorbanan seorang gdis…..mmang tiada tndingan bg crita ni.hrap diwujudkn movie plak slpas ni
Salam
Memang di nantikan tiap episod penuh debar. dup dap dup dap. Baca novel yang pertama dan kedua dan novel ketiga TIADA MIMPI LAGI, TAK DAPAT CARI LAH, jadi tak tahu lah ending nya. Masa baca novel-nove tu pun tangkap cIntaN, nangis dan macam I pulak watak tu. Mak memang kaki nangis beb. Husband Mak pun duduk sebelah pun tak pernah mis lagi citer tu. Orang-orang yang dah pernah baca novel tu, memang boleh bayangkan lah.
Watak-watak dalam cerita tu,
RN – tiada tandingan, Hero Malaya lah katakan, sesuai dgn watak lelaki kaya, tua, romantik, (ala cinta oroang lama – penyabar dengan karenah dapat isteri cantik (konon). Walau RN tu handsome mana, tapi dia punya senyum tu Mak cair.
FG – Okey lah, kalau letak Tiz pun okey
SF – Rosyam memang pandai cari watak tu, memang ngam dia punyer gedik, memang masuk watak beb, menyampah dari buku samapi ke drama, nyampah baban
MW – Tak sangka MW boleh bawak watak mak yang original kampung … tahniah
BAD/SHARUL – Walau pun terkenal sangat, tapi lepas ni kau mesti meletop
RH – ayah yang sporting, dah lama tak berlakon, watak kecil tapi amat menyentuh sebab sbar melayan karenah isteri…. cool lah
AK – Kau memang der best…. selalu watak baik, kali watak lain dari yang lain, selalu tak pandai marah-marah, cerewet, opposite lah pulak
Wasalam..yep setuju jugak lah…best sangat layan walaupun dah khatam 3 novel tu berulang kali…hahaha…
Pada pendapat saya Fauziah Ghous lebih sesuai memegang watak sebagai Norjinah kerana perwatakan dan rupa paras dia betul-betul seperti wanita kampong, tapi sesiapa yang memegang watak Norjinah tak penting asalkan jalan ceritanya menyentuh perasaan kita.
waaaa..cik min, ira baru tahu citer ni diadaptasi dari novel femes ames tuu. baru nak start tengok malam ni..
irahehe´s last [type] ..full housesafa dan marwahsejuta cinta marshandamarimar
best giler citer ni….tiada tandingan lah lakonan rosyam+ fauziah…romantik nyer….
best nyew drama trilogi cinta….sangat romantik…nak nak lagi pelakon rosyam nor dan fouziah gous…..
wah…memang best cite “TRILOGI CINTA”…rase rugi klu miss cite ni,semua watak dalam cite ni idup,walaupun sebelum ni saya selalu tido awal tapi sebabkan penangan cite ni saya sanggup tido lewat…tahniah kepada semua pelakon2 yang menjayakan cite tersebut..
nurjinah tu x abis2 pegang perut…
menyampah tgk aksi dia always pegang perut..tau la preknen but xyah laover sgt kan?? hehe
betul…saya pon x minat foziah gous nih…kalu pelakon lain musti lagi best…apapon Trilogi Cinta mmg best…^_^…
Pegang peghut takut baby tetiba hilang la…
Alangkah si Seha tu dah wat SCAN !
NGAPE agak nye Nurjinah & Rosyam tak wat SCAN pun…
mane tau anak2 lahir nnti mcm muke Seha or Salmi !!!
Memula minat tengok gelagat Rosyam..now
MENYAMPAH..sbbnye…Professional ler sikit..
Kalu kat Ofis tak perlu JAGA HATI..
Kat ghumah dgn BINI BERTERUS-TERANG aje…
lagi LEBIH COOL.
Takkan nk jadi or melutut kat memcm gelagat adek Badrul tu.
BANGUN Seha..kamu patut BALAS DENDAM to Sharul tu laa.
Seha wajar jadi PENDOKONG WATAK UTAMA wpun memula
saya menyampah…now..leh terima aah
-nuun-
FB_gogeousnuun
daa hbisss da episod terakhir trilogi cinta mlm niee…..warrghhh!!! sgt romantik lakonan rosyam nor mase pujuk norjinah…alangkah bgusnye kalo semua lelaki camtuu….
perhh….mmg best giler citer ni..
aku pun turut menghayati watak2 lam drama tu..
anyway..tahniah pada semua yg terlibat dalam drama tu….
tahniah….tahniah..tahniah…
Tahniah kpd suhan movies telah menghasilkn drama yg terbaik…x sabar nak tunggu Trilogi Cinta 2 harap2 cpt lah drama tersebut ditayangkan.Saya dah baca 3 novel Tak Seindah Mimpi , Tak Semanis Impian & Tiada lagi cinta mmg best…
Sinopsisnya lengkap banget yah. Terima kasih telah share. Salam hangat.
Download Novel Gratis´s last [type] ..Novel Twilight
aku khatham 3 novel nih.. smpai lunyai novel2 aku tuh.. siap terbayang yg norjinah dan razif ni mmg hidup dialam nyata, tergerak la nk nengok dlm tv, atleast tertunai gak.. makasih abg rosyam, aku mula minat FG sbb tgk citer ni la…
Lakonan bersahaja FG..terutama sebagai orang gaji bersifat kekampungan yang baru masuk bandar..memang best giler..
{ 1 trackback }