Home >> Prestasi blog, Promosi >> 1st Birthday Blog & Macaron Giveaway

1st Birthday Blog & Macaron Giveaway

by cikmin on February 1, 2011

INI STICKY POST, SILA SKROL KEBAWAH UNTUK ENTRI TERBARU, TQ.

1 Feb 2011, Hari Wilayah, seronok beronok lah korang yang stay kat kl tu dapat cuti, dalam cuaca lembab ni best kan dapat peram-peram dalam rumah.Happy bufday jugak untuk abang long ibu singa, abang long dia ke atau anak lelaki dia yang dipanggil abang long?seronok lah abanglong, satu kl cuti celeb besday dia tu..ha siapa lagi yang sambut besday ari ni?? owh ya, abang Iman besan ai pun sambut besday hari ni.Seronok kan mereka dapat cuti setiap tahun forever and ever.

Hari ni bersejarah jugak bagi cikmindotcom, sebab sudah sambut besday 1 tahun dalam dunia WordPress.Kalau nak kira tahun dalam berblog pulak lagi 60 hari aka 2 bulan cukup lah 3 tahun, owhhh tak cukup OTAI lagi lah kan.Ntah sampai bila lah cikmin ni mampu berblogging, harapnya sampai ke cucu cicit lah kot, kalau korang nak tahu, semangat kecintaan cikmin dalam berblog ni sangat kuat, siang malam ingat blog, tapi ada masa tu cikmin terpaksa lupakan sementara walaupun perit. :(

Tiada apa sangat cikmin nak share pasal prestasi cikmindotcom selama setahun ni, walau sebenarnya ada, cuma kalau korang rajin selak-selak lah sitemap cikmin tu ataupun kat sidebar bahagian atas tu..ada kotak “nak cari apa? taip pastu tekan ENTER.Masuklah  keyword “prestasi blog” Semoga apa yang korang cari jumpa lah ya.

*berhenti menaip jap ada hal nak diuruskan*

Sambung balik..dah hampir nak malam dah entri wish besday untuk blog tak siap-siap lagi ni.Sempena setahun blog ni, cikmin ada sedikit short giveaway nak kasi kat korang, TAK PERLU buat entri, HANYA drop komen yang membina kat bawah entri ni CONTOH : apa yang perlu diperbaiki dan sebagainya dengan cikmindotcom.Mudah bukan? Diingatkan HANYA 1 KOMEN setiap seorang, tak kiralah korang nak komen satu page ke apa, lagi panjang lagi cerah peluang korang.Tidak dibenarkan copy paste komen okeh.

Macaron – gambar contoh sahaja

Hadiahnya berupa Sekotak Macaron untuk 3 orang yang bertuah dan review ringkas setiap pemenang dari cikmindotcom.Pemilihan pemenang berdasarkan komen yang paling bernas.Jika cikmin agak keliru ketika pemilihan pemenang dibuat, cikmin akan minta pendapat juri rahsia yang terpilih.Setiap keputusan adalah muktamad, sebarang bantahan melalui surat layang, surat cinta, panggilan telefon ataupun datang kerumah tidak akan dilayan.

Tarikh terakhir untuk meninggalkan komen bernas adalah pada 5hb Februari 2011 tepat pukul 11.59 malam.

Hadiah lagi : Kaunter Jackpot dibuka 161109 di myfaheem.com.

Number of View :2799

Incoming Search Terms:

  • tempat menarik untuk sambut harijadi (50)
  • tempat menarik sambut birthday (38)
  • tempat best sambut birthday (7)
  • giveaways for 1st birthday (6)
  • 1st birthday giveaways (4)
  • tempat menarik untuk sambut birthday (4)
  • tempat menarik untuk sambut hari jadi (3)
  • 1st bday giveaways (3)
  • contoh penanda buku (3)
  • tempat sambut hari jadi anak (3)

{ 61 comments… read them below or add one }

sue February 1, 2011 at 6:49 pm

Salam cikmin..Wahh!!..Tahniah!..kira cikmin.com dah semakin dewasa lah ni.
Sue doakan semoga cikmin akan terus bergiat aktif meneruskan penulisan dan berkongsi pelbagai perkara dalam cikmin.com ni..Hehehehe..Sue tetap menyokong akak dan akan terus akan jadi reader yg setia..(^_^)..
sue´s last [type] ..1st Februari

Reply

cikmin February 1, 2011 at 8:08 pm

Wasalam @sue, terima kasih kerana terus menyokong cikmindotcom ye sue..kakmin hargai sangat2.Insya’ALLAH selagi ada daya jari ni menaip..akan kakmin teruskan..
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

mak February 1, 2011 at 6:54 pm

Tahniah cikmindotcom dah berusia setahun. Moga akan terus berblog bertahun tahun tahun akan datang!

Jangan kira ini komen perticipant utk GA tu tau..i wanna wish you je. Sebagai orang lama, rasanya you lebih mengetahui apa yang better for blog. Mak tak de komen or idea. You berumur 1 year,manakan sama dan sesuai ai yg berumur 1 bulan ni nak beromen..eh! nak berkomen..

wish you luck ok!!
mak´s last [type] ..AAAHHH…MAK GHAIRAH MELIHAT KESEKSIANMU!

Reply

cikmin February 1, 2011 at 8:11 pm

Terima kasih @mak, insya’ALLAH..

Seperti yang dimaklumkan..jika owner blog ni gagal membuat pemilihan..makanya juri pilihan akan dipanggil..so u participate or not bergantung kepada keadaan okeh.Bagi ai mak punya idea tu sometimes lagi briliaant tau.. :) anyway..thanks for droping..
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

el February 2, 2011 at 8:43 am

@cikmin, amboiiii beraiiii beruuuu korg dua..kehkehkehhh
el´s last [type] ..Pad Bertali

Reply

cikmin February 2, 2011 at 10:25 am

apa benda kau taip tu nok?

Reply

Salmia February 1, 2011 at 7:11 pm

Tah-ni-ah. hahaha
congratx cikmin atas kejayaan cikmindotcom ni. :)

komen saye adalah:
cikmindotcom akan lebih mantap kiranya… (macam cipta slogan masuk kontes majalah ujang la pulak.. hehehe)
actually blog ni dah cukup mantap dah.. cuma mungkin kena tambah perisa baru macam untuk macaroon tu. perisa durian ada tak? hahaha
income blog pun dah masyuk kan.. tambah income bisness macaroon lagi.. pokcik kayo!!!
pasal macaroon ni lagi la buat mia lagi tertarik nak baca tau.. n dari blog cikmin ni la mia tau apa itu macaroon. miahahaha…

i lap you lah cikmin!
Salmia´s last [type] ..Live- Lunch jom!

Reply

cikmin February 1, 2011 at 8:41 pm

@Salmia, kahkahkah..gigih je baca ayat “cikmindotcom akan lebih mantap kiranya” terus potong setim tau..ada ke minta perisa durian… :P anyway thanks ye mia..drop komen..lap u 2345.. :P
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

DrSinga February 1, 2011 at 7:34 pm

Tahniah CikMin!!!!
kita suka datang sini…
kat sini banyak benda berguna boleh baca
tapi kann..
kita tak suka kena klik <<>>
heheheeeeeee
DrSinga´s last [type] ..122011

Reply

cikmin February 1, 2011 at 8:52 pm

Thank you @DrSinga, masalah readmore ni..memang susah nak settle..ai pilih untuk guna READMORE ni sebab sebenarnya sangat penting dalam meringankan dan memperkemaskan blog ai.Salah satu kepentingan “read more” jugak, menyimpan benda-benda yang boleh melembabkan blog dari kita longgokkan semuanya sekaligus terutamanya blog banyak gambar besar..

Apa kata next time..u tengok kat recent post ai dulu..then only u klik baca..? or..bila u bloghopping kat mana2 blog yang ada letak ai dalam bloglist mereka..then u nampak tajuk entri ai yang menarik minat u nak baca..just klik the tajuk enti..and u perasan tak..u singgah sini walaupun jarang komen kena klik 2x..sebab nak baca entri..dan ai pulak..bila ada komen means ai memang datang blog u..kena klik 2x untuk komen entri.. :) peaceee doktor..!!
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

DrSinga February 1, 2011 at 7:35 pm

tak suka kena klik * baca seterusnya* tu….
DrSinga´s last [type] ..122011

Reply

CikLilyPutih February 1, 2011 at 7:36 pm

ermm Cik Min,

so far your blog dah tip top. Semua dah ada semua dah lengkap. Cuma kalau boleh Nuffnang advert yang kat sebelah kanan nie yang ikut je turun naik turun naik better cik min letak kat top of side bar kan. So bila orang bukak website u diorg boleh terus nampak dan terus click kan. Bukan apa sometimes iklan nie menghalang view nak baca yang kat sebelah kanan tu kan.

Itu je… jangan marah tau..
CikLilyPutih´s last [type] ..RON97 Naik 10 Sen Mulai 1 Feb 2011

Reply

cikmin February 1, 2011 at 8:57 pm

Thanks @CikLilyPutih, tak marah lah..hehehe..kalau ikutkan coding tuk iklan nuffnang tu jenis statik..dia tak keatas ke bawah..cuba u perati betul2..yang ke atas bawah cursor kita je..cikmin ada jumpa blog yang guna coding iklan nuff yang keatas bawah..ha yang itu memang fenin..ok..nanti dipertimbangkan untuk ubah..memandangkan banyak “benda” kat sidebar tu..
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

Jericho February 1, 2011 at 8:19 pm

Selamat Tahun Baru Untuk Cikmin.com.. Nak sama2 rayakan dengan Tahun baru cina ker ni kak min? hehe..

Rasanya tak ada perubahan yang perlu dilakukan pun dekat blog Kak min ni..Semua pun teratur jer.. Hampir setiap hari ada jer gambar makanan ni, ha.. untuk seterusnya tambah lagi gambar banyak2, biar saya dan pembaca dekat luar tu terliur2. Tapi jangan pulak hias blog ni dengan gambar2 RV dengan Macaron kiri kanan… jadi berat blog ni nanti.. bukan setakat berat, jadi juling tengok2 gambar tu nanti.. hahaha.. Tapi kalau banyakkan Liveblog tu macam ok juga tu kak min.. best jer nak tengok2.. Saya ni silent reader, kadang2 singgah tak tinggalkan jejak dekat Shoutbox tu.. hehe
Jericho´s last [type] ..Last working Internet service in Egypt- shuts down

Reply

cikmin February 1, 2011 at 9:00 pm

Thanks @Jericho, hahaha..mana ada..just kebetulan je kan.. :)

Kakahkah..can u just accept this 2 things sebab memang kakmin tengah addict? Liveblog pernah cikmin buat berhari-hari (bersebab jugak)suatu ketika dulu..tapi dapat komplen dari sesorang yang tak gemarkannya mungkin..mungkin shoutbox tu pun perlu dibuang..sebab rasanya shoutmix ni paling lambat nak habis loadingnya..
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

Jericho February 1, 2011 at 10:01 pm

@cikmin, Shoutbox tu boleh juga dekat page lain macam sesetengah orang buat.. ye lah, kadang2 orang lain nak beramas opsss.. bermesra dengan kak min kan.

Liveblog macam best jer pun.. Saya pun cadang nak buat macam tu juga untuk mengisi blog yang tidak terhapdate.. yer la, bukan setiap hari kita update kan.. Boleh la guna liveblog tu.. Sekurang2nya nampak la setiap hari tu ada entri kita.. seorang tak suka biar la, mungkin ada 2-3 orang lagi suka benda tu kan. Dari segi theme memang dah ok.. agak ringan juga nak dibuka.. yer la, salah satu faktor orang jenguk blog kita, cepat nak load. Kalau lambat berminit2, memang orang pangkah jer tu.. tapi setakat ni blog kak min memang ringan macam kapas diawang-awangan.. haha
Jericho´s last [type] ..Saya Menang Acer Aspire One Ini betul-betul lah bukan cobaan

Reply

cikmin February 1, 2011 at 11:40 pm

@Jericho, simpan kejap shoutmix tu..nak settlekan hal kat sidebar ni dulu.. :P spammers je banyaknya jerry..

Liveblog memang best jerry..sebab live kan..snap terus hantar..kakmin live ari tu sebab tak dapat nak on9 macam biasa kat blog..kalau senyap nanti orang tertanya-tanya pulak kan…

wah..macam kapas tu yang tak tahan..hahaha.. :P

Reply

Jericho February 2, 2011 at 12:55 am

@cikmin, Wa.. banner tu….. mana kapal terbang AirAsia tu? hehehe
Jericho´s last [type] ..Saya Menang Acer Aspire One Ini betul-betul lah bukan cobaan

Reply

cikmin February 2, 2011 at 1:01 am

@Jericho, ada kapal terbang tu..landing isi minyak jap..hahaha.. :P

Reply

kak ina kl February 1, 2011 at 8:20 pm

ooo nak gaklah ga tu sebab tak pernah seumur hidup merasa macroon ni.
ni review dari akaklah.

1. harder kena tukar ..tak cunlah pulak..dulu punya lagi cun

2. shoutbox tu tak payahlah letaklah ..akak pun dah tak letak

3. tak sukalah iklan nuffnang ni kat sidebar kanan..biarlah kat atas ajer.

4. paling menci bila ada read moreeeeeeeeeeeeeeeeeee tu..tak suka..tak suka..tak suka…

sekian..terima kasih.
kak ina kl´s last [type] ..Superman Ultraman Catwomen

Reply

cikmin February 1, 2011 at 9:07 pm

Terima kasih @kak ina kl sudi review..

1.Insya’ALLAH tukar sedang cari designer yang memuaskan hati..

2.Rasanya nak kena buang jugak ni..sebab banyak spammers..tak suka..lagipun jarang jugak balas jejak dari situ..selalunya balas jejak orang tinggal komen je.. :P

3.Ok..akan dipertimbangkan untuk tukar..

4.Readmore ni memang tak boleh nak buat pe lah kak ina..sebab owner blog ni sukakannya bersebab..sebab sebenarnya sangat penting dalam meringankan dan memperkemaskan blog.Salah satu kepentingan “read more” jugak, menyimpan benda-benda yang boleh melembabkan blog dari kita longgokkan semuanya sekaligus terutamanya blog banyak gambar besar..macam blog yang panjang entri berjela dan banyak gambar..fuhhh menguji kesabaran untuk full loading ye kak ina..harap maklum.. :)

Solutionnya…kak ina masuk dari rss feed min yang ada kat blog kak ina tu terus tau..so tak payah klik readmore dah..peaceee!
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

catlina February 1, 2011 at 9:38 pm

wahahaha nak join jugak ape tah lagi hadiah dia mak aruns yang kuidam2kan kua kua kua…:)

cikmin, sy suka blog cikmin ni, dari dulu lagi sebelum cikmin tuko template itu ini.tak kisahlah tukar rupa ape pun, janji isi kandungan dia best!template yang ni, nampak lagi matured dan simple…sy pon tgh mengusha template baru gak cuma masa mencemburui daku skrg..hua hua….

cite yang sy suke baca…

1.cite faheem + kat blog myfaheem tu
2.entry pasal nuffnang
3.entry masak2 dan baking membaking…
4.isu2 semasa dan kisah keluarga cikmin…sy support ape saja cikmin buat tau..bukan bodek ni tapi memang tabiklah dgn cikmin!!!

tapi tulah sy agak sibuk skrg, selalu juga blog walk cuma lebih byk jadi silent reader jek..huhu..bilalah nak rajin semula ni…anyway,keep it up & u go girrrrrlll! ;)

Reply

cikmin February 2, 2011 at 12:06 am

silakan je join @catlina, terima kasih atas setiap pandangan yang diberi tu ye cat..cikmin cuba applykan..ekceli kan..apa yang cikmin rasa je lah ni..sejak dah berWP..hubungan dengan kawan di Blogspot dah semacam renggang..dont know why..sometimes kita dah jejak banyak kali mereka tapi mereka semacam berat nak jejak kita balik.. :( tapi takpe lah..mungkin hanya itu pandangan dari sisi cikmin yang gelap..kehkehkeh…cheers!!

Reply

catlina February 4, 2011 at 3:23 pm

@cikmin, alah cikmin, bukan WP je..blogspot pun sy tgk mcm dah kurang..(heheh padahal sy yang kurang aktif skrg nih)..sume busy tuh..tapi cayalah cikmin, busy dgn macaron bagai ..tapi tetap hupdate blog!

*gelap?kena bukak sunglass tu dulu hihhih
catlina´s last [type] ..Announcement!Jom join New Year Giveaway Part 2 by KedaiGambarKami updated rules and regulations- and dateline forwarded to 10 March 2011!

Reply

anip February 1, 2011 at 10:08 pm

Assalamualaikum Cikmin, Perghh ! Dah cukup 1 tahun yer cikmin dalam wordpress nie, agaknya pencapaian cikmin dalam dunia blog ini memang membanggakan, Dah setahun cikmin berblogging dalam wordpress ni dah banyak cikmin pelajari dan dengan kesungguhan cikmin yang tak pernah putus mengupdate blog memboleh blog cikmin ni maju ke depan, Hehe,

Suda pasti ramai blogger yang jeles dengan pencapaian cikmin termasuklah anip dan ia menjadikan satu pengajaran untuk lebih maju ke depan dalam dunia blogging, Mungkin di antara mereka memilih blog cikmin sebagai blog yang banyak memberi inspirasi kepada semua.Betol tak?

Selain tu, banyak juga post2 yang menarik dan dapat menarik pengujung ke blog cikmin, Hehe,Walaupon anip seorang Lelaki maskulin, bwahahah, tetap juga hati ni mesti melawat blog cikmin, ape tak, rasa diri ni macam rugi jer kalau baca entry dalam blog cikmin nie, hehehe. wah, mengayat lebih nampak, bwahhaaha.

Anip rasa nak bagi pandangan sikit tentang blog nie, takpekan, heheh. rasanya blog cikmin ni memang ringan walaupon hanya buke menggunakan brodband, lagi satu nak suruh cikmin buat header yang lebih menarik tapi biar simple tak sebab header adalah 1st impression blog tu, heheh, kalau lagi gempak header cikmin tak mustahil lebih ramai orang akan datang ke blog cikmin,yang lain anip rasa oke jer, tak de yang menyakitkan mata.

HAh ! Perkara yang anip paling suke kat blog nie adalah Macarons tu, fulamak ! memang dari dulu minat nak rasa macarons cikmin nie, hehehe, kalau ade peluang merasai memang nak jer. hehehe. penah aritu post gmbar macaron cikmin kat fanpage, ramai orang juga suke, kelihatan sedap n menarik sebab berwarna warni,

Akhir kata, cikmin teruskanlah berblog ni, mingkin masa depan blog cikmin akan lagi kedepan, banyak kot resepi dalam blog ni boleh dijadikan panduan untuk mereka yang gemar memasak dan selalu membuatkan anip terliur sekiranya melihat resepi cikmin nie, hehe. Pasal blog si kecil molek anak cikmin tu pon bole tahan juga yer, hehehe.Jom kite gegar dunia blog nie, !

p/s : panjang kot anip menaip komen arini, 1st time komen sepanjang ni dalam hidup, betol tak tipu.bwahahaha.

p/s : macaronss~~~~~~~ dah lama mengidam, heheh
anip´s last [type] ..Perkembangan Terbaru Krisis Di Mesir Dan Keadaan Sebenar Rakyat Malaysia Disana

Reply

cikmin February 1, 2011 at 10:38 pm

Wasalam dan Terima kasih atas segala pandangan @anip, cuma tang ayat ni jek cikmin agak keliru.. “rasa diri ni macam rugi jer kalau baca entry dalam blog cikmin nie” :P :P
cikmin´s last [type] ..1st Birthday Blog &amp Macaron Giveaway

Reply

catlina February 1, 2011 at 11:22 pm
cikmin February 2, 2011 at 12:07 am

@catlina, eh takpe pun nyampuks..komen tu tetap kira satu jek..hiks.. :P

Reply

catlina February 4, 2011 at 3:25 pm

@cikmin, paham2..sekadar nak memeriahkan majlis hihi

aniP;heee..kan…typo kan..
catlina´s last [type] ..Announcement!Jom join New Year Giveaway Part 2 by KedaiGambarKami updated rules and regulations- and dateline forwarded to 10 March 2011!

Reply

anip February 1, 2011 at 11:31 pm

@cikmin, rugi kalau x bace, huhuh, sori, mungkin tak perasan td cikmin, hehe. jgn terasa yer
anip´s last [type] ..Perkembangan Terbaru Krisis Di Mesir Dan Keadaan Sebenar Rakyat Malaysia Disana

Reply

cikmin February 1, 2011 at 11:54 pm

@anip, hihihi..saja nak test anip.. :P

Reply

kzai February 1, 2011 at 10:30 pm

salam cikmin..
selamat menyambut ulang tahun pertama Cikmin.com…Tahniah buat blog ini kerana genap setahun cikmin.com pun dah mengeluarkan menu produk yg glemer.akak pun nak join GA ni kalau ada rezeki..nak gak rasa macaron dr air tangan cikmin..tak pernah rasa lagi simacaron ni.

Dari pertama kali cikmin.com kenal kan produk macaron ni akak rasa teruja dan sentiasa mengikuti perkembangan nya kerana satu2 nya produk yg akak teringin sgt nak belajar tapi belum berkesempatan lagi…cuma dapat melepaskan keterujaan dengan melihat macaron disini je.

Pada pandangan akak,Cikmin.com perlu menukar header yg bersesuaian dengan jualan produk nya…yang lain2 tu akak rasa dah ok dah..lagi pun Cikmin.com perlu ada juga citarasa tersendiri untuk mempamirkan blog nya.Ini je yg dapat akak bagi pandangan jika Cikmin rasa perlu.
kzai´s last [type] ..Blueberry Chilled Cheese Cake

Reply

cikmin February 2, 2011 at 12:11 am

Wasalam @kzai,

Terima kasih atas ucapan..maaf ya kzai..blog cikmin ni tak khusus pada penjualan macaron tu semata..blog ni kena sesuai dengan temanya.. :) blog ni ada cita masak, ada cita personel, ada perkongsian info..cuma untuk macarons tu mungkin cikmin akan sediakan page yang lain nanti.. :) Terima kasih sekali lagi atas pandangan bernas dari kzai.. :)

Reply

shikano February 2, 2011 at 12:41 am

happy bufday blog cikmin..ekeke..
moga semakin panjang umor..

jenguk blog luaskan tapak,
tambah kenalan seluruh malaysia,
blog cikmin dah cukup gempak,
moge makin maju seiring usia.
shikano´s last [type] ..- GIVE AWAY PEARL -

Reply

cikmin February 2, 2011 at 10:26 am

Thanks shikano sudi drop komen.. ;)

Reply

Salmia February 2, 2011 at 1:33 am

wah.. ramainya yg komen panjang2 n letop2.. hahaha..
xpe, yg penting kerjasama. eh, yg penting semua happy kan.. hehehe

puas kejar jackpot kt myfaheem tu tp brdband ni slow plak dah. so smbung esok la klau sempat. hahaha
gud nite!
Salmia´s last [type] ..Live- Lunch jom!

Reply

cikmin February 2, 2011 at 10:27 am

ha tu lah..awat kontot sangat komen mia ni..hiks.. :P

Dah langsai dah jackpot tu..siap ada pertukaran nombor saat akhir lagi…

Reply

yanmie February 2, 2011 at 8:33 am

Salam kak, hepi besday untuk cikmin.com, masih teringat lagi bagaimana bermulanya cikmin.com nie mula bertapak dan wujud. bagi yan xde perubahan apa sangat kot, cuma kalau boleh campur je entry personal dalam nie kak, sbb orang lebih ghairah kat blog nie, yan tgk blog nie mmg blh pergi jauh, blh buat duit banyak, applykan ilmu seo yang akak ada, sungguh rugi kalau tak apply, pedulikan orang nak kata apa. kan kita dah lali kan….hahaha

lagi satu pasal iklan nuffnang kt tepi mmg yan x bape gemar, sbb klu vie kat phone ianya sgt menggangu, tp syukur akak dh buang iklan tu kt situ…ehehe maybe sbb baca dari komen cik lily ye, bagus! tindakan yang pantas, nampaknya yan sependapata hal tu dgn cikliliy.

Yan sebanarnya kalau masuk blog org tu yan suka perhatikan header blog, impression mula2 masuk blog tu, kalau menarik memang yan selalu datang. mcm akak header memang menarik, tapi sebenarnya yan lebih gemar akak pakai kaler ijau macam dulu, memang kerap yan dtg…ehehee, yang skrang nie ok jugak cuma lembut sangat, try warna yang terang macam sebelum nie, hijau macam keta akak tu, nice sgt yan suka, tapi tak semestinya akak suka dengan apa yang yan cadangkan nie kan, ianya cuma sekadar pendapat, lagi satu try guna pulak warna biru, biru macam masa kat blogspot, warna tu pun cantik, lagipun header akak nie kan format png so xde masalah klu bermain dengan warna lain, kalau tak lawa tukar je blk…ehhee

alamak terpanjang sudah, ok kak yan komen kat sini bukan semata2 nak macaron tu kak, komen nie ikhlas buat cikmin.com atas kelahiranyaa yang ke 1 tahun, moga sukses selalu

Ada orang suka dan ada jugak orang tak suka, biarkan yang penting kita dapat puaskan diri kita baru kita dapat puaskan hati orang lain, blogging dengan enjoy :)

Reply

cikmin February 2, 2011 at 10:38 am

Wasalam yan…

Terharu otai merangkap sifu datang komen dan ucap tahniah..akak memang takkan pernah lupa jasa yan masa bantu akak set up blog WP ni dulu..dan juga segala tunjuk ajar tentang seo tu.

Tentang iklan tu..kalau akak ubah bermakna akak menerima cadangan lah tu..asalnya akak floatkan ari tu dek kerana banyak iklan 125 kat atas tu..sekarang akak dah free so letak balik lah nuff tu.. :)

Tentang header tu..akak sedang pertimbangkan untuk buat yang baru…warna pulak akak tak bercadang untuk tukar ke hijau buat masa ni..dan tak jugak ke biru..dah lupa ke..nanti ada yang kata yan idola akak..hahaha.. :P

Insya’allah..ada masa akak akan cuba apply sepenuhnya seo tu..buat masa ni akak bermain seo yg ada related dengan food…enjoy jugak…

Reply

el February 2, 2011 at 9:00 am

hepi besday to u 2x
hepi besday to WP cikmin
hepi besay to u..:)

wahhh kecik lg ghupenye baru 1 tahun ma ahaks
siap ada short GA lg..macaron lak tu best giler kentang beb hehehehe
ape eh nk ku karangkan..semua peserta hebat2 belaka..den bab merapu oklah..harharharun salim bachik

1stly tahniah atas kejayaan cikmin dlm dunia WP ni
mmg WP cikmin sgt2 debom..ringkas…x serabut..tersusun..suci ewahhh ahahahaha…semuanya complete..sng nak bc..sng nk tgk..xde apa yg ptt berubah…el suka top 10 entri paling terkini..sbb kalo ada n3 yg lepas2 yg el termis..el sng je klik kt situ..sgt menyenangkan
xpayah lah nak tempek ape2 lg..wat menyemak jerk..ni pun sgt2 simple penuh ngan ilmiah..oh gituu miahahahaha
WP cikmin pun x jemu el bc n review byk2 kali..tgk pun sgt2 relaxing jek…x menyakitkan mata sbb tone warna yg sgt2 cun..:)

oklah x tau lg ape nak komen..xpelah xdpt macaron dpt bc n3 cikmin pun dah bertuah hahahahaha

smoga suksess selalu okeh
sayang cikmin (point nak menang ada x ni) hakhakhak
el´s last [type] ..Pad Bertali

Reply

rina macaron February 2, 2011 at 9:14 am

cikmin.. saya pun nak join comment.. tapi tk perlu consider as a participant..tapi kalau cikmin sudi accept apa salahnya.. hehehe leh rasa macaron air tangan cikmin kan.. huhuhu

rina rasa cikmin punyer blog dah perfecto!! tapi satu jer.. add kan blog list. sebab rina ni suka lawat blog orang. jadi kalau ada sapa2 yang ada list blog ni. mmg rin click satu satu. hehehe

mekasih..

Reply

cikmin February 2, 2011 at 10:24 am

auwwww..teacher macaron dah turun padang lah… :P syegan lah pulak nak rasa macs air tangan cikmin…insya’ALLAH…ada rezeki boleh rasa kan..

Pasal bloglist tu cikmin dah ada dear..cuma untuk WP ni kita agak kurang digalakkan untuk letak bloglist banyak2 kat front page..dikhuatiri akan melambatkan loading yang dah pasti akan membuatkan bandwidth kita langsai cepat nanti…anyway..terima kasih atas cadangan.. :)

Reply

HaSue February 2, 2011 at 9:48 am

akak..selamat ulangtahun cikmin.com..
semoga blog akak semakin maju berkembang dan terus berkembang..
dah tertinggal keretapi nih macam terlambat lak nak bagi idea..tapi nak jugak bagi..
memandangkan akak banyak bagi info2 terkini pasal hiburan dan informasi terkini pasal apa sahaja..apa kata akak perbanyakkan gambar lagi untuk aktiviti live yang akak buat..
sebab kan sekarang ni org suka tengok aktiviti org lain buat n cadangkan nak pergi mana2 ke..terutama kawasan berdekatan tempat akak..
lagi2 kami pengunjung blog akak yang bukan duk area sana,mana tau tiba2 tercampak mana2 kat semenanjung kan,boleh laa rujuk belog akak utk pegi mana2 tempat menarik..
Ntah akak paham ke idak cadangan sue nih..hahaha..

selain tu,akak banyakkan gathering dengan blogger lain..pastu update kat blog..sure makin mantopp blog akak nanti!

akhir kata…majulah cikmmin.com di arena blogging!

Reply

cikmin February 2, 2011 at 10:20 am

Terima kasih hasue.. :)

Sekarang akak dah kurang entri hiburan, kalau ada pun review drama yang akak tengok je.Nak buat entri live banyak2 pulak sekarang ni kurang outing..pusing2 paling jauh pun kl je..hihihi.Cadangan last tu insya’ALLAH..sekarang ni memang masa agak terhad untuk gath ramai2..Makasih lagi sekali ye sue..sudi beri pandangan kat cikmindotcom… :)

Reply

ummiross February 2, 2011 at 10:03 am

Tanpa macaron pun ummi tetap akan ke sini, bukan semata2 kerana blog tapi kerana owner nya jugak, bagaikan satu pakej, menjadikan blog ini cukup manis dan asam garamnya.
ummiross´s last [type] ..RATNA DEWI SONGKET

Reply

cikmin February 2, 2011 at 10:16 am

Terima kasih ye ummi atas puji pujian dan sokongan… :)

Reply

kinakOyu February 2, 2011 at 10:32 am

kina suka blOg cikmin. kina suka sebab ape yg cikmin wat n3 semuanya dekat dihati. sebab tue cikmin ramai peminat.

Reply

umi February 2, 2011 at 1:45 pm

Assalamualaikum cikmin. TAHNIAH atas ulangtahun pertama ini. Umi kagum dgn usaha gigih cikmin yang rajin menulis. umi mmg rajin ke sini, kadang mencari resepi, kdg sekadar meringankan minda membaca tulisan rakan blogger. Cuma umi rasa sebagai blogger melayu Malaysia kita patut menghidupkan dan menyemarakkan bahasa Melayu dengan menulis menggunakan bahasa yang betul. Mungkin ramai blogger yang tak bersetuju dengan pandangan umi ini, ye lah; masing-masing punya blog dia punya sukalah nak tulis macamana kan? Takkan nak blogging guna ayat skema macam buku teks kan? Betul tu, tapi apa salahnya kalau kita cuba menulis dengan bahasa yang betul sekurang-kurangnya tidak me’melayukan’ perkataan bahasa Inggeris. Itu je umi nak bagi pendapat, cikmin jangan ‘kecik ati’ ye!
umi´s last [type] ..HaSue Giveaway-Saya telah melahirkan bayi 2010

Reply

Fawwaznuha February 2, 2011 at 3:50 pm

Salam kenal K. Min ^_6

Maaflah tumpang memberi komen juga..selama ni silent reader je kat blog ni..suka entri yang pasal burger dan org Jerman ke Belanda (dah lupa)..mesti akak ni peramah dan mesra kan..
Bagi saya yang x layak mana pon nak komen sebab blog sendiri pon biasa2 saja hehe..blog akak ni dah cukup nice..
- cuma kalau bagi up sikit warna background mesti nampak lagi ceria..
-lagi satu apa kata akak tambahkan widget amung.us yang boleh ambil di sini http://whos.amung.us/..boleh juga tau berapa visitor dalam satu2 masa.
- tambahkan signature di akhir entri kalau rasa berminat lah..nampak bergaya sikit hehe..

cukuplah dari saya yang masih belajar daripada otai2 blogger macam K.Min dan seangkatan dengannya..semoga terus menulis entri yang best2..dan resepi yang sedap2 ^O^
Fawwaznuha´s last [type] ..InsyaAllah versi Bahasa Melayu &amp Pelajar kita di Mesir

Reply

Fawwaznuha February 2, 2011 at 3:52 pm

maaf link tadi tercampur pula..patutnya ini
http://whos.amung.us/
Fawwaznuha´s last [type] ..InsyaAllah versi Bahasa Melayu &amp Pelajar kita di Mesir

Reply

sharz February 2, 2011 at 4:12 pm

salam cikmin.com
baru first time singgah sini sebab tertarik dengan macaroons cikmin nie..
happy birthday kepada cikmin.com yang telah beroperasi selama setahun..
semoga cikmin terus success dlm dunia blog nie.. =D
pasal pendapat saya pulak blog cikmin nie memang dah kemas2 dah…warna pon sedap mata memandang…tersusun dan saya puas hati la..kire perfect la…hehe.. =D
sharz´s last [type] ..mousa kene vaksin dan shopping untuk anak-anak

Reply

tehr February 2, 2011 at 5:58 pm

selamat hari lahir
tak reti nak beri cadangan lagi dah
semua rasa dah ok sangat

cuma…
warna macaroo sticker nampak macam pudar
macam tak mahu menarik perhatian orang je
apa kata bagi warna terang sikit
rasa2nya ramai yang geram
hehe
tehr´s last [type] ..Seekor Kerbau Membawa Lumpur

Reply

cikmin February 2, 2011 at 6:20 pm

Terima kasih @tehr, macaron sticker tu warnanya dah okeh dah..takmo terlalu strike..saja nak pastelkan colournya.. :) geram kat sticker watpe..yang mahunya kalau geram kat macaron..baru lah masyuk kan tehr..hiks.. :P
cikmin´s last [type] ..LIVE- Peminat Serang Hendap Tok Ti

Reply

Zqah February 2, 2011 at 6:18 pm

happy belated birthday cikmindotcom !!! (n____n)
maaf lambat wish ..

3 jea zqah nak cadangkan ke kak min
- tukarkan warna background yg lebih terang sikit .. baru comel .. hee
- header macam yg org lain ckp kena tukar .. zqah rasekan kak min kena letak gambar macaron dan cikmin kat header .. gambar macaron warna terang lagi buat zqah terliur .. hak hak
- post laa banyak2 entri masakan .. zqah suka !!!

itu jea .. yg lain zqah dah rasa ok

p/s : zqah pon rasa nak buat jgk shoutbox tp rasa sayang lagi T_____T
Zqah´s last [type] ..Keadaan Sebenar di Mesir dan Nasib Rakyat Malaysia

Reply

Smuze February 2, 2011 at 11:21 pm

Wow – Wow Wow – The cookies in the pic look amazing, I love macaroon cookies they are my favorite.
Smuze´s last [type] ..Do Wikipedia editors have a small penis

Reply

eiela February 3, 2011 at 11:55 am

dah setahun rupanya blog nih. Congratulatulation Cikmin.com.. moga terus sukses. blog nih dah ok dah cik min asyik lapar je masuk sini..cuma tang gambar macaron kat sidebar nih je. mula-mula saya nak suggest cik min pekatkan sikit banner macaroon tuh tapi tengok komen tehr, cik min nak kekalkan camtu. Kalau Cik min nak kekalkan warna macaron kat sidebar nih macam tuh, saya nak suggest satu je kalau cik min ganti ke tempat banner cikmin.com tuh mesti lagi cun, sebab kena dengan warna putih theme blog nih, lagi nampak hidup. kalau letak macam kat atas hidup jugak tapi nampak tenggelam sebab kontra warna kedua-duanya.
eiela´s last [type] ..Hati-hati Dengan Scammer

Reply

Ezany-Kun February 3, 2011 at 12:13 pm

alamak.. ramai komen panjang2 ni.. harapan nak menang tipis la camni.. dah ler terlepas jackpot kat myfaheem.. nampak gaya mcm nak kena kluar duit sendiri gak ni.. :p

saya tak pandai la nak mengarang.. so buat bentuk point2 jer la ek..

1)Selamat ulangtahun pertama buat cikmin.com dan semoga terus maju di masa hadapan. Walaupun tau cikmin sibuk dengan kehidupan seharian dan diharap dapat la curi masa sikit2 untuk update blog ni. Yela kan kalau tak camne nak maju, hehe.

2)Oleh kerana skarang ni cikmin suka buat entri masak2, saya cadangkan cikmin tukar jer niche blog ni. Lagipun macam ramai jer kaum ibu yang ikut perkembangan blog ni. Memang sesuai la kan kalau share resepi atau ape2 yang berkaitan dengan makanan.

3)Lepas ni boleh jugak jadikan blog ni sebagai medan untuk promosi lebih byk kuih-muih yang cikmin jual. Contohnya macaron yang lazat mazat tu, hehe. Mane tau kot lepas ni cikmin nak jual kuih lain pulak ker. Boleh la planning awal2 sebab raya pun lambat lagi. Bisnes is money, hehe. Eh, macaron ni spesis kuih ker bkn?

4)Pasal ads kat blog ni pulak. Ok ker tak nuffnang? kalau tak ok better pasang innity balik. Lagipun skarang ni iklan innity ringan jer, tak memberatkan blog walaupun letak byk2. Blog ni under channel ape ek, Malay jer ker? Kalau ade yang tu jer, saya cadangkan cikmin apply channel food & dining. Rasanya blog cikmin ni konpem boleh dapat kot sebab dah banyak entri main masak2.

5)Header pun kena tukar la kot kalau nak sesuaikan dengan niche blog memasak. Guna la gambar cikmin tengah goreng ikan ker.. :p

6)Ramai suruh buang shoutbox gak ek. Tapi sebab cikmin ramai kawan, mcm penting jer guna shoutbox. Senang dorang nak drop msg. Takkan la nak tanya khabar kat komen lak kan. Kalau rasa tak penting buang jer la kot.. :D

Rasanya mula kenal cikmin pun masa tu baru nak bukak blog ni. Sekejap jer masa berlalu. Cukuplah la kot komen ni, semuanya pandangan peribadi jer. Harap maaf kalau ade tersalah tulis dan taip.

p/s: 1st time tulis komen atas notepad, takut nanti dah tulis pjg2 firefox crash pulak.. ;) )
Ezany-Kun´s last [type] ..Harga Minyak Petrol RON97 Naik 10 Sen Mulai 1-2-2011

Reply

fiezah91 February 4, 2011 at 1:03 am

wohoooo.. cikmin dot com dah sambut ulang tahun yang pertama la..
hoyeah! dah boleh berjalan dah ni..ekeke.. Apa pun, selamat ulang tahun untuk cikmin dot com..tahniah sebab dah setahun dah cikmin dot com ni.. teruskan berblogging sebab Suka blog cikmin sebab blog cikmin banyak entri-entri yang best..Kat blog cikmin jugak boleh dapat macam-macam contohnya resepi masakan, yang membuatkan org terliur tiap kali singgah dan sikit sebanyak buat org nak cuba test try gak resepi yang cikmin bagi..Bukan tu je, tips dan info2 lain kat sini pun berguna juga.. ^_^ suka baca.. Tutorial kat sini pun senang nak faham.. suka suka suka!

Penulisan yang santai disamping pengunaan bahasa yang senang difahami.. erkk..maksudnya ayat..Huhu.. Tajuk entri yang best digunakan jugak selalu menarik minat org untuk terjah dan baca entri yang cikmin tulis..

selain tu jugak, blog cikmin yang kemas dan blog yang ringan membuatkan org selesa singgah dan membaca entri cikmin.. Susunan widget yang teratur.. Rasanya semua ok dan tak ada apa yang perlu diubahkan..

Tu je la nak komen.. hehe.. tapi rasanya lagi best kalo cikmin slalu update pasal bujang kenit kat playground dia tu..ekekeke :P

Reply

mekar February 5, 2011 at 11:03 am

Salam Kak Cikmin,
Mekar juga masih baru berblog rasa tak layak nak komen blog org! Anyway Tahniah di atas usia peningkatan blog ini.

Eee, saya tak paham la kenapa ada org tak suka “read more” tu. Kalu diorang tahu kelebihannya mesti tak kan cakap tak suka.(hak masing2 la kan). Kalu longgok semua bagai dlm 1 homepage ni, berat la dia. kang komen ‘lambat loading’ pulak (sya pun baru tahu kebaikannya ni).

Mekar selalu perhati blog2 yg dah matang biasa tak letak lagi shoutbox kat sidebar. Kalu saya dah kukuh mcm cikmin, rasanya tak sempat lg nak layan msg kat shoutmix tu. Kdng2 tak perasan sgt lain la tinggal komen kt sini. Boleh sorok kot/letak page lain (spt komen cik jericho.
mekar´s last [type] ..Samosa Daging

Reply

ann February 5, 2011 at 7:13 pm

Assalamualaikum cik min..
Saya ucapkan tahniah kerana blog cik min dah berusia setahun semoga terus maju..:)
byk komen saya tgk kat atas ni tentang blog cikmin ye..so saya sebenarnya tak brp pandai nak komen mengomen ni,terutama pasal blog sbb blog saya sendiri pun sememangnya kureng jika nk bandingkan ngn blog cikmin ..cuma yang saya nak tulis kat sini adalah berdasarkan pandangan dr hati ikhlas saya biarpun mcm tak berapa bernas..hehe…

1.:Saya kan kalau masuk blog orang, saya lebih suka baca entry yang di tunjukkan semua tentang entry tu,maksudnya kita tak perlu klik baca selanjutnya atau cerita selanjutnya..(maybe saya ada sindrom malas nk klik2 ni kot..hehe)

2.:Kalau tgk kat belah kanan blog cikmin ni ada pengkomen harian,komen terkini tu..tu pun bg saya takde pun takpe kot,sbb kalau takde nampak lebih kemas(pd pandangan saya je la)tp saya rasa mesti cikmin ada sbb tersendiri wujudkan semua tu kan..jgn maree eh..hihi

3.:tahniah jgk saya ucapkan kerana cikmin berjaya membuka bizz macaron,so saya rasa lg bagus kalau cikmin wujudkan satu lg blog untuk bizz ni,spy tak bercampur aduk ngn yg lain,kat situ cikmin blh pamerkan order2 dr kastemer dan blh ltk details tentang produk dan mana tau satu hr nnti bizz cikmin makin berkembang InsyaAllah,blh jual lg byk produk2 lain kan?tp dlm masa yg sama cikmin blh promosikan macaron atau produk lain(bkn secara detail la)dlm blog ni:)

4.Jika cikmin tak mau buat blog lain utk bizz,saya cadangkan label yang ada kat atas tu, yang part macaron, cikmin boleh tambah “order macaron” atau “jom order macaron” sbb org akan lebih tahu lg cikmin ni buat bizz macaron tu,terutama pada yg pertama kali masuk ke blog cik min,lgpun tak semua org tahu apa itu macaron kan?maybe ada org yg tak klik lgsung kat situ..so itu pendapat saya je la..:)

5.Yg ni tak berkaitan ngn blog pun..hihi.Memandangkan cik min dah berbisnes kan,saya hrp dan saya doakan semoga cikmin terus maju…saya bangga bila ramai bumiputera menceburkan diri dlm bisnes..satu je dlm bizz ni kena ada tolak ansur dengan kastemer,kalau kastemer mintak kurang hrga pertimbangkan selagi ianya berpatutan.salah satu cara nk tarik pelanggan jd lah peniaga yg ‘easy deal’,*itu yg saya amalkan sbb saya pun seorang bakers dan masih baru jugak sebenarnya,tp alhamdulillah rezeki tetap ada jika ada tolak ansur.
*maaf cikmin komen terlalu panjang dan melalut je rasa..hihi.kalau silap tu harap maaf bebanyak ye…

Reply

Afiq Bukhari February 5, 2011 at 11:50 pm

assalam cikmin.thniah di atas kejayaan cikmin mengharungi liku2 kehidupan dalam dunia blog. da nak masuk 3 tahun tu. memang boleh digelar sebagai otai dah ni. afiq pun sebenarnya pernah jadikan cikmindotcom ni sebagai blog inpirasi. adeje elemen2 dalam blog cikmin ni yang afiq tiru sikit2 hehe

banyk sebab sebenarnya nape afiq ckp camtu. antara sebab2nya prestasi cikmin ni memang mantap. mesra seo lagi. so kadang2 bila afiq nak search something, blog cikmin mesti tersenarai sekali. dari segi entry plak, bersahaja dan santai, senang untuk dibaca dan senang untuk dikomen. dan afiq paling suka kekemasan blog cikmin. tersangtla kemas, tersusun dan teratur. dan yang paling penting ringan :)

sebenarnya x dapat nak review banyak sebab kekeringan idea heee semoga terus maju jaya. teruskan blogging macam biasa sebab tanpa cikmin, dunia blog akan kehilangan seorang blogger yang menjadi penanda aras untuk blogger2 yang lain :)
Afiq Bukhari´s last [type] ..BBQ Siakap Tiga Rasa

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: