Home >> Macarons/macaroon >> A Compliments to CM Macarons dan Cabutan Bertuah!!

Salam semua dihujung minggu..

Pagi ni ada sedikit kesempatan untuk cikmin nak menaip di blog yang dah bersawang ni..kawan-kawan takde yang nak tolong sapu sawang..nak buat macam mana kan..hiks.Semalam, hari yang paling best bila Macarons yang cikmin buat mendapat pujian dari seseorang yang memang gemarkan Kudapan Perancis yang manisss gila ni.Dari apa yang dia cerita sebelum ni, dia memang sukakan Macarons dan selalu hubbynya akan beli di Singapore dan KL.Dia jugak berterima kasih pada kawannya yang kenalkan link facebook CM Macarons pada dia.Cikmin sangat-sangat berterima kasih kepada Puan Zenu Ramly dari Johor ni..atas pujian yang diberinya “Macaron tu sedap CheMin..lagi sedap dari Canele singapore dan pastinya kalah yang kat Godiva Kl”.Memang terharu gila ni tau..tapi takde lah sampai gila nanti siapa nak buat tempahan yang masih belambak tu??uols tahu berapa harga sebiji Macarons kat Godiva tu??..ketaq nak bayar tau..

Puan Zenu ni oder 4 kotak Macarons dengan cikmin..dan pada hari kejadian (khamis 10/3) cikmin membuat tempahan dia ni..ada lagi order dari orang lain..totalnya cikmin buat 19 boxs pada hari tu je.Dari lepas subuh sampailah kemuncaknya pukul 7.30mlm siap packing untuk penghantaran melalui kurier GDEX, dan alhamdulillah kesemuanya sampai pada keesokkan harinya dengan selamat.Dengan kata-kata pujian ni lah cikmin terus bersemangat untuk menghasilkan macaron yang terbaik dan tersedap..kena taip yakin boleh!! ini hanya dapat dibezakan jika uols ni penggemar tegar dan berani mencuba macarons dari pelbagai orang yang membuatnya.Kalau setakat uols beli sekali..uols pun tak pasti kan..Dan cikmin sangat berbangga..sebab cikmin sendiri je dah mencuba macarons dari negera asalnya Laduree Harrods London..and i have to admit..CM Macarons belum boleh lawan Laduree..hahahaha!!

Walaupun sekarang ada blog yang  menyiarkan resepi macarons dan ada jugak yang pertama kali katanya mencuba terus menjadi..tahniah buat anda kerana berani dan berjaya menghasilkannya.Kalau baca pengalaman orang yang tersohor buat macarons ni pun boleh mengalami kegagalan lebih dari 5x tau..Secara jujurnya cikmin sendiri takde keyakinan nak membuatnya langsung bila tengok resepi di internet pertama kali..ada yang kata “alaaaa mudah nak mampus buatnya..bahan bukan mahal pun”..huhuhu..apa yang cikmin berani kata..pembuatannya memang sangat mudah tapi “sangat tricky”.Uols ada semangat dan hati yang kuat??..sila buat sendiri..taip je resepi macaron kat google..berderet lah keluar.

Kenapa yuran macarons mahal??kenapa pulak ada yang buat murah??huhuhu..ini lah KEY nya yang boleh buat Macarons ni sedap dari Canele dan Godiva..sangat berbeza okeh!Resepi yang sama dengan lambakan resepi di internet..cuma berbeza teknik.Masa memula cikmin pergi kelas macaron ni..setelah beberapa jam membuat macarons..dan 1st bite dari hasil yang dibuat..dalam hati terus berdetik ” sedapnya macaron ni” dan cikmin dah beri pujian jugak kepada Guru Kelas Macaron,Puan Salfarina dari angelcupidkitchen.com, memang ada beza dengan Macarons yang cikmin makan sebelum-sebelum ni.Thumbs to u dear Rina!!Beliau berkongsi resepi dari SWEET MARVEILLES SINGAPORE tempat dimana beliau pergi menuntut ilmu macaron ni.

Kenapa pulak harganya seketul ni mahal sangat??ada blog yang jual RM1 jek..huhuhu.Macam dikata..teknik yang cikmin guna berbeza.Dan paling penting..sizenya..kalau RM1 sebesar 50 sen boleh lah kot.Kalau di restoran besar. Macarons sebesar 50sen ni lah mereka jual RM2.50 sebiji tau..okey lah..yang penting uols ni jangan lah berkira sangat bab-bab makan ni..bukan apa..sementara kita sihat ni lah nak mencuba dan makan sedap-sedap..kalau dah sakit besok..orang mai huluq macarons dari laduree tu pun korang tak lalu nak makan..kot bukak mulut pun dah tak boleh..ye tak?Lagi satu..cikmin kalau bab makan ni tak kira di lokasi mana..tak pernah minta diskaun..sebab nak jadi darah daging..bimbang jugak lah kalau yang memberi diskaun tu tak ikhlas dihati kan..kalau beli kain baju ke perkakas rumah ke wajib lah tawar habis-habisan..tapi jika dah penjualnya dengan baik hati nak bagi jugak diskaun..masa tu kita terima lah dengan ikhlas hati jugak.

Kemuncaknya entri kali ni..terasa panjang pulak mebebel kali ni..hiks..pada rakan blogs dan rakan facebook yang dah pernah membeli Macarons dari CM Macarons..jangan lupa letak link entri atau link gambar kat FB uols di komen bawah entri ni..sebabnya CM Macartons akan adakan CABUTAN BERTUAH pada 31hb Mac 2011 sempena Birthday Puteri Cikmin yang ke 10 tahun..budak pompuan tu ada kat dalam header atas tu..alaaaa yang macam model tu..hiks..sebanyak 5 kotak Macarons akan diberi..2 kepada pembeli dari facebook dan 2 pembeli dari bloggers.Jika anda pernah beli 2x..makanya peluang anda sangat cerah okeh!!dannnnnn..1 kotak macarons tu untuk siapa??huhuhuhu..this is really suprise!!! tunggu pengumumannya pada 1hb April 2011!!

Cepat tinggal link uols..bila lagi nak merasa Macarons free dari CM Macarons yang bernilai RM60 (harga macaron dan postage).Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau…

p/s esok nak ke Tiara Beach Resort..tempat dimana saya dan kawan cemolot pernah impikan bersama..uhuks..

Number of View :6682

Incoming Search Terms:

  • macarons (277)
  • resepi biskut MACARON (174)
  • harrods macaroons klcc (69)
  • macaroon harrods klcc (49)
  • cara membuat makaron (48)
  • resepi biskut makaron (24)
  • cm macarons (21)
  • resepi macaron sedap (19)
  • reviews about salfarina macaroons (6)
  • jual macaron di johor (5)

{ 61 comments… read them below or add one }

Zqah March 12, 2011 at 12:01 pm

tak pernah beli lagi .. sedih x dapat join =(
Zqah´s last [type] ..Pindah Rumah Baru

Reply

cikmin March 12, 2011 at 12:02 pm

@Zqah, beli la selepas ni..cabutan hanya pada 31hb Mac nanti.. :)

Reply

salmia March 12, 2011 at 12:10 pm

owh.. ada peluang!
hehehe..
nanti mia post entri pasal 2nd round beli ok :)
salmia´s last [type] ..How to style 3 Tone Inner with Clip and headband

Reply

cikmin March 12, 2011 at 4:29 pm

on no problem..bagi 2 link tu nanti tau mia…a big change tu..ada suprise lagi haaaa…fikir2 kan lah.. :)

Reply

Salmia March 13, 2011 at 3:19 pm
ciksembang March 12, 2011 at 12:16 pm

macam mana nak beli cm?
ciksembang´s last [type] ..Restoran Makanan Arab Hadramawt

Reply

cikmin March 12, 2011 at 12:19 pm

@ciksembang, guna contact form kat atas tu CS..

Reply

el March 12, 2011 at 12:23 pm

mmg pjg lebar smpi cicah lantai…
wahh sekali x update.tu dia bercerita
bangga ngan perkembangan cikmin
go go cikmin..smoga dimurahkan rezeki pas ni lg ye
el´s last [type] ..Part 2 – Donut Pelbagai Bentuk plak dah

Reply

Johari Hamzah March 12, 2011 at 12:24 pm

wah… bestnye.. nak join bleh cikmin?? tapi joe xbuat plak entri hari tu… camne ek..
Johari Hamzah´s last [type] ..Review Johnny Depp is Rango

Reply

cikmin March 12, 2011 at 4:34 pm

owhhh..wonder why jugak dulu..kenapa joe tak buat entri.. :(

Reply

mama tisya March 12, 2011 at 12:32 pm

wah ada cabutan bertuah…sukaaaaaaaa

hrp2 bertuah…kalo link ada gmbr ngan cikmin agak2 lg chances tu lebih tk..heheheheh

penangan macarons..rugi saper tk order:)

http://mamatisya.blogspot.com/2011/02/penangan-macaronsrugi-saper-tk-order.html

http://mamatisya.blogspot.com/2011/02/jumpa-blogger-dr-pahang.html
**rsnye lps ltk kt blog&fb rmi gk kwn2 yg tgk terliur trus order kt Cikmin..bole dpt extra cabutan tk…hehehehe
mama tisya´s last [type] ..MamaTisya @Facebook

Reply

chik March 12, 2011 at 1:16 pm

salam cikmin. memang cm macarons deserve the compliment. terbukti macaron cikmin sedap. chik sampai dok imagine satu hari cm macarons ada rangkaian macam kfc tu. fuh, sure best kalau nak makan macaron, cari je kiosk cm macarons.

Reply

cikmin March 12, 2011 at 4:33 pm

wasalam chik..terima kasih ye chik atas sokongan..ishhh jauh benar tu imagine chik..cikmin pun tak terimagine lagi tu..hihihi..

Reply

faza hanim March 12, 2011 at 2:28 pm

cik min..lupe nk letak link aritu..insyaallah..nnt sy order lagi ye..

http://cikpajahanim.blogspot.com/2011/02/macaroon-macarena-wohaaaa.html
faza hanim´s last [type] ..kalo bole saya nak ni satu!

Reply

melatiqistyna March 12, 2011 at 2:44 pm

lama x singgah sini… hrp cm sihat jer… wahhh sonot nyer p tbr…. :)
melatiqistyna´s last [type] ..Bara 1 Bistro &amp C4

Reply

cikmin March 12, 2011 at 4:33 pm

it’s okeh dear..cikmin tak boleh nak paksa kawan2 datang sini sedangkan cikmin pun tak terdatang-datang…ni pun balas randomly je..alhamdulillah cm sihat..harap abby pun sihat ya..anak2 yang seronok nak berjalan sebenarnya.. :P

Reply

melatiqistyna March 14, 2011 at 2:12 pm

@cikmin,

bkn umah cm jer kita x singgah, mmg xdak bw pon skang neh, kalau ada mood tu singgah la skit2 umah kengkawan…. umah cm tetap di jengah :P
melatiqistyna´s last [type] ..Dinner di De Aireez lepas Hikayat Merong Mahawangsa -P

Reply

kakngah March 12, 2011 at 2:46 pm

harga sesuatu produk tu bkn bergantung pada kos bahan asas sahaja.. kos elektrik, masa, energy c tukang buat tu pun nak kene timbang tara. dan… yg paling mahal adalah seninya.. lain tngn, lain hasilnya walaupun guna teknik yg sama.

nok, kene beli baru layak utk cabutan bertuah tu ke??
ngeh!ngeh!ngeh!
hjg mggu depan aku terjah bentong.. p borong mac CM. ko jgn terkejut lak terima pangiilan aku nanti. hahahahaha!!!
kakngah´s last [type] ..hanya 1 nyawa yang selamat

Reply

cikmin March 12, 2011 at 4:32 pm

betul tu nok..agreed!ha ye lah..kena beli baru layak..kau jangan nak main terjah2 je ya..dah dekat baru nak koling2..aku tutup pintu terus..siap letak tag..”dah berpindah” hahahaha…

Reply

melatiqistyna March 14, 2011 at 2:10 pm

@cikmin,

muahahaha…. lain mcm jer nak boh tanda ‘dh berpindah’ tuh…. huwaaaaaaaa…….
melatiqistyna´s last [type] ..Dinner di De Aireez lepas Hikayat Merong Mahawangsa -P

Reply

bos March 12, 2011 at 4:00 pm

huhu..sempat tak saya nak join ni..macaron blum sampai..haha..
bos´s last [type] ..Beg tangan berlian termahal di dunia RM 1368 juta

Reply

cikmin March 12, 2011 at 4:30 pm

sempat je..yang penting sampai buat posting dan drop link entri kat sini…hehehe…

Reply

suzi March 12, 2011 at 7:56 pm

salam cikmin…nak joinlah. manalah tahu bertuah dpt macarons free hehehe…
ni linknya,

http://perutkenyang.blogspot.com/2011/02/macaron-dan-coklat.html

thanks. :)
suzi´s last [type] ..Macaron dan Coklat

Reply

zenu ramly March 12, 2011 at 8:43 pm

Salam…wah cikmin berbakat menulis rupanya. Ialah Cikmin masa saya dpt macarons tu tak sempat nak ambil photo sebab nak rasa dulu ….memg best …sedap. Masa hubby sy bawa balik yg dr Godiva , saya makan satu…esok pun sy taklah teruja nak lagi…just kena habiskan sebab hubby dah bersusah payah 2 kali ke pavilion cari kedai jual macarons.

Yang kat Cenele…memang sedap. Harga 12 = SGD21.50 kalau tak silap. Tapi kalau nak dibandingkan dgn CikMin macarons….lebih sedap CikMin Macarons. So tak yah la jauh jauh nak ke Singapore nak beli macarons.

Reply

ummiross March 12, 2011 at 9:18 pm

waa best ni, ummi layak tak cikmin..hari tu dah buat,kena buat lagi ke?

Anyway selamat maju jaya cikmin, ummi tengok kat fb tak putus2 order, alhamdulillah..
ummiross´s last [type] ..RATNA DEWI YANG CUN-DIA SUKA PINK

Reply

yanmie March 12, 2011 at 11:40 pm

Salam kak,

heh bab2 bertuah nie mmg xbertuah…HAHAHAHA
takpe bg peluang kat kawan2 yg lain, apa pun CM Macarons mmg marbeles :)

Reply

Wani March 13, 2011 at 12:32 am

Terjah blog cikmin tru henpon. Gigih nak masuk cabutan bertuah pnya pasal…hehe… Ni link entry macaron daku:
http://deejaywani.blogspot.com/2011/03/melepas-hajat-dengan-macaron-cikmin.html

Reply

tehr March 13, 2011 at 12:59 am

bisnes bersama hobi ni memang banyak kelebihannya
selamat maju jaya buat cm macarons
tehr´s last [type] ..Cuba Teka 4

Reply

yong ibu chem March 13, 2011 at 7:04 am

hi, cikmin. kita dtg nyinggah ni ;)

owh, mau cuba juga, nak tgk diri ni bertuah atau tak. hehe. meh2 klik link ini. ada cerita psl cikmin dan macaroon nya..

http://yongticha.blogspot.com/2011/03/macaroon.html
yong ibu chem´s last [type] ..macaroon

Reply

HaSue March 13, 2011 at 7:08 am

Bestnya akak sibuk dgn bisnes macarons..tumpang hepi utk akak ni.. lately tenet buat hal lg.xde mood nk jenjalan blog kenkwn kalo tenet mengong..huhuu..
1st time rasa macarons adalah macaron CM la..nak try buat sendiri x sampai seru rajin lagi..n belum tentu jadik..kot2 laa nak mencuba kan kak..salute laa kat akak yg dah terer nih!
Part paling setuju sgt adalah maybe kite guna resepi sama tp teknik berbeza.betul2,dalam apa jua masakan spt kek,biskut dan lain2 tu kalo guna bahan sama tp teknik berbeza leh hasilkan masakan yang berbeza dari segi rupa dan rasa..yang ni mmg setuju dr dulu..tak boleh salahkan resepi ke apa..ehe

Apa2pun semoga biz makin kencang ye kak..n selamat berjaya kepada mereka yang join cabutan bertuah kali ni..
kpd pemenang,memang bertuah dapat merasa CM macarons tu nanti..hehe

p/s:patut la x nmpk akak kat YM..kebizian sesgt rupanya..nanti bila dah update zhariff pakai baju aritu sue roger2 eh kak.. tq2..miss u muahhh
HaSue´s last [type] ..Kuih Rengas @ Kuih Kacang Hijau @ Kuih Kasturi

Reply

munna March 13, 2011 at 11:15 am

alamak… nasib baik ada buat entry hari tu… kena kipas2 cikmin ni …

http://manmunna.blogspot.com/2011/02/inilah-dia-yang-munna-idam-idamkan.html
munna´s last [type] ..Rujuk Kembali

Reply

yuka March 13, 2011 at 11:29 am

salam cikmin hebat betulla cikmin ni ..sehari dapat buat sampai 19 kotak…tak rugi invest rm350 pi belajar buat macaroon tu. semoga bisness cikmin bertambah sukses. yuka nak booking order untuk bulan julai ni.
yuka´s last [type] ..Jom Bayar Saman

Reply

ummishoppe March 13, 2011 at 4:33 pm

jom tgk baju kebaya kanak2

Reply

eiyda March 13, 2011 at 6:50 pm
a'ann March 13, 2011 at 9:50 pm

baca cikmin nyer n3 ni teringat kata2 ‘seseorg’…kenapa u jual mahal sgt n yuran class rina 2 mahal sgt…i jumpa class fee dia rm120 jek…pas2 sebijik macs 2 rm1 jer…pas2 cantik n packing dia pun lawa…kita balas…’if dpt yg murah pegi jela join class 2 n beli jela yg murah kan’…lg berbaloi2…kdg2 malas nak layan ‘org2′ yg mcm ni…haha yg m’buat jer yg tau cmn renyahnyer macs ni kan… muahahaha…tahniah cikmin cz laluan makin cerah ke depan…selamat maju jaya…amin
thanks cz slalu share tips…:)
a’ann´s last [type] ..Macarons Anyone

Reply

catlina March 13, 2011 at 9:54 pm

salam..baru balik nih cikmin..wah..so kalau dah beli dua kali, kena bg dua link eh..ke dua entry?nanti sy bagi link okess…:)(psst..yang kat Fb tu tak kira kan?}

Reply

catlina March 13, 2011 at 9:55 pm

Bismillah..entry pertama sy ni cikmin..first order…glad to be part of the macarons’ fans!

http://catlinaflybaby.blogspot.com/2011/02/nafsu-serakahjangan-baca-kalau-tak.html
catlina´s last [type] ..Thailand Day 1- Departure &amp Arrival

Reply

catlina March 13, 2011 at 9:57 pm

okess…second entry pasal second order laks….:)

http://catlinaflybaby.blogspot.com/2011/02/macarons-cik-min-lagisecond-order.html

fuh kiri fuh kanan sambil menjampi misai oni kuceng kesayanganku hahahaha
catlina´s last [type] ..Thailand Day 1- Departure &amp Arrival

Reply

zhet March 14, 2011 at 12:03 am
mekar March 14, 2011 at 12:43 am

Morning Cikmin,

Seronoknya dengan cerita CM bersama macaron nya. Saya doakan semoga anda berjaya dlm perusahaan yang dilakukan skrg. Terima kasih pd blog ni sbb mengenalkan sya pada macaron. Saya pun dah menuntut ilmu d anglecupidkitchen. Itu lah kali pertama menikmati macaron. Sangat sedap !
mekar´s last [type] ..Jom Belajar Membuat Macaron

Reply

Aida March 14, 2011 at 4:01 am

Salam Cikmin..

Thank you for the Macarons.. sedapppppp..

Ni link saya citer pasal Macarons Cikmin..

http://according2adam.blogspot.com/2011/03/macaron.html

Tq!
Aida´s last [type] ..This is so cute!

Reply

kulanz March 14, 2011 at 11:16 pm

terasa mau order plk ni.. boleh order ka tu cikmin?
kulanz´s last [type] ..Fenomena Supermoon Syzygy 19 Mac 2011

Reply

cikmin March 20, 2011 at 9:00 am

boleh jak kalau mau oder @kulanz,

Reply

kulanz March 20, 2011 at 10:56 pm

@cikmin, makasih..
nanti nak tanya isteri dulu berapa dia nak order :)
kulanz´s last [type] ..Salma Mentor 5 Memang Tak Cantik

Reply

h4ni3 March 15, 2011 at 8:03 am

owhhh.. adakah ini yang tiba-tiba ‘**tup!!tetiba dapat idea**’ hari tu? hehehehe

ini wa punya link aaar cikmin..
http://drhanie.blogspot.com/2011/03/jom-layan-macaroon-cikmin.html
h4ni3´s last [type] ..Cabaran LIMA TerHEBAT -

Reply

IbuHannaSyahmi March 15, 2011 at 10:43 am

salam,
cik min, ni link review saya pasal cik min mac yer..

http://mymumblingdiary.blogspot.com/2011/03/cik-mac-macaronsin-house.html

Izza, Putrajaya
IbuHannaSyahmi´s last [type] ..cik mac MACARONSin the house!

Reply

angahsayang2314 March 15, 2011 at 4:54 pm

wah cik min meleret2 berceloteh kan??tapi betul la cik min bukan mudah..tengok macam senang tapi angah dah tengok kat video memang susah nak kena gi kelas gak nie…
terliur angah tengok kudapan cik min…
angahsayang2314´s last [type] .. HatiKu Mula TerTaWan

Reply

JMR March 15, 2011 at 5:49 pm

sampai ke saat nih, taknah lg dpt merasa macaron segala bgai nih…sodap sgt ko?

Reply

bos March 17, 2011 at 11:54 am
eiela March 18, 2011 at 1:36 am

tak reti nak buat macarons, kena teliti macam buat kek lapis. tak lepas-lepas lagi nih. =( anyway macaron warna purple kat header tuh nampak sedap cik min. hehe
eiela´s last [type] ..Telefon Rumah VS Handphone

Reply

nety March 18, 2011 at 2:49 pm
Norasikin March 19, 2011 at 5:26 pm

Orang tua mcm saya ni dah tak boleh makan manis2. Kenapa la masa sihat dulu tak pernah dengar pasal macaron?

Reply

cikmin March 19, 2011 at 7:24 pm

@Norasikin, dengar cerita ada yang jual macarons yang guna pemanis tiruan..katanya untuk pengidap kecing manis..macaron ni kan dah lama..kita je lambat tau..hiks.. :P

Reply

Nur March 20, 2011 at 12:15 am

Tahniah Cikmin.. Bisnes Cikmin dah bertambah maju.. Nur nak tempah macaron tau.. Nanti inform dalam emel ye.. Thanks..
Nur´s last [type] ..Shopping di The Curve Shopping Mall Part 2

Reply

eyqaaman. March 20, 2011 at 10:30 am

Semoga business berkembang maju cikmin. nanti nak order lagi.

saya join ye contest ni. mencuba nasib. siapa tahu?? hehe

http://orangechantek.blogspot.com/2011/03/hadiah-istimewa-untuk-yang-teristimewa.html

Reply

nadia March 21, 2011 at 3:58 pm

macam mana nak order dan harga nya ea

Reply

kaseh March 22, 2011 at 1:17 pm

Salam cikmin..

baru je dapat parcel taadi and dah rasa..super duper marbeles rasa dia.. dah cepat2 update.. nak join cabutan bertuah nih..
ni link saya eh cikmin

http://transformasi2009.blogspot.com/2011/03/m-sudah-sampai.html

zaza
nilai :)
kaseh´s last [type] ..M sudah sampai -

Reply

cikmin March 22, 2011 at 11:04 pm

Wasalam kaseh..

Thanks ye sebab sudi oder dah sudi tambah oder lagi.. :) peluang cerah insya’ALLAH..gud luck ye dear..

Reply

MamaLyna March 24, 2011 at 3:13 pm

cik min, ejan nie… ni link entry ejan yer..

http://zanmyly.blogspot.com/2011/03/macaron-oh-macaron.html

Reply

wanie March 30, 2011 at 7:19 pm

akak, saya wanie.. yang order dari akak daripada bukit gambir, johor..

sedaplah macaron akak.. insyaAllah nak order lagi lain kali..2nd order.. :)

ni link saya.. harap2 boleh menang..boley makan macaron free..hehe..

http://duniakusayang.blogspot.com/2011/03/macaron.html
wanie´s last [type] ..Macaron

Reply

kaseh March 31, 2011 at 9:23 pm

salam cikmin..

ni 2nd entry (2nd order) zaza yer :) mintak2 dapat la mana2 satu pun..hehe

http://transformasi2009.blogspot.com/2011/03/busy-gambar-itu-top-lucky-p.html

zaza
nilai
kaseh´s last [type] ..Busy- Gambar itu- Top &amp Lucky -P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: