Home >> Personel >> Padan muka dah kena batang hidung sendiri!!

Padan muka dah kena batang hidung sendiri!!

by cikmin on April 2, 2011

Salam semua,

Jap sapu sawang dulu..apa khabar uols?semoga sihat-sihat je lah hendaknya ya.Malam ni sebetulnya cikmin nak umum “cabutan Bertuah” dah ada keputusannya dah..jeng..jeng..jeng..tapi terganggu pulak dengan kejadian petang ni di facebook..ini lah sebabnya I HATE FACEBOOK sebelum ni..bila mana orang yang takde akal panjang secara terang-terang mengaibkan,menghina atau menjatuhkan maruah seseorang.Ingat tak kes Perempuan hina johor tu?tu sebab jari nakal dia taip status yang kurang enak..dah kena label menghina johor, tak pasal-pasal kena minta ampun pada seluruh rakyat johor.

Kali ni bukan sebab cikmin yang taip status merapu menghina sesapa kat facebook tapi salah seorang customer macaron cikmin yang katanya dia rasa tertipu beli macaron cikmin, telah mempublish gambar dan kata-kata yang kurang enak kat wall dia..dia lupa ke yang cikmin boleh dapat juga baca tu kat wall cikmin?Customer ni orang kampung dekat-dekat cikmin je tapi belajar kat kl nun, dia datang pick sendiri kat tempat yang cikmin janjikan dengan dia.

Untuk pamahaman uols,Macaron ni cikmin buat pada hari yang sama,cikmin dengan ikhlas hati buat lambat sebab nak macaron dia tu nanti boleh tahan lama sikit,sebaik dia terima boleh lah dia masukkan dalam peti ais,cikmin akui, segalanya masih “fresh”dari segi shellnya,krimnya yang agak meleleh sebab masih baru kan.Kalau dia seorang “pemakan macaron” (pinjam ayat sifu cikmin) dia pasti tahu segala tipsnya..kalau dia tak tau pun,cikmin dah maklumkan pada dia melalui sms atau di page macaron cikmin pun ada disertakan.Tak pun meh cikmin copy ayat tu ya..

“YOU MUST LEAVE MACARONS IN THE FRIDGE FOR AT LEAST 24 HOURS BEFORE EATING” as this lets the filling infuse into the shell.FOR CHOCOLATE ONES..36 hours is preferable.In addition, you must leave them at room temperature for 30 minutes before serving.This is what gives the macarons their typically scrumptious soft inside, while remaining crispy on the outside. – and some secrets by Jill Colonna – Mad about Macarons!

haaaa..baca tu..paham tak?kalau tak paham sila translate google..cikmin mengaku macaron cikmin ni tak lah sesedap Macaron Laduree tu..cikmin harap sangat nak jadi macam tu..tapi semua tu kena lah dengan step by step..kalau sekali pun boleh dapat resepi laduree tu, ingat still boleh sama ke?pasti ada rahsianya..yang membuatkan ia begitu sedap sekali..opssss..untuk pengetahuan uols..”si dia” kat atas ni belum pernah rasa lagi macaron laduree tu. :P

Cikmin pergi belajar di kelas macaron, bukan lah main R&D je,kalau dah belajar tu takkan nak tunggu 4 tahun baru masuk market?cikmin masuk market sekarang..tengok apa respon orang..kalau tak sedap..kita cuba perbaiki tapi kalau nak tegur atau komen sekalipun..jangan lah sampai macam tu sekali, satu penghinaan bagi cikmin !!Yang paling dasyat sekali, setelah cikmin minta maaf dan pulangkan duit dia, terus dia post di wall dia gambar dan kata-kata aib tu.Padahal dia kata di inbox dia dah “kurang panas” sikit bila cikmin kata nak pulang duit balik..dan cikmin jugak ada bagi amaran kasih sayang kat dia “**** panas..cikmin pun ada panas jugak”..nampaknya dia teruskan niat busuk dia tanpa ada perasaan belas kasihan..siap dia tutup wall dia konon tak bagi cikmin baca, hahaha..last2 kantoi uols..

Apa lagi???dia pikir “panas” dia je..cikmin puya panas ni pun ada tahap jugak lah kan tapi cikmin tak sampai hati nak letak nama dia kat sini atau di status facebook tadi..kalau letak sama je perangai cikmin macam dia..yang paling lawak, boleh pulak dia kata yang dia macam bergaduh dengan mak dia??haaaa..memang lah kot cikmin ni pangkat-pangkat mak pada dia since dia masih study..so where your respect towards me?(serius cakap punya..bila baca inbox dia mention “mak” ni..bergenang air mata cikmin tau..terbayang kalau anak sendiri kurang ajar macam ni dekat cikmin..percakapan dan bahasa dia di telefon pun agak kesat.

Cikmin paham, ini lah adat berniaga, tak semua orang senang melihat kejayaan kita, akan ada lah cubaan untuk menjatuhkan kita.Inilah mentaliti sesetangah melayu kita, cepat sangat kondem buatan orang melayu, dah tu macam mana melayu kita nak maju??For info uols, cikmin ni macaron hunter, akan terus memburu macaron hingga ke paris nun nanti..pastu balik sini.. buat dan jual kena mahal lah kan..kan..kan..dah kata nak yang sedapppp.Dalam pada cikmin jual RM1.80 sebiji ni pun dah “riuh” ni kan pulak nak jual mahal-mahal.Bukan lah cikmin nak nayakan orang sebab jual murah kena buat ‘cincai’ je..tapi dah itu je yang ilmu cikmin ada setakat ni..akan terus diperbaiki dan perbaiki lagi insya’ALLAH..jangan lah terus menghukum!

Cukup lah setakat ni bebel cikmin kali ni..rasanya tak keterlaluan kan entri ni, sebab tak mention pun nama “orang” tu kat sini..cuma mention nama sifu je..hahaha..dia pemakan macaron..kena tanya dia lah..suh dia jawab jujur-jujur..Tajuk enrti kat atas tu nak tuju kat siapa ntah!!

p/s nak cerita satu rahsia ni..suatu ketika dulu..ketika cikmin bekerja di bahagian servis di Hotel..bila orang di “kitchen” dapat customer yang cerewet seperti tak puas hati dari segi food terutamanya..uols tau apa diorang buat…diorang memang akan gantikan food uols tu..tapi..tapi..tapi..uhhh tak sanggup nak cerita. ~TAMAT~

p/s/s harap2 bukan semua “kitchen” lah ya…~TAMAT LAGI SEKALI~

Incoming Search Terms:

  • resepi macaron step by step (23)
  • macaroon recipe (13)
  • macaron tak jadi (1)
  • sebab macaron tak jadi (1)

{ 44 comments… read them below or add one }

Ezany-Kun April 2, 2011 at 11:08 pm

aduii.. kesian cikmin.. mmg busuk hati gak la budak tu.. blogger gak ker? akal pendek kot.. hehe.. teringat kata kumpulan balas masa tgk raja lawak smalam.. student tapi stupid.. cikmin jgn patah semangat pulak.. :)
Ezany-Kun´s last [type] ..Amy Search DiUmum Pengetua Akademi Fantasia 9

Reply

cikmin April 2, 2011 at 11:19 pm

@Ezany-Kun, rasanya facebooker je kot..orang dekat2 bentong jugak..tapi tak sempat nak bersua muka dengan dia semalam..katanya dia hot sebab cikmin tetiba tak jadi nak hantar macaron tu kat dia..dan ada lagi lah lain2 hot katanya..kun tau apa sebab..cikmin sedang drive nak hantar my mum yang tengah injured masa tu ke klinik di karak..tu yang tak dapat jumpa dia..minta my boy hantar kan kat pick up point tu..dia tak puas hati dah kat situ..

Reply

Ezany-Kun April 3, 2011 at 2:14 am

@cikmin, sebab tu pun nak sentap ker.. bukan saje2 taknak jumpa dia.. cikmin ade sebab munasabah.. tu pun tak boleh paham.. belajar tinggi2 pun tak guna camtu.. akal letak kat lutut..
Ezany-Kun´s last [type] ..Amy Search DiUmum Pengetua Akademi Fantasia 9

Reply

mario April 2, 2011 at 11:08 pm

sabar sis…dugaan org bisnes tu…errr…kat dapo hotel tu…rasanya seme org tau dah…
mario´s last [type] ..Zizan feat Dina – Selamat Tinggal HD

Reply

cikmin April 2, 2011 at 11:11 pm

@mario, hahaha..hati2 lah..dasat betul derang buat..tengok customer makan dengan seleranya..tapi cikmin tak macam tu..cikmin pun sampai sekarang kalau pi makan..tak banyak cakap jek terima food..tak sedap makan jek..nanti balik baru bebel..hahahah..

Reply

naimulfirdaus April 2, 2011 at 11:10 pm

semoga cikmin tabah..hidup memang macam ni..
harapnya orang yang buat tu insaf la lepas ni..
naimulfirdaus´s last [type] ..separuh gelas masih ada

Reply

cikmin April 2, 2011 at 11:21 pm

@naimulfirdaus, insya’ALLAH semoga dia tak bertemu “buku dengan ruas”..cikmin masih lagi bertimbang rasa..

Reply

sue April 2, 2011 at 11:10 pm

Hope cik min puas dapat meluahkan segala rasa hati yg terbuku. Ya la org buat mcm tu kan. Sapa tak sedih. Hope cik min tak patah semangat ya…Cayookk!!! cik min.
sue´s last [type] ..Pemenang GA

Reply

cikmin April 2, 2011 at 11:26 pm

terima kasih @sue, tak salah kan cikmin luahkan disini..tanpa perlu megeluarkan maki hamun dan kata kesat..sedang mengumpul semangat kembali lah ni sue..insya’ALLAH..

Reply

Salmia April 2, 2011 at 11:19 pm

cool… cikmin kan ‘dalam hati ada taman’…

tapi sentap gak bila ada yg berkira nak yang sedap tapi kedekut nak keluaq duit..

chitt pooodahhh….
Salmia´s last [type] ..Live- baru nak lunch

Reply

cikmin April 2, 2011 at 11:29 pm

@Salmia, taman apakah?taman astakona kah?hikhikshik..tenkiu mia sayam..

Reply

Whitey Mommy April 2, 2011 at 11:37 pm

akk…status sebagai seorang pelajar? tapi kenapa tak tahu nak tolak ansur…kalau cakap bebaik tak pe… ni macam ni pulak dia buat… bincang la dulu…kalau kita wat donno tak pe… ni sampai dah pulang duit pun masih berbunyi…
Ya allah… sedih…
kalau sha mesti dah down sesangat ni…:(

akk pasal kitchen tu kan…sha tahu… kuikuikui… tapi tak nak citer… memang kebanyakkan kitchen akan wat macam tu…bukan hotel je akk…kalau kat fast food pun dorang wat macam tu kalau bengang dengan customer cerewet…
Whitey Mommy´s last [type] ..Alhamdulillah

Reply

cikmin April 3, 2011 at 1:30 am

@Whitey Mommy, tu lah sha..memang cikmin down sangat..sampai customer nak oder pun cikmin hold dulu..takpe lah..bukan rezeki cikmin..

hahaha..tu sebab cikmin tak cerewet kalau kat resto dan fast food ni..takutttt termakan bekas tapak kasut diorang dan air ludah diorang.. :P

Reply

h4ni3 April 3, 2011 at 12:30 am

gigih kite cari siapa budak tu tau!
kite dah jumpe dah sape.. hehehe

abaikan jer budak hingusan tu cikmin.. nak pegi paris beli macaron ori pun belum tentu mampu
h4ni3´s last [type] ..Video Water Puppet Show

Reply

cikmin April 3, 2011 at 12:41 am

@h4ni3, uikkkk..dah blur pun boleh nampak jugak kah doctor???terror betul doc scan eh…hiks.. :P

Reply

tehr April 3, 2011 at 3:42 am

@cikmin, kan?
mana nak nyorok?
tehr´s last [type] ..Top 15 Mac 2011

Reply

zie fauzi April 3, 2011 at 12:34 am

salam,cikmin…
lama tak dengar cerita…

sabar yer.. dugaan org bisnes mcm2..
yg penting teruskan usaha…
chaiyokk cikmin!!!
zie fauzi´s last [type] ..PELUANG MENJADI WARTAWAN AMATUR DAN MENANG RM500

Reply

cikmin April 3, 2011 at 1:23 am

wasalam @zie fauzi, cikmin ada tapi agak sibuk zie..terima kasih ye zie..sokongan teman amat cikmin perlukan buat masa ni.. :)

Reply

hamzah April 3, 2011 at 12:54 am

cikmim.. saya nak macaron cikmin secara free buleh? hehehehe..

hahahahahahahaha
hamzah´s last [type] ..Ah Sudah- Benda Ni Dah Berjangkit Kat Malaysia!!!

Reply

cikmin April 3, 2011 at 1:06 am

alooooo hincik @hamzah, bila mau claim luit rm20 ni..takmau simpan lelama duit orang lorrr.. :P

Reply

hamzah April 3, 2011 at 1:28 am

aik? duit apa pulak ni??????

kalau nak bagi apa salahnya.. saya trime je.. haahaha…
hamzah´s last [type] ..Ah Sudah- Benda Ni Dah Berjangkit Kat Malaysia!!!

Reply

cikmin April 3, 2011 at 1:37 am

@hamzah, kamu yang menang contest yanmieonline hari tu kan?entri kreatif tu..ke silap orang..harharhar..

Reply

hamzah April 3, 2011 at 2:15 am

ye la kot.. tak kira lah.. nak jugak macaron free.. ahahahahahaha
hamzah´s last [type] ..Ah Sudah- Benda Ni Dah Berjangkit Kat Malaysia!!!

Reply

cikmin April 3, 2011 at 2:37 am

@hamzah, ni pesal nak macaron free lak ni.. :P nak claim bagi pihak cik x ni kah?cikmin dah ganti balik tau duit dia..pi minta kat dia sebelum dia buang.. :P

Reply

hamzah April 3, 2011 at 2:48 am

bukan sy la yg menang..

macaron tu harga brape satu kotak? hantar kat gombak camne? buleh?
hamzah´s last [type] ..Ah Sudah- Benda Ni Dah Berjangkit Kat Malaysia!!!

Reply

kak ina kl April 4, 2011 at 2:42 pm

@hamzah, nanti hantar kat akak pulak sikit yer..har..har..har
kak ina kl´s last [type] ..Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH2010

Reply

tehr April 3, 2011 at 3:50 am

apa kata kalau lain kali cikmin letakkan panduan:

“YOU MUST LEAVE MACARONS IN THE FRIDGE FOR AT LEAST 24 HOURS BEFORE EATING” as this lets the filling infuse into the shell.FOR CHOCOLATE ONES..36 hours is preferable.In addition, you must leave them at room temperature for 30 minutes before serving.This is what gives the macarons their typically scrumptious soft inside, while remaining crispy on the outside. – and some secrets by Jill Colonna – Mad about Macarons!”

atau apa2 panduan je…
saya fikir masih ramai yang ‘buta’ macarons kat malaysia meriah ni

cadangan je, cikmin
tehr´s last [type] ..Top 15 Mac 2011

Reply

kulanz April 4, 2011 at 12:16 am

@tehr,
betul tu, letak panduan sekali dengan bungkusan macarons tu sekurang-kurangnya dalam 4 bahasa.. nanti senang orang nak paham :D
kulanz´s last [type] ..Blog Ni Pun Kena Infection Simbol Misteri

Reply

Ezany-Kun April 3, 2011 at 3:54 am

err.. sy nak tolong promote cikmin punya macarons tu.. guna banner kat sidebar atas skali tu ker? sy khaskan 2 slot jer utk kwn2 blogger.. size 125×125.. 1 slot dah kasi kat cik sue.. :D
Ezany-Kun´s last [type] ..Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf

Reply

cikmin April 3, 2011 at 10:31 am

ye ke..? @Ezany-Kun, wah tengkiu2 kun…ha banner tu lah..amik je..

Reply

Ezany-Kun April 3, 2011 at 1:13 pm

@cikmin, sesame.. dah letak.. hehe..
Ezany-Kun´s last [type] ..Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf

Reply

Ezany-Kun April 3, 2011 at 2:17 pm

@Ezany-Kun, free jer cikmin.. mmg khaskan 2 slot tu utk kwn2.. D
Ezany-Kun´s last [type] ..Seri Bayu Meninggal Dunia Akibat Sakit Saraf

Reply

yanmie April 3, 2011 at 8:46 am

Salam kak,

ehehe dh puas YM dgn akak smlm, nk komen pun semua dh diluah kt YM smlm, hehehe.

hope akak kuat, amik sebagai cabaran untuk berjaya ok :)
yanmie´s last [type] ..Senarai 12 Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke 9 AF9

Reply

ummiross April 3, 2011 at 5:07 pm

Ummi ketinggalan keretapi ni cikmin, baru petang ni sempat bw,
Sabarlah Cikmin, dalam dunia ni macam2 jenis orang ada, yang penting kita tak cepat melatah, InsyaAllah bisnes makin maju..
ummiross´s last [type] ..YUHUUU!!! RATNA DEWI GOLD STOK BARU LAGI

Reply

Zqah April 3, 2011 at 6:48 pm

sabar yea kak min .. zqah pon baru nak berbisnes nie dah takut-takut bila kak min kena macam tuu .. hehehe .. semangat kena kental .. org wat tak molek kat kita , nanti2 kena kat dia pulak =)
Zqah´s last [type] ..Kek Red Velvet Saya Yang Pertama

Reply

ferry April 3, 2011 at 9:42 pm

tapi…diorang letak “@#$%^” dalam tu kan..eewww!!

Banyakkan bersabar cikmin..bila berbisnes ni banyak cabarannya..tapi ada lagi banyak manisnya bila cikmin berjaya nanti. Harap cikmin dapat tabahkan hati. Doakan supaya murah rezeki cikmin. Amin.

Reply

kulanz April 4, 2011 at 12:17 am

sabar je lah cikmin.. biasalah kes-kes macam tu.. 1 dalam sejuta..
kulanz´s last [type] ..Blogger Terbaik Sepanjang Mac 2011

Reply

tips April 4, 2011 at 8:07 am

‘org tu’ mmg tak patut. kan diri dia sendiri da malu!!
abaikan je kes terpencil tu. Semoga cikMin terus maju & berjaya. nanti nak drop Bentong cari mekerun yami2 cikMin :-)
tips´s last [type] ..Lembu &amp Anai-anai Punca Pemanasan Global

Reply

wansteddy April 4, 2011 at 10:17 am

berniaga walau bisnes kecil2 pun ada yg dengki. Biasalah mentaliti manusia ni. semoga Cik Min tabah. teruskan saja usaha dengan ikhlas. Abaikan saja kata2 yang menjatuhkan atau menghasut. Kita tak betah hidup macam tu :)
wansteddy´s last [type] ..Mesin air panas sejuk

Reply

catlina April 4, 2011 at 10:33 am

sabar ye cikmin..ape2 pun yang setia lagi ramai dari yang sengal nih hehehehe..kalo dia tak suke macaron, jgn la makan lagi..kalau mkn asyik nak mengutuk, tak berkat mknn yang dia mkn tu..

teringat satu cerita di zaman Rasulullah SW.Sumber nye lupa…ada seorg perempuan tua bwkan beberapa biji limau kepada baginda.Then depan para sahabat,baginda memakannya seulas demi seulas sampai habis sambil tersenyum ke arah pemberi…

Selesai makan limau tu, perempuan tua tu pun beredar..para sahabat bertanya Nabi, ” adakah limau itu sedap hingga tersenyum memakannya?”

Baginda jawab”tidak, limau itu masa, oleh sebab itu aku tidak mempelawa kamu semua mkn” sebab Rasulullah bimbang, para sahabat akan membuat muka dan mengomen limau tu masam depan perempuan tua tu tadi, kang kecik hati makcik tu…

See?betapa Rasulullah menjaga perasaan org lain..depan org ramai..depan public..susah kan nak cari org mcm ni?bila kita salah, dia war2kan depan org padahal dia boleh jaga aib kita, bgtahu personally..

oppsss..mcm tazkirah pulak..maafkan sy kalau tersilap quote..sebab memang sy pernah baca pasal ni cuma ingat2 lupe the exact words….kalau sy salah, minta maaf..kot ade org atau uztaz/ustazah nak betulkan , lagi bagus..:)

ambil yang baik je ye cik min?
catlina´s last [type] ..E-ein skrg

Reply

kak ina kl April 4, 2011 at 2:44 pm

adatlah orang berniaga …macam-macam kerenah…kena kentalkan hati kan..tapi sebagai orang pempuan air mata selalunya tumpah jugak dibuatnya
kak ina kl´s last [type] ..Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH2010

Reply

kakngah April 4, 2011 at 4:39 pm

aku nak cakap banyak pun.. dah jauh ketinggalan ketapi ni.. nanti bila sesama free.. kite roger2 k.

cuma pada pandangan aku la kan… bila kita beli sesuatu & tak puas hati, deal direct pada penjual. dah dapat kata sepakat, toksah la pukul canang 1 dunia. lain la kalau penjual lari & taknak bertanggungjawap.

bab kitchen.. aku pun tau… hihihi!! dulu aku pun keje hotel & selalu melepak kt kitche time shift malam…
kakngah´s last [type] ..perolehan sepanjang mac

Reply

alyrds April 6, 2011 at 12:40 pm

saja datang meninggalkan jejak….

Reply

mimie1678 April 6, 2011 at 2:48 pm

assalam cik min…

saya pun pernah kena mcm tue… sabor ajer la kan…. malas nak layan…. heheheh…. insyaAllah, klu kita tau apa yg kita buat benda2 mcm nie takkan kemana…. :D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: