Pistachio Macaron with Pistachio ganache,Hazelnut Macaron with Praline
and Salted Caremel Macaron
Salam petang jumaat buat semua,
Ya’Rabbi..malas ya amat nak mengupdate blog..mana nak siapkan oder macaron yang tak habis-habis lagi..hujung bulan april punya tau..ish..ish..ish..nasib lah kalau oder macaron dengan CM Macarons ni..alamatnya dari teruja nak makan terus hilang nafsu menunggu lama punya pasal..tapi bagai dikata lah kan..cikmin yang seorang ni tak mampu nak terima oder banyak-banyak dan siapkan seorang diri..itu pun my darlink hubby dah banyak sangat membantu..TERIMA KASIH SAYANG!!
Cikmin..oder untuk bulan May dah bukak ke?Wehooooo!!! dah bukak dah semalam…so korang boleh cepat-cepat isi form kat contact me tu ya..nanti PA cikmin reply email korang.Sebaik je dah cukup kuota..kena tutup balik lah nampaknya..takut jugak ambik oder banyak-banyak..takut tak terbuat..membuat macaron bukan satu kerja yang mudah seperti didakwa sesetengah pihak.Sebagai contoh..petang semalam..oder yang cikmin buat.sepatutnya boleh dapat 4box..hanya boleh dapat 2box..setiap bancuhan dibahagi 5 bahagian untuk 5 warna berbeza..mungkin ada silap kat mana-mana masa tambah cecair seperti pewarna tu..bancuhannya okeh..setelah dibakar baru nampak tak okeh..nampak tak kat situ..dah kerugian wang,masa dan jugak melambatkan proses siapkan oder.
kasi riben mahal sekali ni buat kenangan
Oh ya..gambar macaron kat atas tu sebenarnya..untuk pemenang cabutan bertuah CM Macarons yang lalu,punya amik masa lama jugak nak siap..nak jadikan macam kat dalam box tu..sampai 4x attempt okeh, baru berjaya..itupun ada sket lah cacat..penampilan skirtnya..ada yg herot sket.Itulah hasil resepi yang cikmin dapat dari Kelas Macaron bersama Nathalie’s Gourmet studio yang lalu..yehaaaa..texture shellnya yang sama dengan NGS..cuma untuk fillingnya..setakat ni cikmin guna coklat yang berkualiti jugak..cuma bukan dari perancis nun lah.Jadi mereka yang bertuah ini memang lah bertuah kerana cikmin siapkan Macaron istimewa untuk mereka..Kalau beli satu box ni..tak kurang RM45 ya..untuk 15pcs.
Okey, nak update yang ringkas ni je, nant ada masa cikmin update lagi ya, terima kasih pada yang masih sudi datang ke blog ni,esok HARI IBU buat kita yang bergelar IBU ni, apa perancangan ibu-ibu esok?cikmin tiada apa-apa program dan tak harap apa-apa gift pun dari anak-anak,cukup lah sekadar ucapan dari mereka, itupun kalau mereka tak lupa nak wish, hiks.
Nota Hati : lama gila tak bernota hati kat sini,semakin hari semakin suram..apa cer..
Incoming Search Terms:
- resepi kek royal caramel (26)
- resepi royal caramel cake (22)
- resepi royal caramel kek (18)
- resepi kek royal karamel (17)
- kek caramel (13)
- resepi kek caramel (10)
- resepi salted caramel (8)
- Resepi royal caramel (7)
- resipi kek caramel (5)
- royalcaramelkekresepi (4)


{ 25 comments… read them below or add one }
wahh
lawa pembungkusan tu
banyak ke yang order
wazy´s last [type] ..Minyak Enjin – Apa Yang Harus Diketahui
my dear @wazy,riben tu tuk special case je..
oder May dah dibuka semalam..setakat ni memberansangkan..alhamdulillah..
cikmin´s last [type] ..Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton
Nampak sedap weyh.ehhe.Alhamdulillah,business CM da maju eh?:)
haiqal´s last [type] ..Tips Blog-Siri Pertama
@haiqal, alhamdulillah syukur..
cikmin´s last [type] ..Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton
aku baru nak ke udara ni. baru balik dari makan kenduri….
selamat hari ibu!
kakngah´s last [type] ..macaron
huhu nampak sedap. alhamdulillah, rezeki kan cikmin.
eiela´s last [type] ..Keluarga Minta Derma Simpati
fuhhhh… kaler dia aje pun dah nampak best!!
h4ni3´s last [type] ..Saya- Mereka dan dot dot dot
@h4ni3, doc..sms adress kat cikmin ya..rasa tak sempat nak by hand..
cikmin´s last [type] ..Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton
tk sbr tgu macaron smp…:) eh cikmin yg sy pos or kena collect by hand?
mama tisya´s last [type] ..MamaTisya @Facebook
@mama tisya, cikmin pos lah..takde masa nak hantarkan..nanti sms alamat kat henpon cikmin ya..ASAP.
cikmin´s last [type] ..Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton
Selamat Hari Ibu Cikmin….
ummiross´s last [type] ..BATIK SARAWAK TERBANG KE NEGERI SEMBILAN
yeya!! bertuahnyer saya…heee….
xsabar ni nk rasa…
neway happy mothers day buat kak min….
eiyda´s last [type] ..Lagu & Gambar Selamat Hari Ibu
fuh!!!
rasa macam teringin nak merasa la…
macarons cik min makin maju..
eheheee
mie´s last [type] ..Happy Birthday & Selamat Hari Ibu Puan Hatijah
alhamdulillah..peningkatan harus adalah kan..
salam..
cikmin..semalam dah isi dah form (pakej 15pcs)..n form smlm masi ader yg pakej 15pcs..erm dah takder ker pakej tu..nampak form ari ni dh tgl yg 25pcs jer…mcm maner tu cikmin…ok ker guna borang semalam tu jer?
wasalam @wan, pada yg sempat dengan pakej 15pcs tu..cikmin ON sahaja..cuma now onwards je dah diberhentikan gara-gara pengoder yang banyak ragam.
so wan jangan risau okeh.
cikmin´s last [type] ..Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton
@cikmin,
nak inform yang email wan (aweglamour) tu x leh receive email…so now guna my wife punya email..hehe..patutpon tunggu2 email dr cikmin sejak bulan 4 tak masuk2…minta PA cikmin reply kat email ni erk(princess).
thanks cikmin…harap sgt dpt email dr cikmin neh…(“,)
Salam kak, wah2 meriahnya macarons tu

slmt hari ibu yea
yanmie´s last [type] ..Selamat Hari Ibu 2011
cikmin, selamat hari ibu…
mzhany´s last [type] ..Beban
selamat hari ibu, cikmin
moga2 bahagia selamanya
tehr´s last [type] ..Untuk Ibu
nak tempah macaron kak min lagi !!
sedap =)
Zqah´s last [type] ..Kelas Macaron Dan Kek Red Velvet
silakan zqah..
wahh, ramainya yang mengorder..
sayacomel´s last [type] ..Comel Serius – Belajar tulisan jawi
Cik Min!
Cantinknya macarons tu….. ! Knp saya buat tak jadi mcm ni =( =(
Recipe Nathalie kan?
And color dia pun lawa. Jealousnya =(
Farhanah´s last [type] ..Can You Be There When I Wake Up
@Farhanah, yep..resepi nathalies…kena extra care coz meringuenya cair…cikmin buat 1 bancuhan 1 kaler..tak berani nak bahagikan.,kaler tu u kena berani mix kan..like leaf grean campur dgn sunset orange…so dpt mcm ijau lumut tu…nice kan..caremel coklat mix orange…takpe nnt cuba lg dear..sure boleh punya…