Home >> Macarons/macaroon >> Tawaran Istimewa Sempena Bulan Jun – TERHAD 100 kotak macaron sahaja.

Salam,

Semakin lama makin payah pulak nak update, mencari ruang dan waktu yang sesuai, tapi memanjang je takde ruang dan waktu..ngeeee.Kalau ada sibuk pulak nak kesana kemari..selebihnya sibuk kat dapur siapkan oder bulan May yang mana bukan main awal cikmin tutup pengambilannya ordernya, buat ikut tenaga dan upaya, cikmin takde bakery shop or studio, takde maid jugak untuk dikerah buat itu ini, yang ada hanya diri ini dan suami ku tersayang yang banyak jugak membantu.

Kenapa mengeluh?cari lah kedai..cari lah pembantu!Wohoooo..belum lagi tarafnya cikmin nak kearah itu,cikmin masih lagi sayang nak tinggalkan dunia kasih sayang bersama anak-anak dirumah.Kalau dah dibakery shop atau studio, pasti banyak lagi cabaran dan halangan yang akan ditempuhi…buat masa ni cikmin selesa begini, menerima tempahan dan membuatnya didapur cikmin yang sederhana besar tu, disamping boleh melihat anak-anak membesar depan mata..puas hati sangat..tahukah uols..TIME RUNNING TO FAST.

Tak takut ke ketinggalan cikmin?orang lain dah maju!Duit ni semakin kita cari semakin tak cukup sebenarnya.Cikmin dah agak berpuas hati dengan pendapatan yang ada ni, kalau nak dibandingkan sebelum buat macaron, cikmin hanya bergantung pada pendapatan suami..jadi syukur-syukur ya amat dengan apa yang diperolehi setakat ini.Kalau ditakdirkan cikmin maju atau mundur selepas ini, ini semua takdir ALLAH SWT, diberinya kita akal untuk buat apa yang kita rasa perlu atau tidak perlu…oh..ini bukan tazkirah pagi isnin ye kawan-kawan. :)

TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA BULAN JUN!

Insya’allah, pada 11 jun depan genaplah perkahwinan cikmin bersama suami selama 14 tahun,alhamdulillah, ingin berkongsi kegembiraan bersama uols semua walaupun masih awal.Bersempena 14 tahun ulangtahun, cikmin berbesar hati memberi diskaun sebanyak RM5 setiap box macaron yang ditempah.Harga asal RM45.00(25pcs).Terhad kepada 100 box sahaja.Tempahan ini bermula hari ini 23hb May dan akan berakhir pada 31May.Tiada syarat berapa box yang uols boleh beli..nak beli 100 box pun boleh..hehehe.

Tempahan macaron yang sudah confirm hanya akan didelivery pada bulan Jun 2011 mengikut turutan.Tiada lompat-lompat nooo.Filling yang sudah ditetapkan sebanyak 5 filling paling top.Harap maklum,cikmin hanya gunakan filling jenis ganache untuk macaron cikmin yang dikurierkan.Pilihan buttrecream tiada dalam pakej ini.Pada yang dah comfirm tempahan dan bayaran sebelum hari ini tidak layak untuk tawaran istimewa ini.

Diskaun RM5 je ke cikmin?tazkirah lagi ni..dengan kos pengeluarannya yang agak tinggi dan tenaga cikmin yang priceless..itu je yang termampu cikmin berikan setakat ini dan cikmin cuba menghasilkan yang terbaik walaupun tak paling terbaik.Harap mendapat kepuasan pada semua customer CM Macarons, andai masih ada yang tak puas hati..apa lah daya cikmin..lain tekak lain rasa.Pada yang bukan “sweet tooth” penggemar manisan bahasa senangnya..AMARAN!!macaron sangat manis..jangan kerana trending sekarang orang gila makan macaron anda pun nak ikut trend makan jugak.(anda tau siapa anda).

Pada yang berminat nak dapatkan TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA BULAN JUN ini..boleh isi klik–> BORANG TEMPAHAN.

p/s harga tidak termasuk postage ya.

Number of View :5216

Incoming Search Terms:

  • macaron di batu pahat (8)
  • siapa jual macaron (5)
  • Jenis macroon (4)
  • kotak macaroon (3)
  • macaroon merekah (2)
  • kotak macaroons (2)
  • macaroon batu pahat (2)
  • macaron in batu pahat (2)
  • macroon batu pahat (1)
  • order tempahan caramel (1)

{ 53 comments… read them below or add one }

mak May 23, 2011 at 9:59 am

Wah..ada tawaran diskaun RM 5 yek..
Boleh order la nnt ni. Anak2 dah memekak nak mac ni hah!
mak´s last [type] ..MOHON MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MY UNCLE!

Reply

cikmin May 23, 2011 at 10:52 am

@mak, ye mak..do grab okeh..100 become less and less… :)

Reply

naimulfirdaus May 23, 2011 at 10:16 am

semoga perniagaan cikmin berkembang maju dan diberkati Allah..
:)
jemput sertai tawaran di blog saya jugak.
naimulfirdaus´s last [type] ..peluang promosi blog selama sebulan

Reply

cikmin May 23, 2011 at 10:53 am

@naimulfirdaus, alhamdulillah terima kasih..insya’ALLAH ada kelapangan cikmin singgah ya.. :)

Reply

mama tisya May 23, 2011 at 10:21 am

cikmin..tu termasuk skali ngan postage la ye
mama tisya´s last [type] ..MamaTisya @Facebook

Reply

cikmin May 23, 2011 at 10:29 am

@mama tisya, wohooo..bankrup…hahaha…belum lah lagi..

Reply

ummiross May 23, 2011 at 11:12 am

Alhamdulillah cikmin makin maju, ilmu membuat macaron pun makin bertambah, ummi tengok kt fb cikmin pegi course lagi…
Tapi yg pasti “rindu” cikmin kat blog….
ummiross´s last [type] ..BATIK SARAWAK LEMBUT MENAWAN KOD KPU

Reply

eiyda May 23, 2011 at 11:49 am

akak RM40 without postage kan..
eiyda´s last [type] ..OST Dalam Mihrab Cinta – Bunga-bunga Cinta

Reply

cikmin May 23, 2011 at 1:51 pm

@eiyda, ye dear..without postage..kalau dgn postage..adoi lah..cikmin tak buat oder pun takpe… :)
cikmin´s last [type] ..Hati Siapa Yang Tak Cair

Reply

@zura May 23, 2011 at 12:20 pm

RM40 ni termasuk pos ker tak yer??
cam berminat nk beli.. =)

Reply

farae May 23, 2011 at 12:45 pm

salam..cik min, boleh pos ye? ada sesetengah baker tak nak pos macaroon sebab takut merekah…kalau boleh pos, saya nak order jugak..

Reply

cikmin May 23, 2011 at 1:50 pm

wasalam @farae,kita ada term and condition untuk kurier..apa2 pun cikmin dah banyak kurier macaron.
cikmin´s last [type] ..Hati Siapa Yang Tak Cair

Reply

farae May 24, 2011 at 11:02 pm

@cikmin, okeh, bila ada jaminan dari cikmin, baru yakin nak beli..saya dah buat pembayaran dan emailkan butirannya pada cikmin…tak sabar tunggu macaron sampai…hehehe…

Reply

faseeha May 23, 2011 at 12:59 pm

cik min…klu order cik min pos ikut tarikh yg kte nk ke ??

Reply

cikmin May 23, 2011 at 1:48 pm

@faseeha, boleh..tapi bergantung..sbb oder ni hanya akan bermula deliverynya pada awal jun..kita akan buat ikut turutan siapa yang bayar dulu..
cikmin´s last [type] ..Hati Siapa Yang Tak Cair

Reply

najwa May 23, 2011 at 2:39 pm

salam…saya dah isi order form. so cm nak buat bayaran cik min?

Reply

yanmie May 23, 2011 at 3:31 pm

pada kawan2 yang nak rasa macarons blhlah rebut peluang ini ;)
yanmie´s last [type] ..Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-Takwa- Hulu Langat

Reply

miloais May 23, 2011 at 4:17 pm

salam cikmin….
iols dah emel order iols tu…
miloais´s last [type] ..I am Busy n Meyong

Reply

tehr May 23, 2011 at 5:01 pm

tahniah untuk cimin
bisnes makin maju

ulangtahun ke 14 ni makan angin kat mana, cikmin? :D
tehr´s last [type] ..Korban Dan Punca Tanah Runtuh

Reply

cikmin May 23, 2011 at 5:25 pm

makasih @tehr, alhamdulillah.. :) kali ke 14 ni..hubby kerja..but then..we plan somewhere in oktober…ngeee..lambat sket takpe lah kan..ekceli kalau tak kemana pun takpe tehr…asalkan bahagia selalu..

Reply

tehr May 24, 2011 at 11:53 am

@cikmin, itu le yang sebenarnya, cikmin
kebahagian lebih utama
insya allah
tehr´s last [type] ..Korban Dan Punca Tanah Runtuh

Reply

kakngah May 23, 2011 at 6:10 pm

pejam celik pejam celik.. kejap jek nk msk 14thn kan..
apa2 pun aku doakan yg terbaik utk ko sekeluarga.
hhmm.. tak sesabar tggu van gdex sok gi hihihi!!!
kakngah´s last [type] ..cloth diaper – lampin kain moden

Reply

epalejau May 23, 2011 at 7:27 pm

cikmin…epal da isi borang lagi sekali..punya la eksaited nak rasa macarons tu kan..tak tau la lepas makan nnt suka ke tak, sbab cikmin mata manis kan? tapi at least nak rasa gak..epal suka baking, suka kek, suka makan ;)

camne nak buat payment eh? dan er.. epal dari sabah. so, RM40 tadi without postage. dengan postage sekali berapa eh, cikmin?
epalejau´s last [type] ..al-fatihah

Reply

K.Non May 23, 2011 at 8:29 pm

As salam, Cikmin.
Kali ke-4 order ni utk anak sedara K.Non di Kuching lak. Mak sedara dah sedap mkn….teringat kat dia. Terima kasih ya, Cikmin.

Reply

K.Non May 23, 2011 at 8:39 pm

As salam, Cikmin.

Order ke-4 ni utk anak sedara di Kuching lak.
Terima kasih ya, Cikmin

Reply

@zura May 24, 2011 at 10:12 am

sy pon dh isi form order.. cam ner nk wat payment..??
x der feedback pon..

Reply

@zura May 24, 2011 at 10:14 am

postage ke kuala selangor kene tambah berapa?

Reply

JMR May 24, 2011 at 9:20 pm

wow wow wee…cept2 order..hhhe

Reply

fatin May 24, 2011 at 10:16 pm

salam akak n family, happy holiday…school holiday coming soon;)

just ordered dari akak, baru nak print order dah ke homepage akak, ehehhe… tak pe… akak sorry i did twice ordering coz yg kedua tu ade extra info:) thanks alot, still apply first form oder ye kak min (2 kotak macaron/rm80) hopefully org batu pahat ni dapat rasa. amiin.

Reply

fatin May 25, 2011 at 9:55 am

kak min, dun wory for courier? akak bagi tau je ye berapa ringgit semuanya sekali bile my order is available. terima kasih

Reply

baizura May 25, 2011 at 9:57 am

salam akak n family,
saya dah buat tempahan. nak tau cara utk buat payment. post ke kajang kena tambah berapa

Reply

Nor May 25, 2011 at 1:56 pm

Salam, I’ve filled up order form yesterday and is awaiting your response on how to proceed with payment. Atau oreder form saya tak sampai ke cik min?

Reply

cikmin May 25, 2011 at 9:46 pm

harap bersabar lah @Nor, cikmin seorang ni semua nak handle..tak semua email yg dihantar dibalas serta merta..insya’ALLAH jika ada rezeki nor dgn macaron cikmin..ada lah nanti tu..
cikmin´s last [type] ..Tawaran Istimewa Sempena Bulan Jun – TERHAD 100 kotak macaron sahaja

Reply

lalingz May 25, 2011 at 3:53 pm

saya nak order gak , klau dok area shah alam x yah la pos

Reply

samanosuke_04 May 25, 2011 at 4:56 pm

hehe, nak tempah gak senanye.. tapi cam takleh jer.. sebab duk jauh..
samanosuke_04´s last [type] ..MUSE Live @ Moscow – Olimpiski Arena

Reply

faidzan May 26, 2011 at 12:28 am

salam, cikmin…
maaf sy dh isi form.. tp cmner nk wat payment cikmin?

Reply

kak ina kl May 26, 2011 at 11:32 am

duit duit gak min..kesihatan nak kena jaga..

Reply

cik qiqi May 26, 2011 at 1:47 pm

cik min..wah…g sne org duk sbut macaroon cikmin..p sni org duk sbut2 macaroon ni..ehhehee.trign nk rse..ehehhe
cik qiqi´s last [type] ..OrdeR terBAru dari SMK AhmAD BoeStaMAM

Reply

idah May 26, 2011 at 3:22 pm

salam,blh bt tempahan lg x?sy xpernh beli online.td sy dh isi form.ape step seterusnye?tq

Reply

eiela May 26, 2011 at 10:53 pm

bagus nih, ingat nak tunggu birthday seseorang baru grab. huhu cancel la camnih.
eiela´s last [type] ..Lemang Penanda Raya Dah Dekat

Reply

fatin May 27, 2011 at 12:16 am

cikmin sis… :) thnks alot, akan membuat pembayaran esok.

please take notice my info ye akak:) tq3X… harap2 macaron tak ada expiry date… or at least bertahan months.. kak min, macaron ada expiry time tak? terus tanye lah sini :) tq reply.

Reply

quenko May 27, 2011 at 8:58 am

salam…
cik min,saya teringin sangat nak rasa macaron cik min ni…
it’s looks like delicious…:)
dah 2 kali isi form but no feedback…
how to proceed with payment..?

Reply

Azlina May 27, 2011 at 11:55 am

Salam Cik Min, saya dah bank in dah semalam ( 26/05/2011 ) through maybank2U… tak sabar nak dpt mac…:)

Reply

fatin May 27, 2011 at 3:20 pm

syukur alhamdulillah, even brodband dh nyenyawa ikang, berjaya gak attached slip payment kat kakmin, hopefully akak received successfully via MBB deposit ye.. :) insyaAllah semua org yg nak macaron akak dpt rasa as requested n safely landed to each one. Janji akak take care of ur health.HAAAPppppyyy HHHoooooliidddaayy:))

Reply

angafey May 27, 2011 at 7:29 pm

salam kak min..

delivery ke pahang boleh ke?
bape caj eh?

Reply

kartini May 29, 2011 at 10:53 am

sayalah tu yang order untuk bulan May…2 kotak…yummyyummm..cedapppp bangetttt…mekasey cikmin…

http://fromsecretgarden.blogspot.com/2011/05/continuedmacaroons.html
kartini´s last [type] ..continuedMACAROONS

Reply

redziah mohamad May 29, 2011 at 2:18 pm

saya ada isi borang tapi ada error tak boleh send. saya nak 2 kotak utk semua rasa yg ada. tolong email kat atas utk pembayaran & alamat.

Reply

ah May 29, 2011 at 6:58 pm

hi cik min,

Saya ada nak order macaron 1 kotak dah pilih semua tapi xleh send. kuar error ni.

No account is specified and no destination email provided. http://www.response-o-matic.com/faq.html#no_account

Tak taula cikmin dapat ke tak.hopefully dptla

Reply

suhada May 30, 2011 at 2:46 pm

salam….sy nak buat order, dah siap isi form smua tp xleh send laa. knape ye?

Reply

idah June 14, 2011 at 12:17 pm

salam,kak..sy yg akak call td.sy dh rs 2 jenis macaron akak.mula2 igt nk rs satu je,tp mcm xpuas je.mmg sedap la.rs nk abiskn semua je.huhu..tp kesian kt suami plak.msti dia nk rs jg.terima kasih bebyk kak..rsnye blm terlewat tuk sy ucpkan selamat ulangtahun perkahwinan akak yg ke 14.semoga segala impian akak menjadi kenyataan.amin

Reply

fatin June 17, 2011 at 3:19 pm

salam cikmin,

alhamdulillah…every filling delicious…
tak bleh pilih…sbb sume sedap! tq cikmin! i surely nak order lg from u one very good day;) hehehe….
fatin´s last [type] ..macaron cikmin – my dream cookies

Reply

epalejau June 23, 2011 at 11:33 pm

salam, cik min.. saya ada isi form aritu.. tapi saya tunggu reply cik min kat sini.. langsung tak sedar rupanya cikmin reply kat gmail.. alah, ruginya.. ni baru perasan, after 1 month pulak tuh!.. serius rasa rugi!! )):
epalejau´s last [type] ..Sembuh ya- sayang -

Reply

cikmin June 24, 2011 at 2:14 pm

wasalam,

cikmin akn reply di email sbb nak fwrd T&C kurier…kang panjang berjela pulak..mmg perasa epa ijau order..pasti tgk takde reply balik email cikmin..jd senyap je lah..takut pulak nak tanya2 kang kata memaksa.. :P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: