macaron rosak
2 batch pada hari ini
Ya’ALLAH!! kenapa lah kerap pulak berulangnya macawrong ni!! Tension betul tau, dengan kes orang komplen harga macaron mahal lagi..dengan customer tanya kenapa parcel dia tak sampai lagi padahal dah hantar dari 6hb Jun lagi..adoiiiii..tolong lah bagi cpr cpr cpr sket oiiii!!Buat macaron dalam keadaan stress macam ni lah..paling stress kisah harga macaron mahal, later ai update kat sini..Kisah runner GDEX yang tak bertanggung jawab ni satu hal..bila dia pi rumah customer takde, tak boleh ke dia kol dulu???credit henpon company gdex tak bagi ke??ke awak guna untuk kol awek jek..adoi lah..Bila dia tengok takde, dia bawak balik parcel tu..no action taken..sehingga customer beritau
cikmin tak sampai lagi..terpaksa lah cikmin kol sana sini nak tanya pi campak barang tu kat mana??Grrrrrrr…
Bukan lah semua runner tu tak bagus..tapi dek kerana nila setitik ni lah..habis rosak susu sebelanga.Cikmin ni cuba nak puaskan hati customer yang memang kebanyakkannya tak sabar,kalau nak cerita kronologi dari mula start bancuh macaron ni sampai lah hantar kat opis GDEX tu..memang lah rasa tak berbaloi dengan harga RM1.80 tu tau..eh eh..nanti kita cerita pasal kronologi ni dengan kes macaron mahal later…hot tau!!Oleh kerana stress lepas tengok 2 batch bukan 2 tray okeh!! macaron cikmin rosak terus karang surat komplen ni..hahaha..itu pun taip dalam bahasa melayu je lah..kang taip dalam bahasa omputeh kang, mahunya WTFcurry kuar kang..Grrrrrrr!!

baca Tagline tu….Trust lah sangat…
Salam sejatera,
Setelah sekian lama saya memberi peluang, nampaknya kali ini saya dah tak mampu nak menahan marah saya dengan sikap sesetengah branch terutamanya yang terbaru ini,Serdang yang tak bertanggung jawab kerana melewatkan parcel saya (CN6000088334) yang saya hantar kepada pelanggan saya ke Putrajaya dari 6hb Jun yang lalu.
Untuk makluman saya menghantar sejenis biskut yang tak bertahan lama jika terlalu lama dibiarkan dalam suhu bilik..jika 1-2 hari bekerja saya masih lagi boleh terima..tetapi parcel ini dah pun hampir cecah 7 hari!!Dengan kadar caj yang mahal pihak GDEX kenakan adalah tidak wajar jika penghantaran ini dilewatkan.
Kronologi
1.Parcel dihantar pada petang 6 Jun di cawangan Bentong
2.Selalunya saya akan email Pre Alert setiap parcel kepada HQ CS Dept,oleh kerana saya agak kesuntukkan waktu saya meminta bantuan staff di cawangan Bentong, beliau membantu saya akan hal tersebut,saya sangat menghargai kecekepan kakitangan tersebut.
3.Pada 9 Jun pukul 3 petang customer mula maklumkan kepada saya yang parcel beliau masih belum sampai.Customer jugak maklumkan yang no tracking yg diberi takde dalam sistem GDEX.
a:INI ADALAH KELEMAHAN 1,SISTEM GDEX YANG SANGAT KETARA,SETELAH BERHARI PUN MASIH BELUM DIUPDATE DALAM SISTEM STATUSNYA.
4.Pada 10 Jun 3 pagi saya minta bantuan cawangan Bentong untuk trace parcel tersebut,saya dimaklumkan kemudiannya parcel tersebut berada di cawangan Serdang dan dimaklumkan juga mereka(runner) dah ke alamat yang tertera tetapi tiada siapa dirumah.
a.INI KELEMAHAN 2, APA GUNA NOMBOR TELEFON CUSTOMER YANG TERTERA DIATAS CN tu?untuk hiasan kah?
b.PIHAK GDEX TIDAK MENYEDIAKAN SEBARANG CREDIT TELEFON KEPADA RUNNER KAH?
5.Cawangan Bentong maklumkan kepada saya yang cawangan Serdang akan menghantar parcel tersebut sebelum pukul
3 petang hari yang sama.Baik..kita tunggu dan lihat!!
6.Selepas 3 petang,Customer maklumkan, barang masih tak sampai lalu saya hantar email kepada HQ Cs dept tentang parcel tersebut, saya elakkan diri saya dari menelefon ke HQ kerana saya sangat marah ketika itu dan saya sangat bimbang jika saya tidak dapat menahan marah saya.
7.Saya mendapat balasan dari HQ, parcel akan dihantar keesokkan harinya 11 Jun sebelum pukul 1 petang..dan ketika itu saya pikir masalah itu akan selesai walaupun saya dalam keadaan yang sangat marah..saya langsung tak dapat menerima alasan awal cawangan Serdang yg ditertera dibahagian 4.
8.Pada sebelah malamnya saya maklumkan kejadian ini kepada cawangan bentong, saya langsung tak marah kepada mereka kerana mereka memang sentiasa berkerjasama dengan semua parcel yang dihantar oleh saya selama ini..cuma saya sangat tak paham dengan sikap runner yang langsung tak amanah dengan tanggungjawab yang diberi..jika benar tiada orang dirumah, kenapa tiada sebarang panggilan telefon dibuat kepada customer saya??
9.Pada hari ini pukul 2 petang saya dapat mesej ini dari csutomer di facebook saya;
“Td Gdex kol, hari isnin lak nak htr coz.. almt salah patut 12C-T02-U07 tp dia pergi 2C-T02-U07… bila sy bgtau almt tu salah baru dia bg alasan dah pegi tp xde org nama naziha
ntah betul ke tak taktaula.. tp takkan mamat gdex tu tak kol langsung.. alasan xde kredit… so sy bgtau hari isnin hantar ke opis sb mmgu ni tak pasti time adik keja siang @mlm…
xpela cik min sy tggu je hari isnin nanti… kurang2 dia dah bgtau status dr diam je..”
10.Setelah saya cek kembali email order customer,beliau tersilap beri alamat yang betul,itu sebahagian dari kesilapan kami, tetapi kesilapan pihak runner, kenapa runner masih jugak tak boleh hantar parcel tersebut setelah dimaklumkan alamat tersilap??Hari ini hari Sabtu…masih ada 2 hari lagi untuk parcel tersebut sampai ke tangan customer saya..saya jugak dah maklumkan yang barang itu tak boleh tahan lama!
Dari koronologi diatas, saya maklumkan jugak disini, diawal permohonan saya membuka akaun dengan GDEX, saya telah diberitau yang mereka tak boleh terima permohonan saya kerana saya menghantar item yang jenis cepat rosak tapi saya merayu agar diberi kelonggaran dan mereka maklumkan jugak kepada saya yang jika saya masih mahu membuka akaun saya tidak boleh meminta ganti rugi dari pihak gdex jika berlaku sebarang kerosakan kepada parcel saya, saya bersetuju..TETAPI..tidak boleh kah pihak GDEX mengambil insiatif memberi servis yang terbaik untuk saya?
Setiap delivery yang suksess saya maklumkan di facebook yang mana memang akan cepat tersebar serata tempat terutamanya rakan-rakan berniaga online seperti saya, ramai diantara mereka yang dulunya banyak masalah ketika menggunakan khidmat kurier lain beralih kepada GDEX setelah melihat testimoni-testimoni customer saya dan saya sendiri..bukan kah saya jugak sebahagian dari customer GDEX yang membawa pulangan kepada GDEX??
Sila pertimbangkan surat aduan saya ini bukan DIBUANG DALAM TRASH Bin untuk lebih suksess dimasa hadapan.Tagline “DELIVERY SERVCIE YOU TRUST” seperti tidak menepati dengan apa GDEX sediakan ketika ini.Jika GDEX boleh naikkan lagi 5% security dan fuel surcharge, diharapkan servis pun akan jadi lebih cekap dan amanah dan pantas.
Yang benar,
Sharmila wati bt Abu Samah
A/C 4010230
cc: GDEX /facebook cikmin.macaron

status ni baru je diupdate 11 Jun…sepatutnya 7hb Jun mereka dah update!!!
GDEX cawangan Bentong ni memang terbaik servisnya, mereka memang banyak bantu cikmin bila nak uruskan kotak-kotak ni..paling lewat cikmin ke tempat mereka pukul 7.30 malam setiap kali penghantaran macaron..so ada lah masa nak packing tu,tak lah terkejar kejar..kadang tu ada jugak mereka terpaksa tunggu lebih masa sikit bila macaron cikmin ada masalah macam kat atas tu, sebab nak repeat buat lagi kan..masa betul betul dah terbuang..belum kira tenaga..rugi satu hal lagi..letih tak tau nak cakap..sebelum ada yang nak komen..”alaaaa cikmin..letih letih pun masyukkkkk” pikir dulu okeh..kang cikmin debik doplohpatjuta kali!!
Number of View :3014
Incoming Search Terms:
- gdex tracking (60)
- pos motor guna skynet (33)
- gdex (25)
- gdex putrajaya (17)
- gdex kangar (9)
- pos motosikal guna skynet (9)
- gdex serdang (8)
- pos motor guna nationwide (8)
- harga penghantaran gdex (6)
- gdex delivery time (6)
{ 20 comments… read them below or add one }
komplen customer kat facebook..
Faten:bukn.kne amek sendri kt tmpt tuh..yg cikmin nye mcroon.dye kol soh amek kt tmpt dye..nseb ah tau.kalau x..ntah jdi ape..kalau bju ke ape xpe..neyh mkanan..sbo je la.
@cikmin,
gdex area mersing,johor.
faten´s last [type] ..Chewing wing gum
salam ziarah
cik min nape tak guna nationwide. dah banyak blog cik ina baca pasal kelemahan service GDEX ni.
cik ina do do cheng´s last [type] ..Tak pernah
@cik ina do do cheng, nationwider pernah guna..tapi agak mahal..jika 500gram pertama RM7 ok lagi..masuk 501 gram..terus jadi RM14…caj customer RM10 je..teruk lah cikmin nak tanggung kos..jika minta RM15..banyak benor ragamnya…
komplen lagi..
Azhad Encem: nak komen jugak.. saya pon penah kene.. saya tak de katrumah.. GDex tak kol pon.. seminggu baru dapat brg dengan alasan ” not at home”.. ni Gd ex cawangan temerloh pahang… kerani pulak mak aih..kurang ajar tak hengat biler kita kol tanya barang…
payah jugak kan bila perkara diluar kawalan kita.. customer komplen kat kita plak tu.. padahal pihak lain yg buat masalah.. taknak cuba company lain ker..?
lemah semangat aku nak berniga
moga2 cikmin terus dapat bertahan
memang sangat mencabar tu
tehr´s last [type] ..Gagal
penah alami mcm ni tp dengan skynet.. dah lebih seminggu barang dipos tp mia tak dapat2.. bila kol cawangan sp, tak ada orang jawab phone langgsung! geram sgt. dah ada je no. fon kita kt situ, bukannya dia nak call tanya rumah kt mana ka, nk pickup sendiri ka.. so sekarang ni mmg dh blacklist diorang tu.
tp gdex kt sini alhamdulillah, TERBAIK jugakk.. hihihi…
salmia´s last [type] ..My lappy screen rosak!
GDEX lembah yg bukan lembah klang ni pun terbaek!!!
lagi pendalaman dari serdang tu taw!~
kakngah´s last [type] ..saling merindu
tudia pnjgnye kronologinye…ehehhee, sib baik time baca nie haziq xkacau. sakit hati jugaklah kan klu kurier buat perangai nie lebih2 lagi bnda mkn yg kita pos, dh ler xthn lama…hem…sabar ok
yanmie´s last [type] ..Pulse Massager 6 in 1 Function
ye betul,
gdex ni x betul skit
kate DELIVERY YOU TRUST lah
cikmin x payah la guna gdex
hehehe
guna pos malaysia jee
knape cikmin x guna pos ekspress..?? ada jaminan sampai esok hari jgk.. stakat nie saya guna xde masalah lagi.. sekadar buah fikiran..hehehe
PuTRieY´s last [type] ..20 Tanda Cinta Semakin PUDAR
macam-macam ek..dengan kerenah macawrong dan tentang kos penghantaran dan ragam dari tempat camni..
kak ina kl´s last [type] ..Jejalan Ke Taman Negaralah pulak
Gdex Bukit Pasir Batu Pahat caring.
Very committed. and 1-2 hari bekerja, dari bentong ke BP smooth, mmg respect.
Very happy:) asyik call to update kita kat mane, etc…
thanks alot!!!
p/s cikmin banyak bersabar ye.. i still dun understand dpat ape la buat people mcm ni, lagi2 bile kite dah bayar kan. mmm… sad sad
huiii..beribu ragam masalah org berniaga ni ye cikmin?? Hisy..nak soh bersabar pung, mak ni bknnya penyabor sgt orgnya…
Hentam shj la cikmin oiii. Buatlah yg terbaik dgn GDEX tu. Tpi, buat surat gitu pun OK jgak
mak´s last [type] ..MINTA MAAFJANJI TAK AKAN BUAT LAGI
saya juga ada pengalaman guna gdex barang lambat sampai. bila runner tak jumpa alamat terus dia balik. padahal tempat tu dekat je ngan pekan kangar. bukannya dia nak tanya orang atau call saya.huhuhu.
skang saya guna pos laju je. kurier terbaik di malaysia. tak pernah menghampakan setakat ini
nasslimdiet2´s last [type] ..Google Pagerank Prediction Tool l Pagerank nas-alphalipid.blogspot.com PR3
kak min,
err, nak komen gak walaupun lmbt..nak bg pndpt..
bg saya macs kak min murh sgt,rm1.80? sbb biasa sy beli rm2.00++ n delivery biasa caj rm12.. tp dlm mase 2 hari dah sampai cik min..ni citer sy order macs dr org len ni.. nak tekan kan service courier tu ok.. kak min..sy rase tak salah kak min naikkan harga skit janji kualiti n penghantaran terjamin, pelanggan puas hati..darpada customer nak murh2, tp bila dpt mcm2 problem, derang marah…
syg kak min. (silent reader)
Sayang kamu jugak…
terima kasih ya bagi pendapat…walaupun murah rm1.80 tapi masih ada lagi custoer “bunyik” hihihi..pasal gdex ni kan..sampai hari ni..setiap kali delivery masih kena buat pre alert pada mereka supaya shipment dihantar secepat mungkin..naik letih jari ni menaip..kalau tak buat pre alert..merasa lah parcel tu seminggu baru sampai…
memang panas hati jugalah
Liza @ Adzriel AB´s last [type] ..Rapat-rapatkan pintu tu, takut ada yang terbang nanti!