Home >> Promosi >> Mangkuk Tingkat.com

Mangkuk Tingkat.com

by cikmin on July 16, 2011

Salam readers,

Dah lama sangat rasanya cikmin usha website mangkuk tingkat.com ni, yang mana ada servis penghantaran set lauk pauk lengkap untuk individu atau keluarga yang kekangan masa nak memasak contohnya ibu bapa yang bekerja tak sempat nak siapkan makan tengahari atau dinner untuk anak-anak yang ada tinggal dirumah atau jugak untuk ibu bapa tu sendiri lah,ye lah kan..dah penat-penat balik kerja dengan jem kat tengah jalan..kompem lah masa tu tak bawak roti bersama kalau tak dah kenyang makan dengan jem.. :P jadi memang tepat sangat lah dengan servis yang ditawarkan oleh mangkuk tingkat.com ni.

Walaupun cikmin dan hubby bukan lah individu yang terlibat dengan kerja di company sesapa baik swasta mahupun gomen, kami tetap jugak sibuk lebih-lebih lagi dengan status cikmin sebagai pembuat macaron sekarang ni..memang sibuknya sampai waktu lunch kami dah cecah pukul 5 petang..waktu dinner pulak cecah tengah malam..adoyaiii..jadi mangsa anak-anak lah kan..sian derang tau..anak-anak ni pulak suka lauk pauk yang panas-panas..kalau lauk yang tengahari tadi kira dah kurang lalu lah dek tekak derang nak makan..padahal ibu ni masak lebih tengahari sebab nak senang kerja tak payah masak dah.

Dalam bulan ni saja waktu dinner banyak tapau masakan panas kat kedai je macam Nasi daging merah,Nasi padprik ayam,tomyam seafood dan Nasi goreng pataya…uhhh sampai dah naik kembang tekak abah ibu ni makan..tapi anak-anak suka derang..happy je mengoder..sampai dah biasa..asal gelap je tanya..”malam ni oder kedai mana ibu?”…mujur lah ibu abah korang ni ada extra income.. :P Pendik ceritanya..kritiria sebagai pelanggan Mangkuk Tingkat.com ni dah adalah pada keluarga kami ni kan..tengok menu-menunya pun boleh tahan..jugak dengan harganya..

Punya tekun lah membaca terma dan syarat yang tertera di website mangkuk tingkat.com tu..semangat berkobar dah..akan datang anak-anak ku tak terlewat lagi lah makan atau tak lah mereka pergi ke sekolah petang dengan keadaan perut berlapar..sob..sob..sob..terus dan dan tu jugak  ibu daftar kan diri di website tu..sekali keluar macam kat bawah ni..

Arghhhhh!!takda dalam kawasan pulak dah…erkkk..”mungkin” katanya..takpa2 esok cikmin kol meraka tengok bentong pahang ni cover tak?kalau takda cover jugak takda rezeki lah..tapi kan..mangkuk tingkat.com ni ada jugak offer jadi rakan bisnes mereka..

Haaaaa..kalau nak buat bisnes sampingan ni bagus jugak kan..hahaha..nak masak makan anak beranak pun tak sempat..ada hati nak jadi rakan bisnes mangkuk tingkat.com pulak.Nampak gayanya..cikmin jugak lah yang kena adjust waktu memasak lepas ni..cepat lah bulan puasa datang..tak payah pikir nak masak sarapan dan makan tengahari sebulan nanti…hihihi..

p/s uols nak tak cikmin tayang menu berbuka puasa kat blog ni sepanjang ramadhan nanti?

Number of View :2796

Incoming Search Terms:

  • mangkuk tingkat (309)
  • mangkuktingkat com (34)
  • mangkuk tingkat com (31)
  • mangkuk tingkat delivery (29)
  • mangkuk bertingkat (14)
  • mangkuktingkat (8)
  • perkhidmatan mangkuk bertingkat (4)
  • mangkok tingkat (4)
  • lauk pauk (4)
  • menu mangkuk tingkat (2)

{ 12 comments… read them below or add one }

kakngah July 16, 2011 at 1:12 pm

tetiap hari rabu aku buat delivery mangkuk tingkat
hihihi!!
hantar ke sekolah
:)
kakngah´s last [type] ..dah 4

Reply

cikmin July 17, 2011 at 9:39 am

@kakngah, hahaha..meh delivery umah aku sekali ya.. :P
cikmin´s last [type] ..Mangkuk Tingkat.com

Reply

tehr July 16, 2011 at 3:41 pm

bisnes ni memang sesuai area bandar je
kami kat kampung ni, memang tak akan dapat nak tempah
apa pun selamat maju jaya untuk mangkuk tingkat
tehr´s last [type] ..Cincin Berlian

Reply

el July 16, 2011 at 5:04 pm

nk bukak lah satu mgkuk tingkat kt penang
rs2 leh untung x hehehe
el´s last [type] ..Majlis Pernikahan Farah AF2 & Johan

Reply

Kak Long Mawar Merah July 16, 2011 at 6:02 pm

Hmm…ada peluang jadi rakan niaga ni.
Kalau buka kawasan ni, mesti boleh maju.
Tapi, tengah fikir, sempat ke nak hantar mangkuk tingkat. Ntah-ntah sempat susun mangkuk bertingkat-tingkat je.
Kak Long Mawar Merah´s last [type] ..Awan Petang Sabtu

Reply

kulanz July 16, 2011 at 10:31 pm

bagus usaha ni cikmin..
sekejap lagi nak puasa.. mesti tak cukup tangan tu nanti sediakan order..
* mangkuk tu dah jadi mangkut.. keliru plk nanti :D
kulanz´s last [type] ..Surat Cinta Kepada SESB

Reply

cikmin July 17, 2011 at 1:50 am

haha..takmau lah jd bisnes partner…satgi tidur kat dapur terus… :P thanks lanz..dah edit dah.. :P

Reply

mohamadazhan July 17, 2011 at 10:09 am

salam cikmin..wah, bisnes makin maju sekarang..moga terus maju ya kak =)

jemput ke Contest Aku Berpuisi =)
mohamadazhan´s last [type] ..NURHAFIZ2009 / ALL IN ONE bagi duit (GIVEAWAY JULAI!!)

Reply

cikmin July 17, 2011 at 10:54 am

maju? merujuk kepada bisnes apa tu ya?

Reply

miloais July 18, 2011 at 10:09 am

iols penah gak dulu oder untuk bersahur dari mangkuktingkatdotcom ni…
rasa masakan tu ok lah… macam rasa masakan kat rumah jugak…
miloais´s last [type] ..Ayat Iols Terlebih Power Gamaknya….!

Reply

sabree hussin July 20, 2011 at 12:48 am

seperti yang di jangkakan.. ada jugak kawasan yang masih belum cover lagi.. tapi ni first tim dengar ada wujud servis macam ni rupanya ye
sabree hussin´s last [type] ..Kenapa Anda Perlu Blogging Sekarang Dan Jangan Pedulikan Apa Orang Lain Kata

Reply

eQin July 20, 2011 at 11:00 am

inilah impian mama saya..supaya dapur dia berkilat mcm showroom..hehe..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: