Salam uols!!!
Dah syawal ke 8 dah hari ni..masih mood beraya kah?masih ada lagi ke yang terima jemputan rumah terbuka??kami masih dalam mood beraya jugak..cuma dah sepakat sehati sejiwa tiada sebarang acara rumah terbuka lagi pada tahun ini..kepenatan tahun-tahun sebelum tu masih lagi terasa kononnya..aterrrr..nak masak kami(cikmin dan hubby) nak layan tetamu kami…pengsannnnn.Jika uols nak datang beraya ke rumah cikmin..koling-koling lah..jemput datang..insya’ALLAH boleh juga masak-masak paling tidak sejenis makanan..hehehe.
Terima kasih pada yang sudi bertanya bila nak upload gambar sedondon walhal dah seminggu beraya dah pun..hahaha..sabar lah ya Noriz,cikmin tak tau sudah nak mula dari mana..jangan lah tak tau yang kami rupanya belum ambil gambar sekeluarga…aisehhhhhhh!snap sana sini dengan HTC je,kamera usung sana sini tapi dok dalam handbag je…ish..ish..ish..sunggu terasa rugi betul..sibuk beraya sibuk makan sampa terlupa..aterrr..ubat darah tinggi pun boleh lupa nak makan tau.
Opppssss..dah terlebih bebel pulak..yang sebenarnya pembuka update hari ini nak umum siapa yang bertuah dapat cabutan duit raya dari CM Macarons,seperti yang dijanjikan disini,setiap pembelian 2 kotak macaron Ramadhan Raya layak untuk mendapat 1 cabutan undi,jika beli 4 kotak dapat 2 cabutan undi,kiranya lagi banyak kotak lagi besarlah peluangnya nak dapat duit raya ni kan…cara bagaimana cabutan undi dilakukan adalah tertutup.
Sebanyak RM250.00 telah diperuntukkan untuk cabutan duit raya tahun ini,mengikut cadangan asal hanya 5 orang yang bertuah sahaja layak untuk terima duit raya dan memandangkan sambutan menggalakkan,CM Macarons sepakat agihkan RM250.00 ini kepada 10 orang yang bertuah makanya setiap dari mereka akan menerima wang tunai RM25.00 setiap seorang.Keputusan adalah muktamad dan sebarang bantahan melalui panggilan telefon,email dan dsbnya adalah tidak dilayan sama sekali.
10 pelanggan CM Macarons paling bertuah menerima RM25.00 setiap seorang melalui bank transfer,sila email nombor akaun Maybank/Cimb anda ke cikmin@ymail.com dengan tajuk “saya yang bertuah dapat RM25.00″ dan jangan lupa sertakan nombor telefon dan alamat penuh bagi tujuan pengesahan.Sila beri masa 2-3 hari untuk anda terima duit raya yang dijanjikan CM Macarons masuk ke akaun bank anda.Mereka yang bertuah adalah seperti nama yang tertera dibawah ini;
1.Norisha Ishak
2.Siti Nur Ain
3.Edawati Ramlee
4.Shalisa Baizura
5.Kahartini
6.Siti Nur Sara
7.Aida Zainal
8.Norjalilati
9.Noor Daliana
10.Fatira Abdul Fatah
Tahniah pada mereka yang bertuah!!Pada yang bukan tak bertuah cuma terkurang sikit je tuahnya..jangan bersedih ya..walaupun CM Macarons tak nyatakan sebelum ini..anda tetap dapat duit raya juga..iaitu potongan harga RM5.00 pada setiap pembelian Macaron anda selepas ini..HANYA PADA YANG ULANG PEMBELIAN SAHAJA dan DISKAUN TIDAK TERMASUK UNTUK PAKEJ PREMIUM MACARONS.Jika anda ingin tebus diskaun RM5.00 anda ini,sila nyatakan nama penuh dan nombor telefon bagi tujuan pengesahan.
p/s CM macarons akan beroperasi sepenuhnya kembali pada 7hb September 2011,Pre Oder September telah pun dibuka untuk Premium Macarons di sini.
Number of View :1049Incoming Search Terms:
- cabutan bertuah shell (18)
- shell cabutan 20 000 (1)
- pemenang cabutan bertuah shell helix (1)
- pemenang cabutan bertuah shell 2012 (1)
- nama pemenang shell helix 2012 (1)
- nama pemenang cabutan betuah shell 2012 (1)
- nama cabutan shell (1)
- keputusan cabutan shell (1)
- daliana dahlan (1)
- SHELL HELIX Cabutan Bertuah (1)

{ 13 comments… read them below or add one }
tahniah pada smeua yg menang…
boleh kover bil tipon gak tuh!
kehkehkeh!!!
kakngah´s last [type] ..Salam Eidul Fitri
@kakngah, woiii bebeh…kau ok ke raya2 ni??…hahaha…banyak jugak lah kan..mulanya aku nak kasi kat 5 orang je..sekali laki aku kata kasi kat 10..mak ikut je lah nok..dia yg sponser itu $$$..
tahniah pd yg berjaya dapat $$$ duit raya dari cikmin. hehehe
salmia´s last [type] ..Majlis Raja Sehari
emmm…rase cam saya pun ada dapat tuh. betul ke saya dapat ni? betul ke? iskkk…cam tak percaya pun ada..he.he…. Pada Cik Min, please confirmkan noor daliana tu saya la kan? ke bukan? salam lebaran….
betul le tu…hihihi..
@cikmin, sorry dear…cikmin pun dah blurr which daliana sudah ni…
dahlan or ramli..
Salam Syawal cikmin, rasanya belum terlambat ummi nak ucapkan selamat hari raya , maaf zahir batin ye.
Lama ummi tak online, ada cabutan duit raya rupanya, tahniah pada semua pemenang yang bertuah tu..
ummiross´s last [type] ..DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
tahniah buat femenang..
uikss… ubat penenang tu nak kena makan tuh…hehehehe. kang dok x tenang kan…. sibuk.. sibuk gak, kesihatan kena jaga ye CM….
Thnx Cikmin!!!
alhamdullillah….ader gk nama ira.hehehehe
tqsm dear…..saya suker…saya suker
what?? Smpi terlupa makan ubat darah tinggi??? Ko jangan nok..mcm2 benda dimakan taim raya tuh, jangan silap makan sudah la..
mak´s last [type] ..WORDLESS WEDNESDAY: MENANTI TETAMU
tahniah2
lupa makan ubat
jangan dok main2 cikmin
bahaya tu
tehr´s last [type] ..Sunyi
Lerrr.. kenapa tiada nama saya kak min? hehe
Jericho´s last [type] ..You are REAL Sabahan when…