gambar dari google sekadar hiasan
BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.
Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.
Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.
Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.
Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.
“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.
“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
p/s Itu dia..kisah ‘orang minyak’ ‘orang misteri’ ‘lembaga hitam’ apa sahaja lah..dah makin HOT,masuk paper kosmo pagi ni dan katanya kedengaran di Hot FM jugak.Cikmin pernah update sebelum ni “Orang Minyak mengganas di Bentong?”
Number of View :3440Incoming Search Terms:
- kisah orang minyak (27)
- orang minyak 2011 (24)
- kelemahan orang minyak (19)
- ikan laga kampung (16)
- gambar ikan laga kampung (5)
- gambar minyak pelincir pintu rumah (4)
- gambar taman hiasan (4)
- minyak orang (3)
- KAMPUNG DI BRUNEI (3)
- minyak (2)


{ 21 comments… read them below or add one }
serammmmmmm!!
jaga diri
jaga anak-anak
jaga family k….
OM tu pakai kasut but kn??
kakngah´s last [type] ..Jadual Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan Aidiladha
ha lah nok..katanya lah kan pakai but…aku ni idak le nampak…apa2 pun kitaorang memang berjaga lah nok..nak keluar rumah berjoli berdua tinggal anak2 pun dah tak berani buat masa ni…
uishhh..dah macam sahih dah ni..
takut pilak kan….?
kaklong´s last [type] ..mungkin..:(
@kaklong, tu lah..kami yang duk sini ni lagi lah…
betul ke ni kak? huhuhuu….. petang ni nak balik Bentong, Ketari dgn Tmn Harmoni xjauh pn..serammmmm….
aiza´s last [type] ..hanya kerana aku….
@aiza, balik je..tengok keadaan sekitar…jom join meronda sekali…ekekek..
cikmin´s last [type] ..Kisah ‘Orang Minyak’ di Bentong Makin Hot!
@cikmin,
hehehee…mak mertua xde lak ckp pape.. huhuhuuu.. ley g ronda umah cikmin ke? ekekee….
aiza´s last [type] ..hanya kerana aku….
Aik??? Cikmin pun dah mcm online newpaper nampaknya nih..
mak´s last [type] ..ADA APA DENGAN SETEM
@mak, ini kan kes HOT yang sedang terjadi ditempat i…ngeeee…
cikmin´s last [type] ..Kisah ‘Orang Minyak’ di Bentong Makin Hot!
Memang tak tenteram kan selagi masalah ni tak selesai, take care ye cikmin
Ummiross´s last [type] ..PROMOSI RATNA DEWI GOLD LINE HITAM
ya @Ummiross, tenkiu ummi for concern..
cikmin´s last [type] ..Kisah ‘Orang Minyak’ di Bentong Makin Hot!
betul ke ni cikmin
scary nye..tp dia nak anak dara je kan hahahaha
el´s last [type] ..7bln 2btg
@el, ni lah dihbohkan sekarang ni el…kalau dah habis stok anak dara…dia cari mak dara bergetah macam kau pulak…ekekek..
cikmin´s last [type] ..Kisah ‘Orang Minyak’ di Bentong Makin Hot!
Yang ada anak dara tenu bimbang. Harap dapatlah mahkluk orang minyak ini diberkas secepat mungkin kalau kehidupan penduduk tidak aman
akubiomed´s last [type] ..Tutorial penyelesaian Link CommentLuv tidak keluar
Yang ada anak dara tentu bimbang. Harap dapatlah mahkluk orang minyak ini diberkas secepat mungkin kalau tidak kehidupan penduduk tidak aman
akubiomed´s last [type] ..Tutorial penyelesaian Link CommentLuv tidak keluar
Cikmin, mak kita duk kat Ketari Garden aje..dia tak ckp pape pun..tp mcm takut gak la nk balik nih..adoiyaii
Perghhh~!!!! org kata try bela ikan laga utk elak pukau.. kekadang dia pon pukau2 jugak an org minyak nie.. xpon letak penyapu.. batang kat bawah.. penyapu tuh kat atas dkt pintu.. petua org lama2… Allahualam..
cik bambam´s last [type] ..Busy lar awokkk!
kalau dapt tangkap
bolehkah pakat2 goreng ramai2, cikmin?
tehr´s last [type] ..Seloka Orang Gagal
Macam2 hal zaman skang ni
joev´s last [type] ..Petanda Dia Jodoh Anda
Salam kak..
nak tanya berkenaan biskut macaron. kalau nak order untuk hantaran boleh ke? berapa RM ye? boleh pm di mythegreat87@yahoo.com ?
thanks
mynameismy´s last [type] ..Persiapan Perkahwinan : Borang Permohonan Nikah, Kursus Kahwin & Ujian Saringan HIV
Salam Cikmin! Rindu kat awak…. Bila lama tak bertandang rasa bersalahlah pulak. Raya pun tak sempat jenguk Cikmin and famili esp Faheem. Hari ni ambil masa untuk bw sebentar utk baca entri terkini. Isyk, cerita orang minyak… macam-macam perkara pelik dah sekarang ni berlaku kat sana-sini. Harap2 Cikmin & famili sentiasa selamat dari sebarang gangguan syaitan dan seumpamanya.
Salam peluk cium untuk Faheem.
Chik´s last [type] ..Been Shopping With My Sis