Home >> Food & Receipe >> Eggless Chocolate Cake Layered Cheese with Nutella Topping

Salam Good Morning!!ambil kesempatan mengupdate awal pagi ni sebab kejap lagi nak membizikan diri dengan talam dan oven kat dapur nun,hari ni banyak Macaron nak kena pos,alhamdulillah masih ada rezeki untuk kami sekeluarga.Malam kelmarin tekak bagai tak dapat nak ditahan tahan,terliur teringin sangat2 nak makan kek coklat tapi nak yang tak guna telur pada kek coklatnya,so penyelesaian ada GOOGLE ya puan2.Google adalah satu perkara yang paling mudah dan cepat dari kita asyik tanya kat orang nak resepi..nak resepi..hahaha.

Setelah mengoogle beberapa resepi dari resepi mat salleh ke resepi melayu tulen,cikmin sepakat hati dan jiwa nak guna resepi dari Dapurku Sayang ni,Super Moist Eggless Chocolate Cake,oleh kerana ini resepi dari internet makanya dengan berbesar hati cikmin share kat sini.Sebelum tu kan..nak mengaku ni yang cikmin telah menderhakan dalam resepi ni,bahan tak ubah pun cuma tambah lapisan cheese dan ubah cara bakarnya kepada cara kukus,hehehe.

 

Untuk lapisan Cheese:

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tepung gandum

Cara-cara:
Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang.
Masukkan telur,air dan tepung gandum.
Biarkan seketika.

LIVELY dari HTC terus upload ke FB..aummmm!

 

Untuk Lapisan Kek:

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (cikmin guna Varlrona)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair(olive oil je ada kat dapur)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon(cikmin guna white distilled vinegar)

*Cara Bakar:
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran

*Cara Kukus:

Panaskan air kukusan dan balut penutup dengan kain supaya air tidak menitik.
Cikmin guna mangkuk kaca atau guna loyang pun boleh,jangan lupa sapu sedikit minyak dan lapik dengan kertas kek.Tuangakn separuh adunan coklat dan kukus lebih kurang 15 minit kemudian tuangkan adunan cheese dan kukus lagi 15 minit.Akhir sekali tuangkan lebihan adunan coklat dan kukus sehingga masak lebih kurang 20 minit.Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.


Tekstur kek coklat tanpa telur ni memang moist dan kek itu sendiri pun tak terasa sangat manisnya jadi kemanisan nutella dan lelemak cheese tu lah yang buat menikam jiwa,kenapa cikmin kukus??sebab malas nak selenggara oven cikmin..hehehe.Lepas ni kalau rajin boleh buat versi bakar pulak.

Number of View :5160

Incoming Search Terms:

  • kek coklat cheese (31)
  • kek coklat cheese kukus (17)
  • resepi kek kukus (14)
  • kek keju mudah (11)
  • kek keju coklat tanpa bakar (9)
  • kek coklat kukus tanpa telur (8)
  • resepi kek nutella (8)
  • Coklat cheese cake kukus (7)
  • kek kukus coklat lembab (7)
  • resepi kek coklat nutella (7)

{ 21 comments… read them below or add one }

mak lagenda February 13, 2012 at 9:47 am

Nice cake n nice pic bab!! Ni yg buat ai terketar2 nak mengulit oven lg nih! almaklum ler. Lately nih ai kena sampuk aura oven n mixer! Hua hua hua..

Reply

cikmin February 13, 2012 at 1:26 pm

@mak lagenda, tq bebeh!ha try lah..for me tastenya ok je..i tak tau tekak orang lain.. :P

Reply

Aanya February 13, 2012 at 10:25 am

omg….cikmin…nampak sedap gila kek tuuuuu

Reply

cikmin February 13, 2012 at 1:27 pm

@Aanya, omg dear…tolong jangan sampai gila ya.. :P

Reply

kakngah February 13, 2012 at 11:08 am

masuk list bakal dicuba.
aku memang suka buat kek kukus2 ni sbb oven aku dah bertahun2 terkangkang tak katup2…

Reply

cikmin February 13, 2012 at 1:27 pm

@kakngah, setau aku banyak lagi list kat tak terlunas tu bebeh…hahaha.. :P

Reply

zati February 13, 2012 at 5:51 pm

Salam kak,
susu tepung tu memamg kena letak ke ? kalau xletak bole ? :)

Reply

cikmin February 13, 2012 at 7:46 pm

Wasalam @zati,resepi ni kata letak dan akak pun letak..u cuba lah tak letak..mungkin ok je kot.. :)

Reply

yanmie February 13, 2012 at 8:09 pm

Salam, nyummm…nyummm…sedapnyeee, tengah diet hikhik :D

Reply

cikmin February 14, 2012 at 3:42 pm

Wasalam @yanmie, memang sedap yan..tapi diet jangan makan lah eh.. :P

Reply

asz February 14, 2012 at 6:58 pm

salam…menarik la kak!!!nutella topping lg tue….yummy:))

Reply

cikmin February 16, 2012 at 10:32 am

@asz, cuba lah…sedap..!

Reply

didikilimu February 15, 2012 at 12:49 pm

kalau bkr camne nk ltk cheese tu?

Reply

cikmin February 17, 2012 at 7:27 am

@didikilimu, boleh jugak rasanya..kena google lah cari resepinya.. :P

Reply

Melatiqistyna February 15, 2012 at 6:32 pm

Mcm boleh dicuba je utk amatur, hehehe

Reply

cikmin February 17, 2012 at 7:28 am

@Melatiqistyna, boleh sangat lah dear..try ok.. :)

Reply

akubiomed February 16, 2012 at 10:41 pm

Macam tidak percaya telur biasanya tidak boleh dipisahkan didalam pembuatan kek. Rupanya boleh buat kek tanpa telur.

Reply

cikmin February 17, 2012 at 7:18 am

@akubiomed, kalau google..macam2 resepi kek dan biskut ni boleh eggless..cuma kurang lah lemak sket..hihihi..

Reply

Kimmy February 16, 2012 at 11:17 pm

Cantiknyaaaaa…nak makan pon sayang. Tapi tak kan dapat ditahan juga kalau dah depan mata..hehe

Reply

iEyLa February 17, 2012 at 12:31 pm

terliur la plak..
kne try nih.. :)

Reply

AMIRA February 26, 2012 at 6:34 pm

CIKMIN KALAU KTE X GUNA LANGSUNG COFFEE OR COKLAT EMULCO TU BOLEH KE? APA KEGUNAANYA SEBENARNYA? KAT MANA NAK CARI

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: