Home >> Food & Receipe >> Kek Karamel

Kek Karamel

by cikmin on February 28, 2012

masa ni buat tak letak flavour lagi pada keknya

 

Salam,mood dah mai dah mai dah mai!!…mari mari mari!!..cikmin dengan senang hati nak share resepi kek karamel yang dicedok kat internet ni.Dalam minggu lepas demam kek karamel kat rumah ni,mana yang terima tempahan,mana yang buat untuk makan,mana yang  buat untuk sponser besday orang tersayang…hahaha..baik kan kan kan?Kek Karamel ni sangat sedap sedap sedap pada tekak cikmin dan pada tekak2 pengoder tu jugak..derang lah katakan,betul tak tipuuuu!makan sejuk sejuk lagilah tersangat sedapnya..tapi pleaseeee ya..pada tekak yang cerewet sangat tu tak payah makan lah..kang komplen bau telur lah,manis lah,itu lah,ini lah..hehehe.


ini yang pertama kali buat..tak semenggah jep..

Pertama kali buat Kek Karamel ni pada 25 November 2011,masa memula buat terasa mak aiiiii…payah benor lah nak buat sebab nak kena sediakan bahannya sehingga 4 bahagian..ishhh leceh!Dah siap pulak tu macam tak sempurna je..sekali bila dah makan..’perghhhh sedap!’Lepas tak buat2 dah..hahaha..Tahun ni tak sangka2 mood rajin melanda,mula buat untuk makan lepas tu ada yang sudi nak tempah..alhamdulillah..syukur sykur syukur!

Kali ni buat letak flavour pulak pada setiap warnanya seperti strawbery,vanila,coklat,coffee,pandan coconut dan macam2 lagi lah filling yang dirasa sesuai.Bila dah selalu sangat buat…wahhh..makin ringan je tangan ni nak buat kek ni..dalam sehari takat 4 biji tu sapsapsoi lah..*pancitness*Bila nak share resepi cikmin??wait lahhhh..tak habis tayang gambar lagi ni..harap maklum gambar2 ni semua dari HTC saje yep..sebab malas nak guna D90 yang bagak tu.

Yang ni rasanya untuk orang temerloh ni..bukan main jauh jalan dari Bentong ke chemomoi dulu baru sampai ke tangan tuannya di Temerloh..komen?sedap sangat2!nak repeat oder lagi katanya… :) Tengok dalam peti ada stoberi segar tu lebih..letak je lah..

kat atas ni antara corak2 yang dibuat lah..yang gambar kedua tu tuannya tak share lagi gambar pic selepas potong..nak jugak tengok rupanya jadi menda..hehehe..ni perasa coklat,vanila dan strawberry…yummmy!

Yang ni buat untuk belated besday my only Pakcu..wording tu guna coklat..pipe dulu atas kertas baking pastu sejukkan jap dalam freezer,pastu letak jep atas tu,yang ni paling sedap pada tekak cikmin..Gabungan Pandan coconut,Vanila dan coklat…serius sedap!

Ini lah corak dalamnya…sebab sponser so tukang buat ni boleh lah tumpang rasa sekali..tak bruk siku tak buruk siku okeh!Kek ni sangat gebu macam kek chiffon tapi kalau chiffon macam kering kat tekak jika kita makan..yang ni ada moist sedikit dan sangat laju masuk tekak dengan karamelnya yang lemak manis..Okey..sekarang masa untuk share resepi..resepi ni ada pelbagai versi untuk karamelnya..so uols kena rajin google lah okeh.Kat bawah ni cikmin sharekan resepi dari blog Kak Dzana,suka guna guna resepi ni..ada 2 versi satu manis dan kurang manis karamelnya.

KEK KARAMEL

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (untnk buat gula hangus)
*tabur gula dalam loyang dan masak ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jadi perang,boleh guna sudu untuk ratakan gula hangus keseluruh bahagian)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah)

(B) – Bahagian Karamel*
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning

*campuran yang diatas ini manis

(C) – Lapisan Kek
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak msk
2 sudu besar susu pekat manis

D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :
Sediakan bahan (A) dahulu,ketepikan.
Kacau semua bhn (B) perlahan2,jangan berbuih nanti karamelnya tak menjadi.
Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi,ketepikan.
Pukul bahan (C) *cikmin guna mixer
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat tak jatuh…(meringue)
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul dengan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Bakar cara double boiling – selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175′C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160′C / 170′C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi…masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.

Nota cikmin:bakar guna api bawah sahaja pada suhu 160′c selama 50 minit dan 10 minit terakhir cikmin bukak api atas bawah pada suhu 150′c untuk garingkan sedikit bahagian atas kek..ini untuk mengelakkan lapisan kek bahagian bawah tu tidak melekat bila kita potong nanti.

Cikmin minta maaf tak dapat nak sediakan tutorialnya satu persatu ya sebab kekangan masa.Jika uols rasa macam tak pasti je macam mana nak buat boleh ke blog Kak Ita klik SINI.Kak Ita ada sharekan cara2 nak buat langkah demi langkah ya.Selamat mencuba!

Number of View :5860

Incoming Search Terms:

  • resepi kek keramel (23)
  • kek karamel pelangi (18)
  • karamel kek (13)
  • kek paling sedap (12)
  • tempahan kek karamel (11)
  • harga kek puding karamel (11)
  • kek puding karamel pelangi (10)
  • resepi kek karamel pelangi (9)
  • kek keramel (8)
  • karamel (7)

{ 18 comments… read them below or add one }

akubiomed February 28, 2012 at 2:06 pm

Topping dia memang tidak ingat. :-)
akubiomed´s last [type] ..Jangan ambil bukan hak kita

Reply

cikmin February 28, 2012 at 2:23 pm

yep…sampai mertua lalu pun tak perasan…hehehe.. :P
cikmin´s last [type] ..Kek Karamel

Reply

kakngah February 28, 2012 at 2:52 pm

antara kek yg femes skrg. rata2 buat kek karemel ni…
kakngah´s last [type] ..Mawi & Ekin Dapat Bayi Perempuan

Reply

cikmin February 28, 2012 at 2:54 pm

yep..try lah buat..sonangbaitu…

p/s ekin bersalin dah weii..gegel..
cikmin´s last [type] ..Kek Karamel

Reply

kakngah February 29, 2012 at 1:11 pm

shantek headerrrrrrrr..
suwet!
kakngah´s last [type] ..Wordless Wednesday ; lelaki di atas, perempuan di bawah

Reply

cikmin February 29, 2012 at 4:42 pm

pic tu bertepatan dengan tagline blog aku kan?aku tengah tunggu diekjasnya font header aku tu.. :P
cikmin´s last [type] ..Kek Karamel

Reply

el February 28, 2012 at 2:55 pm

masyallah cikmin
maveles betul kek karamel ni kak
kecur ayaq liur ni..mmg cantek

insyallah nak cuba one day nti..
hat yg pelangi deret2 tu wat ngan garfu ke cikmin pic no. 5 tu
el´s last [type] ..Naik Tut Tut dan Makan Coklat yihuuuuu

Reply

cikmin February 29, 2012 at 11:03 am

try lah buat el..hat tu lorek dengan lidi satay jep…
cikmin´s last [type] ..Kek Karamel

Reply

Melatiqistyna February 28, 2012 at 3:01 pm

Fuhhh, upgrade ke keramel lak… Hehehe

Alalalala…. Nak oder poskan blehke agak2 CM, hancur berkecai x aurora tuh… :D
Melatiqistyna´s last [type] ..Info Menarik Untuk Dikongsi

Reply

cikmin February 29, 2012 at 11:04 am

keremel dengan arora tak sama lah abby oii.. :P
cikmin´s last [type] ..Kek Karamel

Reply

mak lagenda February 28, 2012 at 3:35 pm

kek virus jugak nih! Ahahaha..dah lama tgk dan keep resepi utk membuatnya but tak tergerak lg tgn ai nak membuat. MayBe sbb ai tau..kalu ai buat pun, blm tentu anak laki kat umah tu nak makan.

Anak anak ai tu kan memilih..hahaha
mak lagenda´s last [type] ..KERANA MU LAKI, KU TURUTKAN JUGAK KATAMU WALAUPUN TATAU BILA SAMPAI BILA IA BERFUNGSI!

Reply

cikmin February 29, 2012 at 11:05 am

kalau dah gitu tak payah lah membuatnya dear oiii..wat buang karan jep..hihi..
cikmin´s last [type] ..Kek Karamel

Reply

Noorma February 28, 2012 at 3:36 pm

bestnyer….aku pernah buat sekali..sedap mmg la sedap, tp takde geng nk makan…

Reply

cikmin February 29, 2012 at 11:07 am

buat lah setengah adunan jep noorma..pastu kan boleh simpan…hihi..
cikmin´s last [type] ..Kek Karamel

Reply

iEyLa March 1, 2012 at 11:52 am

nanti saye dtg umah terus la senang nak tgk tutorial..hehe
iEyLa´s last [type] ..REVIEW: Takdir Fitrah Terindah

Reply

salmia March 15, 2012 at 5:06 pm

huhuhu.. nak makan kek shedap ni…
nak buat tak reti. hikhikhik…
salmia´s last [type] ..MANTERA 17 MAY 2012

Reply

norsaritanaini April 1, 2012 at 10:05 am

bestnya tgk gambar2 kek ni..terliur la plak..harus cuba ni…thanks kakmin share resepi…hehe

Reply

nur hanim binti mohamad nor April 21, 2012 at 3:39 pm

assalamualaikum cik min.thnx 4 the recepy.x sabar nak cuba. :D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: